Friday, July 20, 2012

Selamat Datang Ramadhan!!!!

Salam,



alhamdulillah, diam tak diam esok kita akan berpuasa di bulan ramadhan. Cepat sungguh masa berlalu, apakah ramadhan kali ini yang terakhir bagi aq?? Hanya Allah sahaja yang mengetahui. Malam nie dah mula solat terawih. Tak tau la aq dapat pergi ke tak malam nie. Kalau tak dapat pergi maksudnya aq kena ganti mama la jaga anak buah aq malam nie. Bukan apa, semalam sebelum tidur mama ada la sembang dengan aq kejap. Mama cakap nak pergi solat terawih tahun nie walaupun cuma untuk 10 malam pertama, tapi dah ada anak buah aq kat rumah so susah la mama nak pergi. Bila pikir balik semalam, aq rasa nak kena ulang alik dari rumah ke poli la dalam tempoh sebulan nie untuk balik jaga anak buah aq tu, tak ape la aq tak dapat pergi solat terawih pun tahun nie, asalkan mama dapat pergi cukup la. Kalau ada kesempatan aq pun nak jugak solat terawih bagi habis. Rugi kot terlepas ibadah besar yang hanya setahun sekali nie. 

Syukur jugak semalam dah selesai packaging untuk samprit segar, dapat dalam 18 bekas la. Maksudnya dah 1000 biji lebih la yang dah berjaya mama buat... Hope tempahan akan meningkat lagi dalam bulan ramadhan nie. Bukan setakat kuih raya je, aq harap bisness abang aq pun akan berjaya la untuk family kitaorang. Insyaallah, doa mama, abah dan adik-adik sentiasa ada untuk abang. Amin. Thanks for reading. Selamat Berpuasa Semua!!!

Sekian!!!
Post a Comment