Friday, March 15, 2013

Coretan Kehidupan 10-14 Mac 2013...


Salam,

10 Mac 2013

Hari nie dimulakan dengan kelas Puan Nora pukul 9 pagi, lab dah tamat so hari nie teori je la 2 jam... Fuh banyak kot nak kena menghafal, adesss malasnya... Berat dah memori fikiran aq nie, so habis je kelas Puan Nora ada kelas Entrepreneur pulak, sementara nak masuk kelas so pergi la kafe beli breakfast dengan geng trio aq(Cik Pieja dan Cik Kamila). Dah selesai beli, kami berjalan bersama menuju ke kelas. Hari ini untuk kelas entrepreneur kitaorang belajar topik 7 tentang sumber kewangan sebagai modal permulaan perniagaan. Aq perasan lecturer nie macam bengang je kat aq sebab aq tak pergi kursus 1 Citizen hari jumaat dan sabtu lepas... hehe selalunya dia akan pandang mata aq bila bercakap, tapi hari nie macam tak nak pandang je. Hahaha last-last pandang jugak mata aq nie. Well dalam kelas aq dengan Razali je yang menunjukkan minat untuk subjek nie. Yang lain tu rasanya tak k0ttt... Tamat je kelas nie awal daripada selalu. Pukul 12 je dah habis, kawan-kawan lain semua dah balik, tinggal aq, Cik Pieja dan Cik Kamila je dalam kelas. Aq temankan Cik Pieja kejap siapkan End Of Chapter subjek Puan Nora. Ingat nak join lunch dengan diaorang, tapi rasa mengantok pulak. So kena balik mandi bagi segar sikit badan nie sebab ada kelas math pulak pukul dua... Aq tak lunch hari nie tapi terus makan malam je, entah kenapa rasa kenyang pulak hari nie... Malamnya aq, Cik Pieja dan Cik Kamila keluar untuk siapkan presentation question untuk subjek Circuit Analysis. Haha macam tak percaya kami bertiga dapat selesaikan semua soalan... Susah jugak la... Selalu jugak kami bertiga copy paste jawapan group lain untuk sesetengah soalan, tapi kali nie semua hasil perah otak kami bertiga... Awal jugak la kitaorang siapkan. Tak sampai pukul 10 malam, dua sahabat nie hantar aq balik... Elok la sebab aq pun ada soalan tutorial math pulak nak kena siapkan malam nie... Balik rumah terus check fon kejap tengok fb... amboi banyak pulak notification bila aq start update semula status... Hehe rasa sunyi bila tanpa status di facebook tu... Aq dah kembali dengan semangat baru dan hidup yang baru lagi... Just smile dan teruskan kehidupan dengan kenyataan yang sebenarnya... Lia cuma fantasi yang indah, terlalu indah untuk direalitikan dalam kehidupan yang nyata ini. Biarlah realiti sekadar realiti dalam mimpiku sahaja... Dengan doa yang tidak pernah putus buat watak Lia dalam kehidupan realiti ini sudah cukup bagi aq... Cuma ingin dia tahu, aq tak pernah lupakan dia walau sesaat. Kehadiranmu meninggalkan kesan yang teramat mendalam buatku...

11 Mac 2013

Pagi nie agak terlewat jaga, maklumlah kelas pukul 2.00 petang je... So bangun bangun pagi mandi dan keluar cari breakfast la... Menu macam biasa la, nasi lemak dekat traffic light dekat dengan rumah sewa aq nie... Nak kata sedap biasa je, tapi kalau makan, lidah korang tak dapat nak rasa ape dah lepas tu... Kebas je.. Pelik kan bila makan nasi lemak nie? Macam makan nenas pulak... hehe menu aq nasi lemak bersama air jambu batu je. Balik rumah sewa dan makan sambil layan maharajalawak mega 2012 yang ada dalam tab nie... Dah selesai makan, rasa macam nak basuh moto, tapi fikirkan tutorial exercise math yang tak siap lagi so study dan buat la tutorial tu bagi siap dulu... Jam 12.15 tengahari macam tu la aq pergi poli sensorang sebab kawan-kawan lain nak pergi pukul 2 nanti... Dah sampai poli terus pergi ke kerusi batu dan nampak sorang kawan rumah sewa aq tengah lepak sorang-sorang. Jumpa dia kejap untuk ambil tutorial exercise dan hantarkan sekali... Lepas siap hantar, aq kembali ke kerusi batu dan Cik Pieja dan Cik Miera muncul dari bengkel... Diaorang sibuk dengan final project. So dah pukul 12.40 masa tu so aq dan Cik Pieja keluar lunch bersama tengahari tu dengan kawan rumah sewa aq. Hehe menu hari nie ikan ape ntah, nampak macam ikan pari tapi bukan ikan pari so aq pun cuba la dengan menu yang sama dengan Cik Pieja... Time makan tak bercakap sangat kami bertiga, kalau aq, Cik Pieja dan Cik Kamila keluar sekali ada la story-story kami... hehe siap je makan kawan rumah sewa aq balik ke rumah sewa, manakala aq dan Cik Pieja kembali ke poli untuk ke kelas. Masa berjalan berdua dekat area bengkel ada dua orang awek dari jabatan kejuruteraan awam nie usya pelik je kat aq dan Cik Pieja. Awat tengok macam tak puas hati je... Lepas lalu dari bengkel tu, aq dengar je la celoteh cik Pieja dengan situasi awek yang usha macam tak pernah tengok orang je... Aq gelak je la... Sampai kat kelas sorang manusia pun tak ada kecuali kami berdua... Aiii tak kan nak duduk berdua-duaan pulak... Hehe tanak la aq, tak pasal lecturer tengok, rosak reputasi aq sebagai student agak skema... hahaha so letak beg je dan terus turun pergi surau. Kelas pukul 2.00 Circuit Analysis ada presents soalan yang kitaorang buat semalam dan terus puan buat kuiz laplace transform... Esok ada lagi kelas nie... Hadoi penat... Menu makan malam hari nie, nasi goreng paprik dan teh o ais je... Malamnya cuma ditemani lagu dan facebook di hanphone... Wall Lia pastinya akan ku tinjau seketika melepaskan sedikit rindu dihati ini...

12 Mac 2013

Pagi selasaku dimulakan dengan kelas Circuit Analysis. Well macam biasa aq akan datang lebih awal dari kawan-kawan serumahku, bukan apa, rasa tak selesa bila pensyarah masuk kelas sebelum pelajar, sampai je di pintu pagar poli aq dah nampak Cik Pieja yang sedang berjalan menuju ke kelas di tingkat 5... Lepas parking moto, aq pun terus bergerak ke kelas dengan secepat yang mungkin. Maklumlah jam dah pukul 8.55 pagi masa tu. Rasa macam dah terlewat je walaupun masih ada 5 minit... Sampai je di tingkat 5, keluar dari pintu lift terdengar suara perempuan panggil aq, "wan!!!". Laaa Cik Pieja rupanya cari kelas tak jumpa. Aq gelak je la, terus kami berjalan bersama masuk ke kelas. Sampai je kat kelas cuma ada sorang je rakan sekelas ada. Pukul 9 lebih jugak la pensyarah masuk dan macam biasa aq akan kena pasang projector serta laptop untuk Puan nie dan Cik Pieja pulak kena buat audit untuk peralatan dalam kelas. Dah selesai semuanya, kelas pun bermula dengan topik seterusnya. Susah jugak tapi alhamdulillah dapat jugak faham... Hampir jam 10 pagi kelas pun tamat dan aq terus balik ke rumah sewa sebab kelas aq untuk hari nie cuma 1 jam je.. Kelas Puan Ju dibatalkan sebab Puan ada kursus di Penang... Aktiviti aq cuma lepak dan santai-santai je dekat rumah... Mulanya plan nak pergi poli pukul 2 petang sebab ada program bersama artis yang berhijrah tu.. Kalau tak silap Ana Rafali, dan Farah Asyikin. Tapi bila pikir balik rasanya tak pergi kot sebab Confirm ramai gila orang yang pergi. Kebanyakan kelas batal petang tu sah2 ramai yang tak lepas peluang nak tengok artis-artis nie... Petang tu jugak rumah sewa aq ditimpa tragedi puting beliung kecil dan hasilnya seperti gambar dibawah.. Teruk jugak la rumah rosak dan nasib tak ada yang cedera... Serius kecut perut nie tau bila dengar gegaran tu....



 Malamnya aq keluar lepak dengan Cik Pieja dan Cik Kamila di D'Aman Cafe. Plan nak siapkan business plan tapi tak jadi pulak dan kami habiskan masa berborak dan mendownload saja... Balik dari dating dengan diaorang aq cuma habiskan masa dengan layan movie dan game di laptop nie... Terasa sunyi pulak tapi ok la, ada jugak facebook di handphone nie, dapat la melepaskan rindu untuk Lia... Setiap saat teringatkan dia... tak pernah lupa walau bersama geng trio aq. Rasa macam dia dekat je dengan aq bila jumpa dengan Cik Pieja... Hurmm entah la... Malam yang membosankan...

13 Mac 2013

Hari rabu seperti biasa, kelas tak ada so cuma baring dan bermalasan je lepas subuh tu... Pukul 9 baru pergi mandi dan keluar pergi cari nasi lemak dekat traffic light tu. Sampai je kat gerai tu mak cik tu dah soal siasat aq, "rumah hangpa teruk dak kena kelmarin? Rumah mak cik teruk kena, bumbung kereta kemek, mak cik repair kelmarin habeh Rm300". Aq reply balik "rumah kami pun teruk jugak, atap masuk dalam rumah, nyaris tak kena kepala". Hehe 5 buah rumah jugak la kena puting beliung kecil tu. Kecil-kecil pun boleh angkat atap yang berat hampir 1 kg sekeping tu bolejh kategorikan sebagai ganas la jugak kan? Pagi tu rezeki aq jugak k0t, lagi pun makcik tu jenis tak berkira sangat... Nasi lemak campur nasi tambah, lauk bilis telur, dan kerang cuma Rm1 je... Hadoi selalu makcik nie sedekah kat aq. Segan pun ada, tapi biasa la. Aq dengan jiran-jiran kat situ ok je, nak kata ramah sangat tu tak ada la... Cuma jangan menyombong je. Dah selesai beli nasi lemak terus balik makan dan layan movie je sampai pukul 3 petang. Kelas math pukul 4, malasnya nak pergi... Dengan mengantok pergi jugak la kan? Dalam kelas tu sempat lagi layan facebook kat fon. Hilangkan mengantok la katakan... Rabu malam cuma menghabiskan masa dengan transfer movie dari hardisk lama ke hardisk baru... Ya Allah dahaga betul malam nie, teh o ais limau dan milo ais pun habis aq minum sambil layan movie... Report tak buat lagi, assignment pun banyak... Malasnya... Terjah wall Lia di facebook kejap sebelum tidur... Sentiasa sampaikan rinduku dalam setiap doa untuk dia... Parah kan aq nie... Biar je begini sampai tiba penggantinya...

14 Mac 2013

Hari khamis, aq bangun awal jugak tapi pagi nie sakit belakang la bila bangun.. Nie gara-gara tidur semalam aq ubah keadaan toto narita aq la.. Biasanya aq lipat tebal jugak, tapi semalam ada kawan tidur dalam bilik sekali so buka la toto tu bagi luas sikit... Biasanya kat rumah pun kalau tidur atas katil pun aq akan lapik dengan toto skali lagi. Baru selesa tidur.. Melampau kan? hehe well rasanya dah dekat 2 tahun aq tidur seorang diri je dalam bilik tu sebab kawan-kawan lain suka tidur dekat ruang tamu. So master bedroom tu aq tidur seorang je la. Tapi disebabkan tragedi dekat rumah sewa tu ada jugak la rasa bimbang nak tidur dekat ruang tamu tu... So dah selesai solat subuh terus aq mandi dan pergi ke kelas... Sampai je dekat dengan kelas aq ternampak Cik Kamila, so kami jalan bersama menuju ke kelas. Sampai je kat kelas, Cik Pieja dah pun sampai, awal pulak dia hari nie... Macam biasa la, selalu akan pergi breakfast sama-sama la. Habis je kelas puan Nora aq dan seow sibuk cari kedai untuk final projek kitaorang... Program untuk projek tu tak sempat nak buat la sebab memang susah giler. So kitaorang survey la kedai yang boleh buat dan akhirnya jumpa jugak. Fuh 1 program Rm300. Gila punya mahal... Tapi dah last minit so buat jugak la... Seminggu jugak baru siap... Dah siap bab projek aq kembali ke poli untuk printout litar sebelum proses etching... Tapi lecturer pulak tak ada. Balik rumah je la aq dan relax je sampai pukul 4 petang. Dalam 4.30 petang aq bertolak balik ke rumah mama. Malamnya banyak aq habiskan masa di facebook dan layan semanis kurma bersama mama. Tajuk minggu nie tak best sangat la... so aq tak fokus sangat... banyak chat dengan kawan-kawan la. Dan malam nie aq chat dengan Cik Anis, kawan masa kecik dulu. Lama k0t tak borak dengan dia, point yang boleh borak dengan dia bila aq terserempak dengan Cik Fatin la pagi tu. Dengan Cik Anis nie banyak jugak la cerita kami bersama... Ya Allah terasa happy sangat bila ada orang temankan berborak malam nie... Seriously aq sunyi sangat... Buka facebook cuma update status. Chat kalau orang tegur aq chat la.. lau tak memang diam je la... Tq la sahabat.. Nanti kita buat reunion ok? Cik Fatin cakap nak buat dekat Berek polis tempat kita main masa kecik dulu.. Mesti lagi best kan??? Hope tercapai la sebelum diri ini menghembuskan nafas yang terakhir... Insyaallah...

Sekian Coretan minggu ini... Thanks for reading ok... Love you... :')

No comments: