Sunday, July 29, 2012

Yang Berlalu Biarkan Ia Pergi~~~

Salam,


Sayu je kan tajuk entry lewat malam nie. Sebenarnya mata dah mengantuk dan badan pun letih dengan aktiviti seharian... Tapi memikirkan sesuatu yang terbuku dalam hati nie, rasa ingin dikongsikan jugak buat semua pembaca disini... Semua orang pasti dah biasa ber-CINTA kan??? Bila sedang jatuh Cinta nie macam-macam perkara yang indah-indah je kita akan rasakan dan lalui hari-hari yang mendatang bersama si dia yang ter-CINTA. Macam la dengan aq yang pernah melalui saat-saat indah itu dulu... Banyak kenangan yang akan tercipta disaat ber-Cinta tu kan??? Dating, study sama-sama, dan macam-macam lagi la...


Kini, aq kembali sendirian dan semakin menyepi kehidupan seharian yang hanya ditemani blog kecil ini untuk aq luahkan segala curahan isi hati, coretan kehidupan seharian dan pelbagai lagi kisah serta kenangan dalam kehidupan yang aq lalui... Sememangnya Cinta itu aq akui ia Terindah. Suatu perasaan yang wujud antara dua insan yang saling berkongsi antara satu sama lain. Perasaan yang tidak dapat diterjemahkan dengan hanya kata-kata 'I LOVE YOU' atau 'Saya Cintakan Awak'. Ianya wujud atas perkongsian antara dua hati. Bagi aq yang melalui Cinta Persahabatan. Itu jauh lebih indah untuk digambarkan kerana Cinta yang terbina melalui Persahabatan adalah ibarat menanam pokok...


Bermula dengan menabur benih umpama permulaan hubungan Persahabatan yang mulai terjalin. Benih yang ditabur seterusnya disiram dan tumbuh tunas-tunas kecil yang keluar dari benih seperti hubungan Persahabatan yang disemai dengan Keikhlasan, Kejujuran dan Kesetiaan yang akan menimbulkan bibit-bibit perasaan sayang dan bertanggungjawab antara satu sama lain, lalu tunas-tunas kecil itu seterusnya akan membesar dan mempunyai struktur batang yang kuat dan kukuh berdiri ibarat perasaan dua hati manusia yang bersahabat akan menjadi lebih erat dan bertambah sayang diatara mereka. Daun-daun hijau akan mula tumbuh dan kelihatan segar melengkapkan pohon yang kukuh berdiri yang dapat diumpamakan sebagai keakraban yang terbina antara dua sahabat mula berputik sedikit perasaan yang melebihi perasaan terhadap seorang sahabat. Pohon yang berdiri akan terus berdiri dan meneruskan kehidupan dengan hadirnya kelopak-kelopak bunga yang menghiasi keindahan pohon yang semakin lengkap kitaran hidupnya. Jika dapat kita bayangkan, bunga-bunga ini umpama kehadiran suatu episod baru dalam kehidupan dua sahabat ini yang mengukuhkan hubungan mereka iaitu Cinta... Bunga yang segar akan terus hidup dipohon dan berkembang dengan cantik dan dihiasi dengan haruman serta lebah yang sering hinggap untuk mendapatkan madu. Kehidupan dalam per-Cintaan mereka mula melalui episod-episod indah dan nikmat-nikmat ketika alam per-Cintaan mula dirasakan ketika bersama mahupun berjauhan... Kitaran hidup pohon dan bunga pasti tidak terlepas dari cabaran dan dugaan dalam menghadapi cuaca yang mungkin boleh membunuh mereka, setidak-tidaknya mungkin menguji struktur akar yang mencengkam tanah samada kuat atau tidak. Dalam alam percintaan, cuaca yang dimaksudkan terhadap pohon itu adalah dugaan bersama yang dilalui oleh pasangan ber-cinta untuk menguji kekuatan Cinta, dan sifat mempercayai antara satu sama lain dan kekuatan iman yang senantiasa menduga. Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Bunga yang kembang mekar di pohon pastinya akan tiba saat layu dan gugurnya ketanah apabila takdir telah menentukan waktu dan ketika... Hubungan dua hati yang telah melafazkan janji setia dan Cinta akan mengakhirinya dengan dua cara samada berakhir dengan Perpisahan atau Perkahwinan.... Kedua-dua huruf ini pasti menjadi Persoalan kepada mereka yang sedang dilamun Cinta... Apakan Cinta yang telah mereka bina selama bertahun lamanya akan berakhir dengan salah satu P??? Pepisahan atau Perkahwinan?? Hanya Tuhan yang menentukannya....


Buat Cinta pertama aq yang telah melalui Perpisahan aq terima ketentuan ini dengan hati yang terbuka kerana masih terlalu muda untuk aq kenal apa itu Cinta yang sebenarnya... Masih banyak ruang yang terbuka semasa melalui Cinta pertama ini yang telah membuatkan aq sedar bahawa terlalu banyak yang perlu aq perbaiki untuk menjadi lebih baik... Malam ini adalah saksi bahawa Cinta lama aq telah menemui Cintanya yang sebenar... Aq tumpang gembira dengan senyuman yang dilemparkan sebentar tadi yang membuatkan aq tersedar dan tersentak dengan lamunan mimpi yang aq rasakan... Si dia sudah menemui insan yang mampu membuatkan dia terus tersenyum selamanya...


Buat aq, rasa sedih itu masih mengiringi diri ini meskipun aq yang menggugurkan bunga itu, tapi setelah kenyataan yang membuatkan aq sedar sebentar tadi, aq akan terus berubah dan terus berdiri seperti pohon itu. Sesungguhnya Cinta silam itu adalah kenangan, samada yang terindah buat kita atau yang paling pahit untuk dikenang... Hidup dalam kenangan adalah hidup aq, namun tak mustahil untuk aq ciptakan sebuah kenangan baru dalam kehidupan aq yang mendatang... Hidup perlu diteruskan walau apa jua yang perlu dilalui.


Sorry kalau entry kali nie agak jiwang terokkk...Sekadar melayan perasaan yang terbuai seketika... Semoga akan ada bidadari yang akan memiliki hati ini suatu saat yang pasti akan tiba... Thanks for reading... 


Sekian !!!

No comments: