Friday, July 27, 2012

Menu Berbuka, Project dan Movie

Salam,

Hari nie rasa penat makin bertambah pulak walaupun cuma ada 1 kelas je pagi kelmarin. Dengan assignment bertubi-tubi datang. Memang tak cukup rehat la hujung minggu nie. Aq plan nak buat Header baru untuk blog pun rasanya macam nak kena postpone dulu la nampaknya. Serius pack sangat jadual, dengan presentation, english research, final project circuit, self learning fibre optic, pergghhh memang penat la. Kuih raya mama aq pun tak stop lagi operasi, banyak jugak yang dah buat. Cuma biskut Mazola dan Makmur je tak tau nak mula buat bila. Banyak lagi la nampaknya kuih yang aq nak kena bakar lepas nie.

Rombakan Group Final Project
Kelmarin, aq ada la terdengar budak rumah sewa cakap yang lecturer yang urus tentang final project dah buat rombakan untuk setiap group yang ada ahli lebih daripada 3 orang(termasuk group aq la). Dan dengar-dengar ahli yang terkeluar dari senarai group aq ialah Nur Faiezah. Aduh masalah besar jugak la kalau apa yang aq dengar tu betul. 

Habis la perancangan untuk mudah kerja masing-masing. Sebabnya Nur Faiezah nie orang yang mudah dalam bekerjasama dalam kumpulan... Lagipun tajuk project pun banyak cadangan dari dia. Bila dia dah terkeluar, maksudnya kena susun balik la plan untuk final project aq.
Aduh dugaan betul la last-last minit macam nie. Terpaksa la guna backup plan aq iaitu mintak tolong akak aq yang no dua. Ingat nak simpan backup plan nie masa degree nanti. Tapi dah emrgency macam nie rasa kena guna jugak la. 

Pagi nie time subuh Pija(Nur Faiezah) dah sms tanya tentang group project dan tajuk project. Fuh pening kepala dah pagi-pagi nie. Dengan assignment lagi. Aq rasa macam nak jumpa je penyelaras project tu dan nak mintak Pija masuk balik group aq. Bukan apa kesian kat dia la kena cari tajuk baru la pulak untuk group baru tu. Idea dalam group aq pun idea dia. Nak bagi tajuk tu pun dah tak boleh sebab group baru kena cari tajuk baru. Alahai...

Khasidah dan Nasi Kerabu...
Nie story berbuka puasa semalam la, hari nie belum lagi la sebab aq menaip entry nie pun baru jam 8.02 pagi. Hehe Khasidah?? Siapa tu?? Awek baru aq??? Oh tidak sama sekali... Dia ialah sejenis kuih... Hahaha nama cukup cantik macam rupa parasnya jugak... Putih dan ada bawang goreng kat atas tu. Kalau dibayangkan perempuan yang bernama Khasidah tu la kan, ibarat wanita yang berkulit putih ala-ala amoi or minah salleh celop dengan rambut perang. Comey kowt... Hehehe ops... Puasa-Puasa... Tak boleh lebih-lebih... alhamdulillah dah tercapai jugak keinginan nak makan dua menu makanan nie iaitu Cik Khasidah dan Nasi Kerabu. Nak kata favorite tu tak ada la sangat.. Tapi jatuh cinta jugak la dengan dua menu tu. Khasidah semalam memang sedap la, lama rasanya tak makan. Ingat last pun masa sem dua dulu. Pija yang buat. Pun sedap jugak. Hehehe rindu pulak rasanya nak makan macam sem dua dulu.

Masa yang Sempit
Cerita tentang masa pulak membuatkan aq terbatas dengan aktiviti sampingan dan aktiviti membuang masa macam dulu. Ye la kelas, assignment, presentation dan macam-macam lagi nak buat. Hobi or minat masa lapang pun tak cukup masa nak buat. Apa yang aq maksudkan disni ialah Koleksi Gambar kat menu blog nie la... Tak sempat nak upload gambar-gambar baru. Kelmarin ada capture sikit gambar tapi memang tak sempat la nak meng-Edit nie... I am too busy right now... Betul ke english aq nie?? hahaha pagi-pagi cakap omputeh.. Dok kedah ja pun... HEHEHE

Aku, Kau & Dia...


Sapa yang dah layan citer nie?? Aq baru je tengok kelmarin.. Biasa la... Layan yang free je.... hehe dah lama download tapi kelmarin baru berkesempatan nak tengok... Boleh tahan jugak cerita dia... Meh dengar ulasan aq tentang filem nie...
  • filem nie membawakan suatu emosi yang berat(bagi orang yang betul-betul membawa diri mereka bersama-sama dalam filem nie.)
  • Cerita yang simple dan ringkas jalan ceritanya.
  • Sedikit komedi.
  • Pengarah membawakan cerita ini seolah-olah realiti yang berada di dalam mimpi.
  • Save budget.(pengarah jadi watak Extra, watak kepada abang si Haris)
  • Watak yang pelakon wanita tu cun la... Terpesona sebentar... Hehehe
  • Lagu dalam filem tu pun best.
  • Fantasi dan Realiti.
  • Cinta itu Indah.
Amacam ulasan ringkas aq. Boleh diterima?? hehe tu pendapat peribadi aq la... Kalau rating ikut bintang... Dari 5 bintang keseluruhan aq bagi 3.5 la... Sebab apa 3.5?? Jalan cerita tak cukup smooth la... Hehe aq nie boleh request untuk jadi juri program realiti(nyanyian sahaja). Komen pertama nak bagi, suara awak sedap, pitching ok, gaya menarik cuma kurang 1 je. Aurat tu terbuka, balik nanti bungkus elok-elok, datang sini amek sijil je... sy bagi terus juara.... Hahaha chewah cakap pasal aurat konon. Diri sendiri pun tak cukup perfect lagi... Apa daaa hang nie samprit ungu....

"Manusia ini diciptakan dengan sebaik-baik kejadian, ketidaksempurnaan itu adalah untuk kita sendiri mencarinya bagi melengkapkan diri dengan kekurangan yang ada".
NOBODY PERFECT RIGHT??

Thanks for reading.. Selamat Meneruskan Ibadah Puasa Semua...
Sekian!!!

6 comments:

mama aryan said...

rajinnya buat kuih raya..tentu byk tempahan kan,alhamdulillah rezeki ramadhan..

Fidza Nurl ❥ said...

standard la cite mlayu . xleh la nak complain byk2 sangat kan . tpi ayat2 dlm filem ni best2 :)

Unknown said...

mama aryan: alhamdulillah.. rezeki ramadhan kak.. Memang banyak sangat tempahan... Orang dah rindu sejak dua tahun bercuti jual kuih nie.. hehe

Unknown said...

Fιℯzα Mιяzα ❥: ye la standard citer melayu... stuju dengan ayat2 citer nie best... ^_^

Unknown said...

ciannye, saat akhir group kene rombak.. eyqa pena kene camnie..
mmg stress

Unknown said...

Nur Atiqa: tu la pasal.. masalahnya yg kna rombak tu Engineer group... hehe adoi memang big problem la... :)