Wednesday, July 18, 2012

The End Of Presentation!!!

Salam, 


17 Julai 2012 


alhamdulillah itulah ucapan yang dapat aq luahkan dari bibir ini. Rasa bersyukur sangat segala urusan aq di politeknik dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Dari pendaftaran modul sehinggalah ke presentation(interview) oleh pensyarah. Rasa lancar je hari-hariku di Politeknik. Aq nie sememangnya akan rasa takut bila dengar perkataan PRESENTATION, tak tau la kenapa rasa macam fobia je dengan perkataan tu. Mungkin keyakinan dalam diri ini masih kurang lagi. Tapi masa presentation kepada pensyarah tadi aq macam tak percaya itu aq sedang buat presentation dengan santai dan relax je. Mana datangnya semangat tu ye?? Bila dengar tentang presentation minggu lepas, aq dah rasa tak tentu arah dah sebab penyakit darah gemuruh nie susah bebenor nak hilang. Apa yang aq mampu hanya berdoa dan mintak supaya semuanya berjalan dengan lancar serta perjalanan hidup aq dipermudahkan. Masa presentation tadi aq rasa tenang sangat-sangat dan sungguh selesa berdepan dengan pensyarah. Aq harapkan semoga perkara sebegitu akan berterusan. 


Petang tadi Kak Shahrom(akak kat tempat aq practical) ada sms mintak link blog nie. Rasa rindu je kat dia dengan kak Asiah. Time beli makan dekat Medan Taman Siswa tu teringat kenangan-kenangan manis dengan semua warga Engineering. Kak Shah, Kak Asiah, Abang Ad, Mie, Jie, Kak Azza, Kak Amy, Kak Iera, Abang Jat, Krie, Pak Tam, Wan, Elyas, An, Abang Ed, Abang Shidi, Cik On, Yon, En. Zarif, En. Khalid, En. Haris, Helmi Unikl, En. Syam, Wan Unikl dan geng PTSS. Ada dua orang lagi yang aq tak ingat nama, sorang technician yang macam Cik On yang selalu buat kerja dengan abang Ed dan seorang lagi technician yang macam ustaz sikit tu. Maaf terlupa nama. Tak lupa jugak akak yang selalu lambai dan senyum dalam bilik masa aq nak pergi surau iaitu kak Elly. Hehe rindu aih kat diaorang semua. Insyaallah rasa perhubungan diantara aq dan tempat industri tak akan terputus setakat masa latihan industri. Kak Shah pun selalu jugak sms kat adik dia nie... hehe So tak akan lost contact la. Lagipun blog nie selalu jugak akak aq tu melawat so ada la cerita serba sedikit tentang kehidupan aq. Bulan puasa pun dah nak dekat, kan best kalau dapat berbuka puasa dengan nama-nama kat atas tu. Seronok jugak kan?? Lama jugak aq tak jumpa lepas habis LI hari tu. Masa kenduri En.Khalid hari tu memang plan nak pergi tapi abang dan akak-akak aq pulak buat plan last minute nak buat makan besar dekat Penang so tak dapat la jumpa warga Engineering masa tu. Banyak sangat kenangan dekat tempat LI yang aq tak akan lupa sampai bila-bila pun terutamanya surat buat Kak Shah. Rasa macam lawak pun ada jugak. Tapi aq memang macam tu, lebih suka menulis sebab dengan cara itu lebih bermakna kan?? 


Rasa tak sabar nak balik jumpa mama, nak peluk dan cium puas-puas. Tak tau la kenapa rasa rindu sangat-sangat walaupun baru beberapa hari tak jumpa. Kalau nak cakap aq nie manja ke terpulang la. Tapi dengan mama aq memang manja pun. Kalau orang lain pun aq rasa susah kot nak jumpa orang seusia 20 tahun macam aq nie boleh peluk dan cium mama kalau depan orang ramai. Pada aq, aq suka macam tu, sebab mungkin bagi sesetengah orang(lelaki) malu nak buat macam tu. Ye la kecik-kecik dulu boleh la... Bagi aq selagi hayat masih ada aq akan terus peluk dan cium... Tak sabar nak balik tolong mama buat kuih samprit. hehehe Hari tu dah buat 4 adunan, dalam 500 biji jugak la dapat. Walaupun aq penat baru sampai dari rumah sewa dan terus buat kuih raya, tapi senyuman dari mama tu cukup untuk menghilangkan keletihan. Insyaallah minggu nie target 1000 biji rasanya boleh k0t?? Nanti ingat nak letak dekat mudah.my. Taip je Samprit Segar. hehehe harap Samperit Segar Enterprise akan bangun kembali setelah lama berehat panjang. Tak sabar jugak nak update cerita samprit segar nie... Gambar dah snap dan nak siap edit dah. Khamis malam akan di-update lagi. Insyaallah. 


Bila dah dekat ramadhan nie, rasa tak sabar nak tunggu kehadirannya. Rasa telalu banyak sangat dosa yang aq lakukan tahun lepas. Mudah-mudahan segala dosa-dosa lalu akan diampunkan. Solat terawih pun harap dapat buat dengan penuh la dengan puasa tahun nie. Haaa my ex girlfriend ada hantar sms beberapa hari lepas. Alhamdulillah dia dah dapat masuk Univesiti Malaysia Sarawak kos Sains Kognitif. Tak tau la sempat ke tak jumpa dia sebelum dia pergi daftar 1 dan 2 september nanti. Semoga dia dapat belajar dengan baik dan mulakan hidup baru kat sana. Mudah-mudahan segala urusan si dia dipermudahkan. Amin. Dah tak tau nak story ape dah, kepala pun dah pening tengok netbook lama-lama, nak rehat dan tidur awal. Thanks for reading. Maaf kalau ada salah silap.


Sekian!!!

No comments: