Showing posts with label tido. Show all posts
Showing posts with label tido. Show all posts
Saturday, September 29, 2012
Coretan Seminggu Yang Indah
Salam,
hehe minggu nie aq mulakan nukilan untuk entry minggu nie dengan ketawa dulu. Banyak jugak perkara yang best aq lalui bersama kawan-kawan tersayang... Dengan novel yang baru aq mula baca, memang menarik dan membuatkan aq sendiri tersenyum sendirian bila melayan novel nie...
Ok lah minggu nie aq mulakan dengan hari ahad yang biasa je... Tak banyak sangat aktviti yang menarik terjadi... Kelas untuk subjek IC Fabrication agak tegang la dengan pensyarah yang beleter kepada sudents yang ponteng lawatan ke UNIMAP minggu lepas... hehe itu lah degil, kalau aq yang ada kat tempat pensyarah pun mau tak bleter. Orang dah susah-susah atur program untuk mudahkan diaorang untuk faham subjek baru nie tapi buat macam nie pulak...
Hari isnin pada paginya dapat berita gembira la bila dapat sms dari Faeizah yang bagitau kelas Project batal disebabkan lec Puan Ju MC. Aq la paling suka sebab Puan Ju tu penyelia group project aq, chewah dengan rasa bahagianya terus balik rumah... Tak lama lepas tu ada la call dari ahli group project aq Seow Khai Xiang.
aq: halo ada apa??
seow: Puan Ju nak jumpa dekat unit exam bincang pasal project... U ada mana??
aq: I ada dekat rumah la... tak pa kita jumpa sat lagi... I otw..
seow: ok ok...
Terbatas niat aq nak tarik selimut balik pagi tu... Hampeh bt0l... So dekat unit exam tu mula la melukis litar untuk project baru kitaorang iaitu Eye Blinking Sensor. lepas dah siap je terus simulate untuk dapat output daripada litar tu... hehe rasa bersyukur sangat dapat Puan Ju nie sebab memang lec yang baik sangat... yang paling best sejak semester 1 lagi aq asyik bersama je dengan Puan Ju nie... memang bertuah la...
Dalam final project nie pun Puan Ju pun banyak membantu la aq dan kawan-kawan lain... Terima Kasih banyak Puan.... Kelas aq untuk hari isnin cuma sampai pukul 1 je... Petang memang free je la... Ape lagi, dengan hujan turun, perghhh memang aktiviti tidur amat menjadi di petang yang sejuk tu... Sebelah malam pulak mula la melayan movie sehingga lewat malam... Maklumlah kelas lewat pada pagi selasa...
Pagi selasa yang nampak tenang dan indah bertukar dengan hujan renyai-renyai... hehe akibatnya aq yang basah semasa dalam perjalanan ke poli... maklum la naik motor je... kelas pun masuk lewat jugak la untuk subjek computer network pagi tu, tapi tenang saja aq masuk ke dalam kelas sebab lecturer nie sporting giler... kelas pun tinggal beberapa orang je sebab hujan je sepanjang hari tu... kelas computer network pun cuma sejam je... hujan masih lebat, aq, wawa dan pija lepak je dekat kafe berborak je sambil wawa menunggu hujan untuk berhenti manakala aq dan pija menuggu untuk masuk ke kelas math petang tu...
Memang rancak kami bertiga berborak sampai orang sekeliling pun pandang kat meja kitaorang je... Borak punya borak sampai la pukul 12 tengahari.. Hujan dah mula reda, wawa pun dah undur diri untuk balik...
Tinggal aq dan pija je berdua menunggu kelas math jam 2 petang... Hehe entah macam mana la boleh tersama warna baju hari tu, lagi la banyak mata memandang... duduk berdua pun bising jugak kitaorang nie.. ada je topik nak sembang sambil lunch sama-sama... Last-last bila dah pukul 1.30 je pija dah ajak pergi kelas sebab time tu dah ramai budak lelaki & perempuan asyik pandang kitaorang je... Tak selesa la bila orang dah pandang lama-lama macam tu... so pergi ke kelas pun awal lagi so mana la nak ada orang so aq stay kat luar je la... Tak kan nak berdua-duaan pulak kan?? t tak pasal je kena tangkap... hehe tunggu punya tunggu last-last kelas batal rupanya... Cis tak guna punya junior, langsung tak inform kat abang & akak diaorang nie... Penat je kitaorang tunggu 2 jam lebih... Sebelum balik tu ada la plan nak buat group discussion dengan pija dan kamila nie pada sebelah malamnya...
Tenettt... ada sms masuk dalam inbox nie "wan, jadi tak nak jumpa malam nie, pija tak boleh keluar. Perut sakit". So mood nak keluar pun rasa macam tak jadi nak keluar jugak la... So sms la kamila tanya dia samada jadi tak nak keluar, dia cakap ok je dan kebetulan hujan turun... Aq memang dah tak ada mood dan malas je nak keluar malam tu, tapi nasib baik la cik kamila nie baik hati sudi ambik aq kat rumah sewa malam tu... Thanks yaw... Ber-dating berdua je la kitaorang malam tu di "Tat Nasi Ayam" sampai la pukul 10 malam... Alhamdulillah siap jugak kerja yang kitaorang plan walaupun aq dengan kamila dok gelak je sambil gaduh nak buat lab computer network tu... hehehe
Untuk pagi rabu kelas Puan Maryam, bila aq masuk je kelas dah kena soal siasat sebab aq tak masuk kelas dia masa hari khamis lepas... hehe jawab sambil sengih... "saya pi Unimap puan"... Puan tak cakap pe la bila aq cakap macam tu... Pada aq minggu nie rasanya, aq rasa happy bersama kawan-kawan... Sedar tak sedar dah 2 tahun lebih hubungan persahabatan nie terjalin... Semoga hubungan nie akan berterusan selamanya.... Thanks 4 reading... Sekadar mengukir coretan mingguan disini...
Sekian!!!
Labels:
best,
klakar,
suka giler+like3,
terbaik,
tido
Monday, July 2, 2012
Takziah Italia dan Oh yeah report dah nak siap!!!
Salam,
YES... akhirnya tamat juga EURO 2012 dan tamat jugak la kehidupan abnormal aq yang tak tidur sampai subuh sepanjang EURO nie. Huhuhu sedih jugak la dengan kekalahan Azzurri. Tapi game semalam memang selayaknya Spain yang menang pun. Italy pun bukan tak boleh cuma salah percaturan je. Sebelum terlupa, kawan-kawan blogger yang sudi komen dekat blog kecik nie cik wan nak memohon maaf la walaupun hari raya masih lagi hendak menjelma. Blog cik wan nie buat perangai la dekat komen tu. Tak nak bagi cik wan reply komen-komen cik-cik sekalian. Mohon maaf ye?? Insyaallah cik wan akan menggunakan kemahiran komputer yang cik wan ada untuk mengatasi masalah tersebut.
Bila di ingat-ingat balik la. Sepanjang EURO nie memang tak pernah langsung tidur malam dan ada la perkara yang terjadi jugak semasa cik wan berjaga sorang-sorang nie.. Serammm... hahaha kalau tak silap perkara tu terjadi masa semi final EURO la, masa tu dekat pukul 5 pagi la. Sementara nak masuk subuh cik wan baring la dalam bilik kejap. Tiba-tiba bila mata nie rasa macam nak terlelap je, rasa macam ada sesuatu yang cekik leher nie. Serius terasa. Lepas tu nampak macam banyang-bayang bergerak dekat dengan almari tu. Serius takut jugak, terus tak jadi nak baring lama-lama dan terus pergi mandi. Nak cerita kat mama pun takut mama tak selesa je. Buat tak tau je la. Mungkin benda tu tak nak bagi aq terlelap kot sebelum subuh. Tak nak pikir dah, seram aaaaa.....
Motif ??
Nyum3...
Hehe gambar kat atas tu la menu aq breakfast pada pukul 2.30 pagi... lagi awal dari MC Donal kan??? sementara nak tunggu EURO start pukul 2.45 pagi... Makan dulu la. Lagipun memang masa tu lapar giler kot.. Mana tak lapar kalau dari pukul 8.00 malam sampai pukul 2.00 pagi mengadap je laptop nie non-stop. Ini gara-gara report latihan industri la yang lama bt0l nak siapkan... Hehe habis je final Euro semalam maka siap jugak la report LI aq. Alhamdulillah syukur.
Haaa ada 1 masalah lagi yang tak selesai. Selera makan yang makin tak terurus.. Dari pagi tak makan apa-apa lepas tu dekat magrib baru nak makan. Tak tau la kenapa selera makan tu semakin kurang sampai mama aq cakap 'kalau tak mau makan, hang teman mama posa pn tak pa'. Betul jugak kata mama aq tu. Makan pun tak, minum pun tak. Elok puasa je. Eh jap... Ok-ok.. tengah pikir kejap k0t-kot ada puasa yang tak ganti lagi.. hahaha walaupun aq nie lelaki tapi kadang-kadang uzur jugak.... Bila demam je la... Demam kan kena makan ubat jugak kan?? Hehehe gedik...
Cerita kat facebook pulak aq asyik jalan-jalan kat page photograpy je. Jeles giler tengok orang capture gambar micro... hahaha yang ambil gambar talent tu tak minat sangat kalau model free hair. Model bertudung layan jugak la... Hiburan untuk orang SINGLE.. hahaha saja tulis besar-besar. Bukan nak buat iklan nah.... hehehe nanti update lain k.. Nak repair kat blog nie dulu.. Kesian kat komen-komen yang tak berbalas tu. Aq bukan sombong tapi blog nie merajuk la. Insyaallah akan berbalas komen-komen comel tu...
Sekian!!!
Tuesday, June 26, 2012
Baru Je Cakap Teringin....Pulut Durian~~~
Salam,
Hehe wahh untungnya bila cuti panjang nie. Kerja duduk rumah makan & tidur je setiap hari. Siap dapat nasihat lagi. "lepas makan sat lagi tidur la balik'. Best kan?? Biasa la mama aq memang seorang ibu yang terbaik. Hehe biasa la anak teruna seorang nie je kat rumah. Cheeewah.
Hari ini plan aq nak pergi bank tak jadi jugak la sebab jiran mama aq masa tinggal dekat balai polis dulu singgah rumah. Bukan apa, just nak hantar ubat cellfood dengan nak tunjuk anak dia dekat aq. Anak dia nie akan masuk Poli aq 8 Julai nie. So nak mintak aq tolong tengok-tengokkan la anak dia tu. Cepat sungguh masa berlalu, dulu anak dia tu aq tengok masih pakai Pampers lagi. Tengok tadi terkejut jugak dah besar dah. Hehe tak pe tak pe. Masuk je poli jangan risau. Nie dia abang senior ada. hahahaha
Back to my mama. 2 hari lepas aq ada la cakap yang terbau jiran sebelah rumah nie ada masak pulut durian. Aq just cakap je, tak mintak pun mama aq masakkan. Tengok tadi dah ada pulut, santan pekat, dan DURIAN... Perrgghh...
| Haha pulut sikit je. Durian?? |
| Hahaha sedap betul!! |
Hehe licin je pinggan tu. Actually hari nie rasa letih sangat badan nie. Dari pagi tadi asyik pening je. Mungkin sebab rambut dah panjang sangat kot?? hehe dah kena tegur dengan mama tadi tapi rasanya nak potong bila birthday nanti je. Rasa nak nak botakkan je kepala nie. Lama tak buat rambut pendek macam tu.Confirm mama tak bagi.
Seriously setelah habis dua biji durian hari ini. Terasa ibarat diawang-awangan je. Hehe layan je. Report dah nak masuk fasa terakhir dah. Harap dapat siapkan dengan segera. Insyaallah.
Sekian!!!
Labels:
best,
penat+suka,
tido
Monday, August 15, 2011
Ponteng Klazz
Ary nie 15 ogos 2011, aq ase malas sgt nk pg klas... rasa mengantok, dh la xbngun sahur.. lapar t0l... td klas telephony pn lec cuma bg assignment je utk dihantar esk... klas ary nie akan diganti selepas BI ary khamis k0l 4 ptg.. serius ngantok k0t time tu.... hahaha today aq ase nk relax jewp.. ptg nnti mama nk dtg umah sewa aq k0t antar air mineral & nk bg test baju raye yg mama beli... takut x muat je... aq memang xde mood nk raya tahun nie.. xtau la npe.. Mgkin betul jgk mcm yg Nurul ckp... xpe la raye stahun skali je la.. layan je la mood raye tahun nie.....
Subscribe to:
Posts (Atom)
