Saturday, March 23, 2013

Kisah Jumaat Terindah Lagi?


Salam, disini adalah coretanku untuk hari jumaat(22/03/2013).

Aq tak tau la kenapa selalunya hari jumaat mesti akan ada kisah-kisah indah dalam kehidupan aq, jom aq coretkan kenangan untuk hari jumaat nie. Paginya subuh terjaga bila alarm yang dikunci. Selepas solat subuh, hanphone aq capai dan buka kalendar, tiba-tiba baru aq perasan yang hari nie dah 22/03/2013, maksudnya hari isnin nie la aq nak kena present projek akhir aq. Seriouly aq rasa macam lambat lagi je nak kena present projek, so rasa terkejut dan tersedar dari mimpi je, terus pergi mandi dan on netbook menaip report sehingga jam 8.00 pagi. Dalam pukul 8 lebih la Seow dah call aq. Dia dah sampai ke poli so aq pun terus bersiap dan pergi ke poli... 

Sampai dekat pintu pagar pak guard tengok semacam je... Hehe hari nie jumaat bro, so hari cuti, aq nak pakai jeans, t-shirt tak ada colar dengan slipar pun aq punya suka la... Hari bebas... hahaha so dah parking moto terus berjalan dengan Phun yang kebetulan sampai pada masa yang sama. Sementara tunggu puan Ju sampai ada la seorang lecturer nie tengah tunggu kelas dia start. Biasanya hari cuti nie ada kelas utk PJJ la... dalam pukul 8.45 jugak la puan Ju sampai dan kami bertiga meluahkan masalah projek kami... hehehe tracing paper tak ada la Puan Ju... hadoi. Tapi nasib la aq dah pesan dekat Seow print out litar projek tu siap-siap. So aq dan seow keluar dari poli cari kedai stationary dekat Pekan Jitra lama... Alhamdulillah, Allah permudahkan urusanku, ada 1 kedai yang buka dekat dengan Bank Simpanan Nasional. So dapat la kitaorang beli tracing paper dan photostate litar tu. 

Selesai je terus kami kembali ke bengkel projek untuk melakukan proses etching, drill dan solder komponen. Semuanya dilakukan oleh Phun dan Seow, manakala aq bersama Puan Ju untuk dapatkan pendapat tentang report yang aq sediakan dan tips-tips untuk penyediaan Slide Show untuk pembentangan disamping kajian tentang pensyarah yang akan menilai kami... Well, detail k0wt group aq punya preparation. Macam-macam aq tanya. "Puan, lec nie garang tak? Dia ajar subjek apa? Dia ok tak? Dia jenis macam mana?". hahaha nampak sangat takut nak present kan? Memang pun... Walaupun 20% je tapi penting buat aq dan group members. So dalam pukul 12 lebih jugak la kitaorang selesai. Aq terus balik ke rumah dan kemas beg untuk balik ke rumah mama kejap. Sebab malam tadi mama dah call tanya kenapa tak balik... So terus aq merempit balik. Petangnya aq tertidur kejap, keletihan yang teramat sangat. Masa aq lepas bangun tidur banyak dihabiskan dengan facebook dan blog je sehingga malam, plan aq nak sambung buat Slide projek tergendala sebab layan Running Man dan bola sepak... 

Masa tengah layan bola tu, ada call dari no yang aq tak kenal, nak angkat pun aq pikir jugak.. Takut phun yang call sebab aq tak ada no apek nie... So angkat dan terus cakap "helo". Hehe selalunya aq diam dan tunggu dulu suara orang kat sana. Tetiba je malam nie aq cakap dulu... Tak macam selalu. Dengar suara macam suara perempuan. Tapi tak berapa nak kenal so aq tanya la siapa nie... Diam sejenak dan pikir kejap, baru teringat yang suara tu macam suara Mysygku Lia. Hahaha lama tak dengar suara dia, tapi lain sikit la sebab dia pun demam sama macam aq. Aq ingat Ella call aq... hahaha 1 jam yang cukup bermakna la untuk aq sebab rindu sangat nak dengar suara Lia tu. Tapi nak mintak no sekali lagi aq takut dia tak nak bagi, so aq diam dan tunggu... Dia pun paham rasanya aq nie jenis menanti walaupun suatu penantian aq itu mungkin hanya sia-sia. Itulah aq, perlukan seseorang untuk memulakan sesuatu dalam perhubungan. Sebab tu dekat facebook aq tak add orang walaupun aq kenal, bukannya aq sombong, tapi sifat pemalu nie tebal lagi la rasanya... Dan harap akan terus macam nie je sampai aq temui insan yang memahami aq. 

Masa call tu aq ada chat dengan ex jugak tapi macam tak ada apa nak diborakkan sangat so aq fokus cakap fon dengan Lia je la... Bayangkan 1 jam penuh gelak... Aq tak rasa ada yang mampu buat aq gelak macam mana si Lia nie buat. Dalam masa yang sama jugak Miss.H ada sms. Aq cakap la apa yang aq tengah buat masa tu(gayut). Tapi dia cakap tak nak ganggu. Aq cakap ok je kalau nak sms dan tak mengganggu pun. Lepas tu aq dapat sms yang dia cakap dah mengantok. Hurmm pelik, tapi tak apalah. Aq tak nak ganggu dia nak rehat, untuk aq sms je bila-bila masa, insyaallah aq cuba berikan masa... Aq pun sunyi dengan hidup nie. At least ada sms dari kawan-kawan tak ada la aq sepi ditemani lagu-lagu dekat handphone je. Forever alone. Kalau ada awek, mungkin tak la bosan sangat, ada je topik nak borak dengan aq kan?? Tak apa la, aq tunggu je tapak tangan yang telah hulurkan Salam Cinta nie disambut oleh insan yang akan menceriakan hidupku kembali... 

7 tahun sekadar perancanganku, kalau awal pun tak salah. Proses mengenali seseorang tu bukan dapat kita kenal sepenuhnya dalam sehari dua je kan? Dan kalau hidup ini berakhir dengan insan yang baru dikenali pun bukanlah suatu masalah kerana Jodoh Itu Rahsia Allah. Walau sejauh mana kita berlari dari kenyataan kehidupan ini, takdir itu akan tetap menemui kita... kadang-kadang ujian yang kita dapat itu terasa seolah-seolah tidak berdaya untuk kita hadapi namun itu tandanya Allah sayangkan kita... Apabila kita diuji dengan ujian yang terlalu berat pasti kita akan memohon kepadaNya kan untuk pertolongan? Mohonlah kepadaNya. Insyaallah semoga yang terbaik buat kita.. 

Semalam jugak aq ditegur kakak angkat aq di chat. Hehe dia pun ada masalah dan aq tempat dia berkongsi cerita. Sedih jugak. Tak apalah kak, anggap je ujian dari Allah... Kalau berkesempatan pergi umrah tu jangan lupa doakan untuk adik jugak ok?? Hehehe pagi sabtu nie aq agak sibuk jugak tapi sempat lagi menaip entry nie sebelum pulang ke Jitra. Rasa lega bila potong rambut yang da nak tutup telinga nie... hahaha tapi terpendek pulak la rasanya... Dah macam hero citer thailand suda... Perasan betul aq nie... Ok lah cukuplah aq mengarut kat blog nie... Doakan aq dapat buat yang terbaik Isnin nie 25 Mac 2013 Jam 10.30 pagi di makmal microcomputer kowt POLIMAS... Amin.. Thanks for reading my blog. Always miss my happiness. Keep smile SU..

Sekian Coretan.... 

No comments: