Thursday, December 19, 2013

First Experience Interview... Ronda-ronda di Penang...


Hai, coretan kehidupan Mr.H kembali lagi... So nak story ape eh untuk entry kali nie? Hurmm ok la cerita minggu lepas. Pagi khamis 12/12/2013, aktiviti Mr.H macam biasa la terbaring je lepas subuh, tak terasa plak nak terlelap. Dalam pukul 9:30 pagi, baru nak pergi mandi. Masa tengah mandi tu ada orang call, so jawab la. Rupanya Mr.H dah dapat tawaran untuk open interview di salah sebuah kilang di Penang. So buka email dan check la apa yang perlu dibawa masa intervew nanti... Check punya check, ALAMAK... Transkrip tak pergi ambil lagi dekat Poli. Hari nie khamis, pejabat tutup pukul 3.30 petang. Alahai sempat ke tak nak balik dari Manjung ke Jitra nie.



Kalau tak balik macam tak boleh je nak pergi interview tu sebab tak ada Transkrip. Lalu terpaksa la Mr.H ambil keputusan segera dengan call akak mintak izin nak balik Kedah... Kalau fikirkan logik memang macam tak sempat je sebab dah jam 11 pagi Mr.H bertolak. Perjalanan dari Perak ke Kedah nie selalunya 5 jam jugak la. So dalam pukul 4 la baru sampai... Memang tawakal je la teruskan perjalanan dengan harapan sempat sampai di Poli... Dah siap packing barang terus Mr.H dan motor kesayangan nie memecut dengan selaju yang mungkin... Rasanya tak pernah lagi bawak laju macam tu...

Tak kira apa jua kerendaan kat depan Mr.H semua Mr.H potong. Tengok meter dekat motor pun kejap 140 km/j kejap 150 km/j... Lebih kurang jam 1:00 petang Mr.H dah sampai di Tol Juru. Kalau dari Penang nak ke Kedah nie selalunya dalam 3 jam jugak la nak sampai. Tapi bila dalam keadaan terdesak nie macam-macam boleh jadi. Juru ke Jitra 1 jam 30 minit... memang gila la perjalanan kali nie sebab dari budget masa yang selalunya sampai 5 jam dah jadi 3 jam 30 minit.... 

Sampai je dekat poli terus naik lift ke tingkat 5 iaitu di Jabatan Kejuruteraan Elektrik untuk mintak surat pengesahan or transkrip sementara... banyak jugak la lecturer yang Mr.H jumpa masa dekat jabatan nie. Maklumlah student paling lama dekat poli... Lecturer pun dah boleh ingat dan kenal dah dengan Mr.H nie. So lebih kurang 30 minit jugak la nak selesaikan urusan transkrip tu dan terus balik ke rumah mama... Alhamdulillah selamat jugak sampai dengan selamat dan letihnyaaa.... 



Pada keesokan harinya, jumaat, Mr.H dapat sms dari akak Mr.H di Kulim nie tanyakan samada Mr.H tau ke tak jalan nak ke tempat interview tu. Memang tak la kalau area sebelah pulau sana. So dia meng-offer-kan diri la nak tolong hantarkan Mr.H ke sana. Mulanya ingat nak pergi ke Kulim dengan bawak motor je. Tapi mama cakap nak tolong hantar sebab kesian kat Mr.H dah jauh sangat bawak motor dari Manjung ke Jitra & balik ke rumah mama. Ini nak kena pergi Kulim pulak. Lagipun Mr.H pun dah terlampau penat dah.

Cerita semasa interview. Pukul 9 pagi Mr.H dah sampai di tempat interview. Memang ramai la orang. Nak kena tunggu giliran dipanggil la untuk masuk ke dalam bilik interview. Mr.H dapat sorang je Interviewer. Tak banyak sangat tanya. So dah selesai kena tunggu kejap sebab ada lagi sesi Interview. Kali nie Mr.H dapat lagi sorang Interviewer. Dia punya berlagak, punya megah memang tak boleh blah la padahal level technicion jugak rasanya mamat tu. Dengan kutuk Diploma Mr.H la. Tapi muka Mr.H tenang dan senyum je. Lantak kau la nak kata apa pun. Mr.H just cuba nasib je. Kalau ada rezeki dapat la.

Habis je interview terus family Mr.H datang ambil dan bawa Mr.H pergi lunch dulu. Memang lapar la sebab langsung tak makan apa sebelum pergi interview tu. Selesai je makan Mr.H sekeluarga singgah di Masjid Terapung Tanjung Bungah untuk solat Zohor dan terus ke Hutan Lipur Teluk Bahang untuk bagi anak-anak buah Mr.H mandi manda... Kat sini sempat la snap sikit gambar. Hehe setelah puas bebudak nie mandi kami singgah semula di Masjid Terapung untuk solat asar. Mak Aiii ramainya orang sampai nak parking pun susah. Lebih kurang pukul 6 petang, last destination di Penang adalah Padang Kota Lama sebab nak makan Passembor dan Mee Sotong tapi Mee Sotong tak dapat sebab tempat tu ramai sangat orang so Mee Udang je la pengganti. Memang terbaik la. Tapi makan kat sini memang kena sembelih la. Mahal sangat... Hehe

Pemandangan dari Masjid Terapung...
Bot-bot kecil menarik perhatian...
My sista & Adek...
Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang...
Suasana di Padang Kota... Memang ramai orang kalau pukul 6 petang ke atas...
Passembor Padang Kota... Rugi tak cuba...
Mee Sotong yg best tak dapat digantikan dengan Mee Udang... Kureng sikit la... 
Tudiaaa beratur nak beli passembor... hehe
Picture of the day. Mr.H dan mama di Hutan Lipur Teluk Bahang... abaikan tangan mama macam promosi cincin di kedai-kedai emas... hahaha
Lama tak ronda-ronda Penang nie. Cuma nak pergi Bukit Bendera je tak kesampaian sebab terlampau ramai orang. Hari yang cukup memenatkan. Tak pernah-pernah jalan-jalan dengan pakai baju kemeja nie. Orang pun mesti pikir, kerja apa la hari sabtu nie... Hahaha apa-apa pun pengalaman pertama kali di-interview secara realiti memang best. So Mr.H tak akan takut lagi untuk hadapinya lepas nie... Rasanya dah habis ringkas Mr.H cerita tentang flow perjalanan kehidupan Mr.H dalam mencari kerja... Dapat or tak, Mr.H dah usaha sebaik mungkin, doa dari family, kawan-kawan dan Mr.H sendiri serta tawakal je la. Semoga berita baik menanti... Thanks for reading...

Sekian Coretan Hati....

No comments: