Monday, July 23, 2012

Letihnya...Kesedaran..Samprit Segar... Final Project....

Salam,


alhamdulillah hari nie dah masuk beberapa hari dah kita berpuasa... letih sangat-sangat puasa tahun nie, rasa beza sangat-sangat daripada tahun yang sebelum nie... Mungkin sebab tak bersahur agaknya. Itu la Energy kureng sikit tu. Nak buat macam mana stay kat rumah sewa memang susah la nak bangun sahur. Kalau kat rumah mama nie boleh la mama tolong kejutkan. Aq pun sejak mula puasa nie tak berbuka puasa lagi di Jitra. Asyik balik rumah mama je sebab nak kena tolong mama aq jaga anak buah nie. Mama aq cakap "kalau hang tak balik, mama tak buleh pi semayang terawih la". Betul jugak. Kalau aq tak balik memang mama tak boleh pergi la solat terawih. Cuma aq la rasa penat gila ulang alik dari Jitra nie. Jauh jugak tu. Aq balik rumah mama lepas habis kelas, buka puasa dan tunggu mama balik terawih pastu baru aq balik Jitra dalam pukul 11 malam. Penat dan mengantok jangan cakap la. Sampai rumah sewa terus makan sahur dalam pukul 12.30 mlm dan terus tidur. Tak ape la, pengorbanan di bulan ramadhan.


Kesedaran.
Semalam rasanya adalah kali terakhir aq jumpa dia di skype, dia betul-betul dah berubah sepenuhnya. Alhamdulillah, ramadhan kali nie dah membawa banyak kebaikan untuk dia dan aq. Insyaallah aq akan mengikut jejak langkahnya. Rasanya aq akan jumpa dengan si dia buat kali terakhir sebelum dia pergi jauh meninggalkan aq. Nanti aq akan hantar semula barang-barang yang dia mahukan... Maafkan atas semuanya yang jadi antara kita....


Samprit Segar...
YES... Iklan samprit segar dah keluar pun di Mudah.my.. Baru tengahari tadi aq berkesempatan tengok. hehe busy bebenor sejak masuk bulan ramadhan nie... kalau nak tengok boleh klik >>SINI<< .. Semoga dengan iklan nie akan banyak lagi tempahan yang akan menyusul. Setakat nie pun dah macam tak sempat je nak buat. Murah rezeki mama aq. Semoga bisness samprit nie akan lebih baik dan terkenal lagi lepas nie...


Final Project...
Hari nie dah start kelas untuk final project aq untuk semester 5 & 6...  Fuhhh rasa macam berat je nak buat project akhir nie.. Banyak sangat benda yang orang dah buat... So sapa-sapa yang ada final project untuk kos Elektronik boleh la share kat aq... Aq pun blank nak pikir tentang project nie. Hari rabu nie dah nak kena submit tajuk project & dah nak start buat proposal dah... Tapi mungkin Allah nak permudahkan perjalanan aq di Politeknik nie. Aq dapat ahli yang memang hebat dengan kemahiran masing-masing. Syukur alhamdulillah. Meh nak perkenalkan sikit diaorang nie. 


Yang pertama Nur Faiezah / Pieja (member yang paling rapat dan mudah berkerjasama). Dia nie practical kat kedai elektronik yang buat projek akhir student poli dan Universiti so dia pro jugak la bab-bab litar nie. Yang kedua Seow Khai Xiang. Dia nie ketua kelas merangkap student yang paling tinggi pointer dalam kelas aq. So rasanya idea dia nie mungkin hebat jugak untuk final project nie. Yang ketiga iaitu Phun Chan Cuan. Dia nie macam slow sikit tapi idea dia boleh tahan gila jugak la... Memang cun la kalau dia ada sebab project akhir nie perlukan pemikiran yang diluar kotak pemikiran biasa. Dan aq ahli kumpulan yang terakhir. Rasanya tak ada keistemewaan macam diaorang. Tapi bab presentation boleh serah kat aq la k0t. Hehehe 


Entry kali nie macam lain sikit kan?? aq main tulis je. Nak campur aduk semua kat atas tu rasa macam susah korang nak baca. Hope enjoy reading... Thanks...


Sekian!!!

6 comments:

Unknown said...

selamat berpuase! ;)

Unknown said...

slamat berpuasa jgk Nur Atiqah.. :)

mama aryan said...

selamat berpuasa..berkorban utk ibu itu besar ganjarannya,mcm akak ni dah tak bole nak buat semua tu sbb mak dah takde

Unknown said...

mama aryan: selamat berpuasa jugak akak.. yup.. adik tak kisah kalau tak dapat pergi terawih tahun nie asalkan mama dapat pergi sudah la. Walaupun mak akak dah tak ada, doa dari akak insyaallah akan sampai untuk mak akak. Banyakkan bersabar dan berdoa ye akak. :)

Mishter Izwän said...

Sya baru habis FYP. tp tak specialist tentang elektronic. tp kalau besi kire expert jugak lah . hehehe
.. pape pun good luck utk FYP



**pertama kali disini, ada masa singgah ke blog http://speechless009.blogspot.com

Unknown said...

Mishter Izwan: Wah da lepas FYP.. bleh la share sikit pengalaman kot2 bleh gunakan idea tu utk final project sy.. thanx 4 comment... sy akan singgah blog awk... ^_^