Thursday, July 12, 2012

Back To Student Life~~~

Salam, 


alahai, baru beberapa hari balik ke Politeknik dah rindu nak balik rumah. Rindu sangat dekat blog kecik nie.. hehe rasa tak best bila jari jemari tak menaip dekat sini. Alhamdulillah, aq dah selesai menjalani proses pendaftaran semula ke Politeknik setelah 5 bulan menjalani latihan industri. Fuhh rasa macam tak biasa pulak bila dah lama tinggalkan alam kehidupan sebagai pelajar di dalam Politeknik tu. 


Malam sebelum pendaftaran (10 Julai). Aq pada mulanya rancang nak tidur awal la sebab tak nak la terlewat jaga untuk sesi pendaftaran. Laporan Akhir semuanya aq dah siapkan. Sampai je rumah sewa, semua kawan-kawan dalam rumah sewa tu sibuk bebenor menaip report sampai aq sekali join dalam menyiapkan report diaorang. Macam-macam masalah bt0l masa nak siapkan report tu, ada yang tak susun turutan la, masalah nak setup page number la, nak convert daripada microsoft word ke format pdf la. 
Buat punya buat sampai la jam 5 pagi aq terlelap depan netbook sampai subuh. Bangun je rasa ringan je kepala nak pergi mendaftar pun. Tak pe lah. Orang tak suka kita pun kita tolong je. Sebab mana tahu suatu hari nanti kita pulak perlukan pertolongan orang. 


Ok masa nak mendaftar pulak, rasa ketaq(gemuruh,gugup) bila nampak lecturer yang garang giler dan siap bagi warning lagi untuk larang students pergi buat latihan industri kat kilang tu. Tapi biasa la, budak macam aq nie, yang larang tu la nak buat sangat. Hehehe nakal walaupun muka SKEMA. Nasib baik la dia tak jadi lecturer yang jaga pendaftaran untuk kelas aq DEPC(Diploma Kejuruteraan Elektronik(Perhubungan))


Masa mendaftar pulak, ntah macam mana aq boleh terjumpa dengan pensyarah yang duduk 1 taman dengan parents aq. Adoyai, macam-macam soalan lecturer tu tanya. Part paling best dia cakap dia selalu nampak aq, dan aq pulak yang tak pernah perasan pun yang rumah dia dekat je dengan rumah parents aq. Biasa la artis mana kenal semua peminat.. hahaha budget je kan?? Perasan sekali sekala... Tak ape la jangan ME-REPORT bukan-bukan kat parents aq sudah la tentang aq kat Poli tu. 


Rasa berdebar je nak melalui hari-hari di minggu hadapan. Perkara yang paling aq risau akan menjelma iaitu. PRESENTATION FINAL INDUSTRIAL REPORT kat pensyarah. Pergghh 30 minit nak kena bercakap. Dup dap dup dap je jantung nie. Aq nie nampak je dalam blog nie macam orang yang banyak cakap. Tapi hakikatnya hanya sinetron sahaja. Susah k0wt bagi aq nak bercakap depan orang ramai. Tawakal je la next week. Mungkin Allah nak bantu aq kot sebab aq dapat lecturer yang pernah mengajar aq masa semester 3 dulu. So harap tak ketaq (gugup) sangat la berdepan dengan pensyarah yang cantik, menarik, tertarik tu.. 


Hahahaha actually nak update tentang samprit segar buatan mama aq. Tapi mungkin esok je la sebab nak edit gambar dulu... Hehehe ok lah. Setakat tu je buat malam ini. Thanks for reading. ^_^


Sekian!!!

3 comments:

Unknown said...

gud luck yerk for presentation 6t..
u can do it bro!

Noor Atikah Ramli said...

good luck presentation !:)

tgh tggu entry samprit sgar nie. huhu

Unknown said...

Nur Atiqah Mohd Zaki : hehe tq.. harap2 cm2 la..

Cik Rongoks: tq.. sbar ye.. otw kak.. ^_^