Saturday, July 14, 2012

Sejarah Hitam

Salam,


Sebenarnya aq nak update tentang samprit segar. Tapi disebabkan tak sempat lagi nak update aq akan postpone lepas entry kali nie. Aq nak share la tentang apa yang terjadi kelmarin 13 Julai 2012. Aq dan family terkejut dengan paggilan telefon oleh abang aq yang sulung yang mintak mama dan abah untuk pergi ke rumah dia di Penang. So lepas mama dan abah berbincang semua ahli keluarga setuju berkumpul di Kulim. Tujuan kami sekeluarga berkumpul adalah untuk membantu abang yang sulung nie yang terkena "santau". Ada sapa-sapa yang pernah tengok tak proses nak keluarkan benda tu dari tubuh badan? Ala macam Expose Mistik kat astro tu. 


Dalam pukul 6.40 petang aq, abah, abang sulung dan abang ipar aq bertolak ke Penang untuk pergi ke rumah bomoh dekat area kepala batas. Sampai je dekat dengan masjid kitaorang singgah dulu untuk solat magrib. Memang benda yang mengganggu abang tu ada masa kami dekat masjid, abang, abah dan aq pun boleh rasa kehadiran benda tu. Lepas salam akhir oleh imam masjid tu aq tengok abang macam dah tak tenteram je. Aq pun dah rasa lain masa tu. Walau macam mana pun perjalanan kami diteruskan. Sampai je di rumah bomoh tu rasa hairan bila tak ada orang lain selain aq dan keluarga je. Bukan apa, selalunya memang ramai yang datang berubat dekat situ sampai nak kena tunggu giliran. Mungkin Allah nak permudahkan urusan kami sekeluarga. Aq membawa botol sos yang kosong dan sebotol air masak untuk dijadikan air penawar. Setelah masuk ke dalam rumah pak cik bomoh tu yang kami semua panggil Wak, rasa suasana berubah seketika. Aq tengok abang asyik memandang pintu dan keadaan tak tenang. Aq perasan masa dia mengambil pemotong kuku dan bermain-main dengan benda tu. Masa tu aq pun da rasakan macam ada yang tak kena je. Tapi tak pe lah, aq diam dan berborak je la dengan Wak tu sementara proses rawatan akan dimulakan. 


Apabila dah sedia, Wak dah mulakan proses rawatan dengan cara dia yang bagi aq memang pelik. Masa berborak tadi dia cakap melayu je. Lepas dah start je, dia dah start cakap indon(jawa). Memang dasyat cara rawatan dia. Aq first time tengok benda-benda mistik macam nie, serius takut gila. Mula dengar suara abang aq lepas tu dah berubah macam petir je. Serius meremang bulu roma nie. Aq ada record video dari mula sampai la tamat rawatan tapi tak nak la upload kat sini sebab serius menakutkan la semasa proses rawatan dijalankan. Insyaallah kalau aq nak letak nanti aq bagi tajuk video kat youtube. Kalau korang yang ada masa rawatan tu rasanya seram sejuk la. Masa rawatan sedang dijalankan, Wak menyuruh abah dan abang ipar aq soal macam-macam kat benda dekat dalam badan abang aq tu. Dia jawab semua soalan bermula dengan 'Siapa tuan dia? Kenapa masuk dalam badan abang aq? Dan siapa dia? Masa soalan last memang seram cara dia jawab. Dengan mengilai dia cakap 'Aku hantu raya'. Astagfirullahalazim, sebak aq dan abah bila benda tu cakap macam tu. Apa la salah abang aq sampai orang tu sanggup buat macam tu? Proses rawatan diteruskan lagi oleh Wak dengan menyuruh benda tu untuk masuk dengan botol sos tu. Memang terseksa sangat-sangat masa benda tu nak keluar. Benda tu siap berlakon lagi cakap yang dia dah habis keluar, tapi ilmu yang ada pada Wak nie bukan calang-calang orang ada. Wak paksa sampai la semua benda tu keluar dari badan abang aq. Ada jugak darah, tapi tak banyak sangat sebab baru lagi dan nasib baik family dapat kesan awal. Benda macam nie kalau biar lama-lama memang cukup bahaya. 


Setelah selesai tudung botol ditutup dan Wak meneruskan rawatan dengan zikir untuk mengembalikan semangat dalam badan. Kemudian botol sos yang telah ditutup dibasuh dan Wak menyuruh aq mengeluarkan camera untuk ambil gambar benda yang ada dalam botol tu. Kesemuanya ada 4. Satu jasad manusia dan tiga hantu. Gambar keempat-empat tu tak clear sangat sebab botol tu basah. Cuma salah 1 hantu tu nampak jelas la. Gambar hantu langsuir dengan mulut ternganga. Kalau tak percaya terpulang la. Aq tak nak upload kat sini sebab aq sendiri pun takut tengok. Orang yang menghantar benda tu pun menurut kata Wak, akan sakit berpuluh kali ganda dengan apa yang diaorang lakukan dekat abang aq nie. Dan orang yang menghantar benda tu pun SMS maki macam-macam selepas abang aq selesai rawatan. Dah tak tahan sakit la agaknya. Selepas selesai berubat Wak jemput tengok ada persatuan silat dekat kampung nie buat mandi minyak. Ramai jugak orang. 


So lepas tu kami semua bertolak balik ke Kulim. Sampai je dekat area tol sungai dua. Ada operasi JPJ, Traffic, Polis dan macam-macam lagi la. Kereta abang ipar aq kena tahan sebab cermin gelap tapi kebetulan ada bas dekat situ nak berhenti jugak. So terus blah la. Kalau tak confirm kena saman jugak malam tadi. Perjalanan menuju ke Kulim lama jugak la sebab sampai rumah akak aq pun dah lewat dah. Tapi disebabkan abang aq ada kerja dekat Penang. So nak kena hantar abah balik dulu dan aq teman abang aq pergi Penang balik buat kerja. Dari Kulim lagi aq tengok abang aq macam dah tak stabil je drive pun. Aq nak drive pun rasa tak yakin sebab dah setahun lebih tak pegang sterring kereta. So lepas jambatan Pulau Pinang aq tengok kereta dah macam bergerak ke pembahagi jalan, rupa-rupanya dia dah separa terlelap, nasib aq sempat kejut, kalau tak tau la apa akan jadi. Aq bercakap je dari Penang sampai la balik ke Kulim tak nak bagi dia mengantok. Sampai je rumah dekat pukul 2 pagi, terus solat isyak dan tidur.


Keesokkan pagi mama, adik dan kedua orang kakak aq nak tengok video proses rawatan tu, kesemua mengalirkan air mata kerana tak sanggup tengok orang paling kami sayang dan sebagai tulang belakang family kami terseksa sebegitu rupa. Mama memang tak akan maafkan seluruh keluarga orang yang buat tu dan kami sekeluarga pun tak akan pernah memaafkan. Ini dah kali ke-2 abang aq kena macam nie. Mungkin ini takdir keluarga kami. Dugaan begitu besar diuji oleh Allah buat kami sekeluarga. Kami redha menerimanya dan berharap semua ini akan ada kesudahannya. "Ya Allah, kami sekeluarga memohon keampunan dariMu, berikan kesudahan yang baik buat kami sekeluarga, berikan perlindungan kepada kami sekeluarga dan kuatkan iman kami untuk menghadapi dugaan ini, berikan petunjuk dan kesedaran kepada mereka yang melakukan perkara syirik ini agar mereka kembali ke jalan yang benar". Amin. Aq akui aq bukan manusia yang sempurna tapi semua makhluk di dunia ini layak kan untuk memohon sesuatu? Mudah-mudahan kesemuanya dipermudahkan. Sorry kalau entry kali nie cukup panjang. Sekadar perkongsian kesedihan hati kecil aq dan keluarga. Semoga ada hikmah disebalik semua perkara yang terjadi. Next week aq update pasal samprit segar tu. Insyaallah. 


Sekian!!!

3 comments:

Noor Atikah Ramli said...

nnt ika baca esok ek. seram.hihihihih

Unknown said...

cik rongoks: ok. thanx 4 reading. :(

Unknown said...

hmm,mmg seram entry nie..
be strong 4 ur fmly!