Monday, July 2, 2012

Takziah Italia dan Oh yeah report dah nak siap!!!

Salam, 



YES... akhirnya tamat juga EURO 2012 dan tamat jugak la kehidupan abnormal aq yang tak tidur sampai subuh sepanjang EURO nie. Huhuhu sedih jugak la dengan kekalahan Azzurri. Tapi game semalam memang selayaknya Spain yang menang pun. Italy pun bukan tak boleh cuma salah percaturan je. Sebelum terlupa, kawan-kawan blogger yang sudi komen dekat blog kecik nie cik wan nak memohon maaf la walaupun hari raya masih lagi hendak menjelma. Blog cik wan nie buat perangai la dekat komen tu. Tak nak bagi cik wan reply komen-komen cik-cik sekalian. Mohon maaf ye?? Insyaallah cik wan akan menggunakan kemahiran komputer yang cik wan ada untuk mengatasi masalah tersebut. 

Bila di ingat-ingat balik la. Sepanjang EURO nie memang tak pernah langsung tidur malam dan ada la perkara yang terjadi jugak semasa cik wan berjaga sorang-sorang nie.. Serammm... hahaha kalau tak silap perkara tu terjadi masa semi final EURO la, masa tu dekat pukul 5 pagi la. Sementara nak masuk subuh cik wan baring la dalam bilik kejap. Tiba-tiba bila mata nie rasa macam nak terlelap je, rasa macam ada sesuatu yang cekik leher nie. Serius terasa. Lepas tu nampak macam banyang-bayang bergerak dekat dengan almari tu. Serius takut jugak, terus tak jadi nak baring lama-lama dan terus pergi mandi. Nak cerita kat mama pun takut mama tak selesa je. Buat tak tau je la. Mungkin benda tu tak nak bagi aq terlelap kot sebelum subuh. Tak nak pikir dah, seram aaaaa.....


Motif ??


Nyum3...

Hehe gambar kat atas tu la menu aq breakfast pada pukul 2.30 pagi... lagi awal dari MC Donal kan??? sementara nak tunggu EURO start pukul 2.45 pagi... Makan dulu la. Lagipun memang masa tu lapar giler kot.. Mana tak lapar kalau dari pukul 8.00 malam sampai pukul 2.00 pagi mengadap je laptop nie non-stop. Ini gara-gara report latihan industri la yang lama bt0l nak siapkan... Hehe habis je final Euro semalam maka siap jugak la report LI aq. Alhamdulillah syukur. 

Haaa ada 1 masalah lagi yang tak selesai. Selera makan yang makin tak terurus.. Dari pagi tak makan apa-apa lepas tu dekat magrib baru nak makan. Tak tau la kenapa selera makan tu semakin kurang sampai mama aq cakap 'kalau tak mau makan, hang teman mama posa pn tak pa'. Betul jugak kata mama aq tu. Makan pun tak, minum pun tak. Elok puasa je. Eh jap... Ok-ok.. tengah pikir kejap k0t-kot ada puasa yang tak ganti lagi.. hahaha walaupun aq nie lelaki tapi kadang-kadang uzur jugak.... Bila demam je la... Demam kan kena makan ubat jugak kan?? Hehehe gedik... 

Cerita kat facebook pulak aq asyik jalan-jalan kat page photograpy je. Jeles giler tengok orang capture gambar micro... hahaha yang ambil gambar talent tu tak minat sangat kalau model free hair. Model bertudung layan jugak la... Hiburan untuk orang SINGLE.. hahaha saja tulis besar-besar. Bukan nak buat iklan nah.... hehehe nanti update lain k.. Nak repair kat blog nie dulu.. Kesian kat komen-komen yang tak berbalas tu. Aq bukan sombong tapi blog nie merajuk la. Insyaallah akan berbalas komen-komen comel tu... 

Sekian!!!

1 comment:

Unknown said...

Nak tempah headaer? Kalau2 nk tinggalkan komen d blog sy..