Friday, March 1, 2013

Coretan Kehidupanku 24-28 Febuari 2013


24 Febuari 2013

Hari ahad yang biasa saja buat aq, tak ada aktiviti atau perkara yang menarik buat aq. Seperti biasa kelas Microwave pada pagi dengan melakukan lab yang terakhir, fuh kejap je dah habis 6 lab report. Mungkin lepas nie Puan Nora akan cover dengan teori la pulak... So lepas kelas Puan Nora, aq ada kelas Entrepreneurship pulak... Memang tak ready langsung walaupun dah seminggu En. Entrepreneur dah remind yang dia nak buat Test 1. Tapi biasa la aq, 20 minit sebelum kelas start pun sempat lagi nak selak-selak nota-nota chapter 3 tentang private company dan partnership. Yang geng trio aq pulak study sebelah aq sambil melawak ja, jam 11 test pun bermula, alhamdulillah, rasa tenang aq menjawab soalan-soalan tu, apa yang aq baca sebentar tadi sebelum test bermula langsung tak ingat... Kebanyakan jawapan yang aq bagi berdasarkan teori logik aq ja... hahaha orang lain jawab guna sehelai je test pad. Aq pulak sampai 2 helai, adoi semangat betul menjawab ikut teori sendiri... Lepas kutip kertas tu Encik nie semak satu per satu dan kertas aq pilih... Hahaha tak pasal-pasal kena puji... Ingatkan nak kena tegur sebab jawapan aq bagi rasanya tak ada langsung pun dalam nota yang Encik tu bagi. Kelakar jugak bila ingat semula. Pada petangnya aq ada lagi 1 test iaitu test Engineering Math 4. Yang nie aq takut balik sebab rasa macam susah ja. Tapi alhamdulillah berkat doa, aq dapat jawab dengan tenang jugak, dan rasanya tak teruk sangat kot markah nanti... Insyaallah.. Mudah-mudahan macam tu la... Malamnya tak ada buat apa. Sunyi je dan ditemani movie sahaja.. Disamping hati yang masih merindukan kenangan bersama si dia... Terlalu rindu...

25 Febuari 2013

Pagiku dikejutkan dengan kedinginan cuaca akibat hujan yang turun semalaman. Kawan-kawan rumah sewa masih lagi nyenyak dibuai mimpi... Lepas solat subuh, aq terbaring semula sambil ditemani lagu-lagu sedih dan mengusik sedikit perasaan dikala hujan yang masih membasahi bumi. Jam 9 pagi aku melihat di luar tingkap, hujan masih belum reda, dan kawan serumah yang terjaga dari tidur memberitahuku bahawa kelas Data Communication ditunda pada Jam 10 pagi, so semasa kelas nie, Puan NurolHuda ada la pulangkan kembali kertas Quiz 1, alhamdulillah markah aq adalah salah seorang yang tertinggi dalam kelas, rasa lega sangat sebab selalu kalau kuiz dan test nie aq antara orang yang akan dapat markah terendah la... Macam tak percaya je untuk semester nie dah boleh dapat markah macam tu. Hope markah macam nie dapat kekal untuk subjek-subjek lain... Kelas Puan KJ nie sejam je untuk hari nie, so lepas kelas aq singgah dekat kafe la jumpa geng trio aq(cik Kamila dan cik Faeizah). Nampak sibuk bebenor diaorang berdua bersama dengan Zalina tengah study untuk test math, aq dah lepas semalam, so hari nie giliran diaorang la pulak.. hehe biasa la, nampak muka aq, maka akan ada la soalan bocor diaorang mintak... Aq pun teman la diaorang study sampai la kitaorang sama-sama ke kelas Circuit Analysis jam 2 petang. Masa kelas Circuit nie ramai yang tak datang sebab hujan, so tinggal 9 orang student perempuan dan 3 orang je student lelaki... Ya Allah, syukur sangat sebab rasa macam mudah sangat aq nak paham bila Puan Sharita nie ajar... Alhamdulillah, doa-doaku yang selalu ku pohon termakbul... Tamat je kelas aq redah je hujan balik, serious sejuk sangat, sampai je terus mandi dan solat. Badan pun dah panas sikit. Aq ada dapat sms dari ex yang mintak maaf pasal marah-marahkan aq masa tengahari tadi. Ceritanya macam nie, ex ada sms aq masa tengahari tu, mintak tolong sms dekat papa dia yang dia akan cuti panjang bulan 6 nie... So aq sms dia balik, kenapa dia tak sms sendiri je, dia cakap tak cukup kredit so aq pun tolong la smskan kat papa dia... Ntah kenapa dia nak melenting kat aq pun tak tau... Sebagai kawan aq terasa jugak la, tapi dah lama kawan so dah paham la dengan sikap dia tu. Just diam je la... Bagi aq, orang mintak tolong, kalau mampu aq tolong... Mungkin stress agaknya tu yang terlepas kat aq... Relaks je la... Tak penting pun bab perasaan nie nak touching lebih-lebih... Memang semua orang pun suka pijak-pijak k0t perasaan aq nie, dah tak kisah dah sebab aq memang dah kosong, kosong, kosong.... lalalala sebelum lelapkan mata, gambar Lia di handphone kutatap lalu dibawa ke mimpi yang indah...

26 Febuari 2013

Sejuknya pagi nie sekali lagi mengejutkan aq dari tidur, alarm di handphone mengejutkan aq lebih awal lagi, tapi disebabkan kesejukan, aq matikan dan kembali menyambung tidur, dan aq terjaga semula beberapa minit kemudian. Nyaris-nyaris terlepas subuh.. hehe hari nie keadaan cuaca semakin teruk la, hujan yang turun tanpa henti, aq risaukan macam mana aq nak pergi kelas je. Kalau boleh tak nak la ponteng disebabkan hujan. So lebih kurang pukul 10 aq dan kawan-kawan ke politeknik. Nasib la ada kawan yang tumpangkan naik kereta dia, so dapat jugak pergi ke poli untuk ambil baucer buku 1 Malaysia... Taraaaaa!!!



hehe amboi siap dapat sampul lagi tahun nie, bagus-bagus... Aq cuma nampak hardisk je dengan baucer buku nie.. sebab hardisk aq dah hampir penuh dengan koleksi movie.. 




Hahaha petang tadi tetibe je Cik Faeizah datang rumah sewa aq, nak install software untuk projek dan copy cerita Setia Hujung Nyawa.. Segan jugak bila kawan perempuan datang rumah sewa budak lelaki bujang... Paham-paham je la macam mana keadaan rumah... Hehe apa-apa pun cik pieja, kita ada assignment nak kena submit ahad nie nohhh... Hadoi time kelas Entrepreneurship tadi Encik tu ada pilih 6 orang untuk hadiri kursus ape ntah hari jumaat dan sabtu... Aiii tak balik jugak la aq nampaknya 8 dan 9 Mac nanti.... Hope boleh dikecualikan la... Bukan tak nak tapi minggu tu seriously sibuk gila dengan persiapan akhir pembentangan projek semester 6... Memang tak sempat la lau aq pergi kursus tu... Menu makan malam, hehe tetibe terus story bab menu makan malam nie chewah, haaa menu untuk hari nie lain sikit la... Nasi Putih bersama Ayam Merah... Haha nie pun atas cadangan Cik Pieja la, selalu aq dan dia pergi kedai makan tu, dia mesti order Ayam merah nie... So hari nie terasa nak cuba la p00llaakk... Best jugak masakan ayam merah nie, tambahan pulak bila ayam nie adalah ayam nasi ayam(maksud den, ayam yang dah masak tapi dimasak sekali lagi)... Terbaekkk.... Malamnya aq melayan bola bersama kawan-kawan.. Perlawanan antara Kedah Vs Johor Darul Takzim berkesudahan kekalahan buat team Kedah... Tak ape la... Tak ada nasib... Nak kata aq melupakan my Lia, pastinya tidak la... Sekurang-kurangnya 5 kali aq akan sebutkan namanya dalam setiap doa-doaku. Mungkin mencintai seseorang secara diam begini akan menjadi lebih indah suatu hari nanti? Insyaallah moga kesudahan yang baik buat diriku... Amin...

27 Febuari 2013

Agak terlewat aq bangun dari tidurku, mungkin sebab semalam tidur lewat, rasanya dalam pukul 3 pagi. Lepas solat subuh hanya terbaring sambil melayan game di Tab... Dan akhirnya mata yang masih mengantuk nie kembali lena dibuai mimpi sekali lagi... Hehe mimpi yang cukup menarik jika ianya menjadi suatu kenyataan buatku suatu hari nanti. Nanti la aq ceritakan dalam entry-entry akan datang. Mungkin dalam kisah cerpen yang akan aq coretkan selepas ini akan aq selitkan mimpiku disitu... Back to kisah hari rabu aq, Jam 10 lebih la aq bangun semula tidur dan mandi... Lebih kurang jam 11 pagi aq pergi beli lunch di Taman Siswa. Menu tengahari selalunya sama je. Nasi putih bersama ayam percik, bergedel dan air oren susu. So dah beli lunch terus balik rumah makan dan layan movie je la... Maklumlah rabu nie aq free sikit la sebab kelas cuma 1 jam je... Pukul 4-5 petang... Dah selesai lunch aq pinjam jap lappy kawan tengok facebook kejap... Haaaa amekau berpuluh notification, kebanyakan game request je... Dekat newsfeed terus ada status dari semangat 2013 nie... Dah tukar gambar yang sama macam dekat blog nie... Alahai, so terjah ke wall dia kejap dan baca status-status lepas tu terus log out dan terbaring dalam bilik sambil baca sms-sms lama antara aq dan lia... Teruk kan rindu aq nie?? Rindu yang tak berbalas... Kesiannn... Hehe tak ape lah.. yang penting si dia ceria dan happy je cukup la... Kelas math pukul 4, dengan berat body nya aq nak pergi(bukan berat hati tau)... hahaha malas k0t sejam je kelas... So pergi jugak la walaupun malas sebab ada tutorial hari nie. On the way nak balik tu, entah macam mana aq hampir-hampir nak excident dengan kereta persona nie, nak memotong tu bagi la signal. Ini buat jalan macam dia sorang je bayar cukai jalan. Bodoh punya lecturer. Geram aq. Nasib la tak jadi apa-apa tadi. Aq tau la orang naik moto nie kecik je,tapi tak kan la sampai tak nampak k0t. So sesiapa yang drive kereta tu bertimbang rasa la sikit dekat penunggang motosikal nie... Jangan la sampai menghimpit macam aq kena tu... Bila anda buat macam tu, orang akan caci maki anda dan mendoakan tak baik untuk anda... Sampai je rumah rasa sakit sangat kepala nie, terlalu fikirkan tentang kejadian hampir excident tadi agaknya... Malamnya cuma study sikit untuk test esok dan melihat gambar-gambar lia semasa di myspace... Kerinduan ini sentiasa terasa buatnya... Setiap masa, setiap ketika dia sentiasa memenuhi ruang fikiranku... Selamanya untuk dia hey untuk dia hey untuk diaaa...

28 Febuari 2013

Kisah kehidupanku pada hari ini bermula dengan kelas puan nora, ada test la pulak. Serius tak ready bab pengiraan tu sebab part tu la yang paling aq lemah sekali... Dah selesai test ada kelas projek pulak... Pening jugak aq bab projek nie... sebulan lagi nak present, dengan litar tak tentu arah lagi, final report pun tak mula lagi dan hardware serta komponen pun tak beli lagi... Everything need to be settle down in a month... Kerja gila semua nie... Hadoi... Dalam kepala nie aq cuma fikir bab laporan business planning yang langsung tak mula buat lagi. Ahad nie dah nak kena hantar... Susah jugak nak selesaikan semua tu sebab kerja by group so nak kena duduk semeja dan berbincang. Lupakan seketika bab Entrepreneurship tu... Kelas agama pada petangnya ada presentation, alhamdulillah Amalina dah tolong prepare slide untuk group kitaorang... Tapi time present tu macam-macam lawak la terjadi... Bila group chinese dan indian present Tamadun Islam. Macam-macam perkataan jadi lain bunyinya bila typing error contohnya Pihak dah jadi Pohak... hahaha bergema satu kelas dengan gelak tawa. Selepas tu ada kuiz dan rasanya tak susah sangat pun soalan-soalan... Balik je dari kelas aq tengok cuaca macam nak hujan so cari makan siap-siap la... Hamekau, Rm15 untuk makanan je.. Boros gila belanja. mineral water 3 liter, twisties 20 bungkus, cucur jagung Rm2 dengan ayam goreng tepung... Hehe sementara tunggu hujan berhenti so makan dan layan movie dulu la... Alhamdulillah dengan izinNya hujan akhirnya reda dan berhenti jugak. Terus aq capai beg dan terus bertolak balik. Takut sebenarnya nak balik dalam keadaan jalan basah nie... Still trauma lagi dengan kisah lalu... Walaupun hujan dah berhenti, bajuku tetap lencun dibasahi air hujan... Gara-gara follow belakang treler. Sejuk kott... hehehe Malamnya tak ada ape sangat yang aq buat. Buka facebook dan tengok wall Lia je.. Nampak dia online tapi dia tak tegur aq, dan aq hanya menunggu dan terus menunggu... sambil-sambil tengok wall dia, aq tunaikan sms-sms cinta yang masih berbaki di note facebook aq, rasanya sampai 65 je untuk minggu nie... 2 minggu lagi aq tamatkan... Next week tak dapat online... haha masih berharapkah wahai samprit ungu? Entah la.. Kata hati kadang-kadang tak tentu... Macam cuaca jugak... Sekian coretan...

Thanks sudi layan celoteh aq tiap-tiap minggu nie... Sekian... :')

No comments: