Saturday, March 2, 2013

Aku Insan yang Sepi...


Nota-nota hati yang kucoretkan pada 9 Febuari 2013... Sekadar perkongsian isi hati...

Diriku ini adalah seorang lelaki,
Seorang lelaki yang sukar untuk difahami,
Tiada siapa yang mampu untuk mengerti hidupku,
Aku tidak sama seperti lelaki lain,
Jiwaku lembut seumpama sehelai tisu,
Mudah terkoyak bila kebasahan,
Begitulah hatiku yang mudah tersentuh dan terasa,
Namun kesabaran dan ketabahan mengatasi segalanya,
Segala kesedihan dan kelukaan aq pendam di hati ini,
Tidak mahu melontarkan kerna takut melukakan insan lain,
Relaku menanggung sendiri luka ini,
Demi kebahgiaan orang lain,
Aq hanya lelaki yang sentiasa mendiamkan diri,
Tidak banyak kata dapat didengari dari bibir ini,
buat insan yang baru dikenali,
Bukanlah bermakna diriku ini sombong lagi berlagak,
Padaku diam adalah lebih baik dari berkata-kata suatu perkara yang sia-sia,
aq kuatir kata-kataku akan menjadi mata pisau yang mengguris hati orang lain,
Dengan sifat pendiamku ini,
Sukar buat orang mendekatiku,
Terasa sunyi dan sepi hidupku ini,
Mungkin itu yang terbaik buatku,
Andai suatu hari nanti aq tiada lagi di dunia ini,
Pasti pemergianku tidak akan disedari,
Kecuali kepada insan yang menghargai kewujudan aq di dunia ini,
Aq lelaki sepi yang mengharap sebuah Cinta sejati,
yang belum pasti untuk aq miliki suatu hari nanti,
Hanya harapan dan doa kupohon setiap hari,
agar suatu hari Cinta sejati menjadi milik diriku ini,
Biarpun diketika itu Cinta sejati menjelma,
dan aq sedang bertarung dengan hembusan nafas yang terakhir,
Itulah saat paling indah sepanjang kehidupanku didunia ini, insyaallah,
Lelaki ini sekadar meluahkan isi hati disini,
Buat tatapan dan perkongsian bersama,
Semoga Cinta sejati bakal menyambut dan mengenggam tangan ini dengan erat,
dan jangan sekali-kali melepaskan ia pergi,
Ia hadir cuma sekali,
hargailah dan nikmatilah ia dengan setulus hati yang ikhlas...
Sekadar coretan sepi bertemankan rindu yang abadi....

Sekian...

No comments: