Wednesday, January 15, 2014

Kenangan Kursus Di Akedemi Binaan Malaysia(ABM) Wilayah Utara(Sintok)


Hai, alhamdulillah dapat juga Mr.H kembali di sini untuk update ke-2 bagi tahun 2014 nie. Agak lama jugak kan menyepi lepas ucapan aluan untuk pembuka tahun 2014 nie. Maklumlah, Mr.H semakin busy dengan kursus di Akedemi Binaan Malaysia. Haaaa meh nak story sikit... Sebenarnya Mr.H ada plan lain untuk kursus nie. Sepatutnya Mr.H dah hadiri kursus di Sungai Petani pada 10 Januari yang lepas... Tapi disebabkan ada kursus di ABM nie rasanya rugi pulak kan lepaskan begitu saja... Bukan apa, kursus di ABM nie percuma aja sih... *Ngomong indonesia dikit... hahaha

Sepatutnya abang Mr.H bagitau awal la ada kursus di situ. Tapi disebabkan dah lewat, Mr.H dah ketinggalan 1 hari la masa pembelajaran. Dengan tempat kursus pun tak tau dekat mana. Pukul 11 pagi jugak la Mr.H sampai di ABM tu. Bila sampai je tengok ramai orang tengah pasang dah besi-besi tu. Eh lupa lak nak story kursus ape yang Mr.H ambil kat ABM nie... Kat ABM nie Mr.H ambil kursus Scaffolding Erection Level 1, kiranya basic la untuk bidang scaffoldding nie. Untuk first day nie memang penat la sebab dah lama tak berpeluh badan nie... tambahan pulak main dengan besi-besi yang memang berat. Hadoi... Sakit 1 badan... 

Meja makan yang dah jadi meja study Mr.H
Scaffolding yang hampir siap dipasang...
Barang-barang scaffolding...
Kertas Pengiraan.. Fuhhh susah beb...
Pemasangan Scaffolding...
Bersama semua peserta....
Peserta kursus pun kebanyakan lebih tua dari Mr.H rasanya. Tengok macam otai-otai je... Hari demi hari dah macam-macam benda baru Mr.H belajar dan dapat berkenalan dengan semua abang-abang nie. Mr.H je yang paling muda kat sini. Wahhh rasa macam adik pulak. Untuk pengetahuan korang, kursus yang Mr.H ambil nie kursus personal so cuma perlukan 10 hari je iaitu 8 hari kelas dan 2 hari untuk exam. Cerita bab exam memang susah la sebab ada 4 bahagian untuk level 1 nie iaitu Kertas Objektif, nak kena jawab soalan berkaitan akta dan segalanya tentang scaffolding nie. Kertas Pengiraan, nak kena selesaikan pengiraan yang agak susah la dari soalan 1-7... Bahagian ke-3 pulak kena buat pemasangan Scaffolding mengikut rekabentuk yang diminta dalam masa 2 jam dan terakhir sekali, tali. Kena buat ikatan dan jalinan.

Memang mencabar gila semua exam nie. Paling tak bleh blah masa pasang scaffolding tu la... Baju nie entah brapa kali perah dengan peluh pun tak tau... Dengan panas dalam gudang tu, dengan besi berat dan pasang laju gila.. Hahaha tapi memang best sebab Mr.H dah berjaya atasi rasa gayat bila berdiri di tempat tinggi. Bab ujian tali pulak Mr.H diberi tanggungjawab untuk jadi ketua kumpulan so Mr.H la kena bagi arahan nak kena buat apa dan apa. Alhamdulillah selesai jugak 7 jenis ikatan dan 1 sulaman. Memang perlukan seni dalam pengakap la nak buat simpulan tali nie. Maklumlah Mr.H nie ahli PBSM yang setia dari sekolah rendah sampai zaman poli... Hahaha

Masa kursus nie jugak Mr.H dapat ramai kawan baru la. Contohnya abang Helmi. Dia nie safety officer dekat KL. Orangnya ramah dan kelakar. Mr.H selalu berborak dengan dia, banyak la ilmu dan pendapat dia share kat Mr.H nie. Siap bagi contact number lagi sebab nanti dia ada projek nak on di langkawi, mana tau ada ruang-ruang kosong untuk Mr.H join bersama kan? Boleh jugak cari pengalaman baru lagi. Memang bertuah la Mr.H dapat kenal orang yang tak kedekut ilmu nie. Banyak lubang-lubang kerja yang boleh Mr.H dapat nanti. Insya Allah. 

Masa kursus dekat ABM nie jugak la mama bagi Mr.H pinjam si gebu(kereta mama) tu sebab ada 1 pagi tu hujan. Alahai memang lepas rindu nak drive la. First day tu takut-takut tu ada lagi tapi dah 2-3 hari bawak, rasa dah selesa sikit. Kereta nie pun lama-lama kalau tak bawak memang rasa tak cekap je. Last day Mr.H di sini sempat jugak la ambil gambar beramai-ramai sebagai kenangan terindah kami bersama. Memang suatu pengalaman yang seronok sebenarnya menghadiri kursus-kursus pendek sebegini. Selain tujuan untuk dapatkan sijil, kita jugak dapat luaskan contact kita jugak. Biasa la, bidang kerja macam nie. Hubungan antara orang lain tu sangat penting.

Apa-apa pun pengalaman di ABM Sintok nie suatu pengalaman yang indah la bagi Mr.H sebagai permulaan tahun baru 2014 nie... Harapan Mr.H agar final exam hari tu lulus dan boleh ready untuk level 2 pada bulan 8 nanti. Settle ja level 2 nie, Insya Allah banyak kerja boleh Mr.H buat. Rasanya cukuplah setakat itu dahulu coretan Mr.H buat kali ini. Terima kasih sudi singgah dan layan celoteh Mr.H nie... 

Sekian Coretan Hati.... 



No comments: