Sunday, January 8, 2012

'Thumb print'... Rumah sewa... Futsal...

Salam,

urmm minggu nie minggu yang sangat memenatkan bg diri ini... serius penat dengan macam-macam keadaan yang dilalui dalam kehidupan seharian. Ok, situasi pertama keadaan kat tempat LI la. Minggu nie memang banyak kerja nak kena buat. Dengan assembly board la,potong papan, sambung papan, & macam-macam lagi la. Tapi yang tak boleh blah sekali bila ada satu hari yang aq tak boleh 'thumb print' langsung. Memang bebal sangat-sangat. Rasa macam nak tendang je tempat 'thumb print' tu. Akhirnya aq terpaksa tukar jari sebab ibu jari nie dah tak boleh detect langsung dah. Bodoh punya kilang Jepun. Situasi dua, rumah sewa. So duit PTPTiPU dah masuk. Tuan rumah sewa pun sms la 'Bila ye nak bank in duit umah sewa?' Semua Rm2XXX. Dah tu, nak kena bayar sampai bulan Jun. Aq ngan kawan-kawan dah tamat LI bulan Mei, so buat apa nak bayar kalau bulan Jun dah nak pindah. Esoknya sms pulak kata duit yang kawan aq bank in xmasuk sesen pun... Memang bikin panas la... Heran jugak sebab 3x buat cash deposit kat no account yang laki dia bagi, bleh cakap xmasuk sesen pun.. Last-last dia yang silap sebab salah check account. Itu la, lembu makan rumput kat padang, cari dekat KFC memang tak jumpa la cik kak oii.... Situasi ketiga, gelanggang futsal. Sempat jugak la main futsal minggu nie walaupun baru habis O.T dalam pukul 8 malam. Lama betul tak main, sampai terjatuh & peha nie rasa sakit je. Rasanya macam tersalah urat je. Serius sakit. Mintak-mintak cepat la ok, nak berjalan pun xtahan dah sakit nie... Sekrang hanya menghitung hari, bilala nak abes practical nie. Tak larat dah nie... hahahaha report tak lengkap-lengkap lagi. Insyaallah minggu nie akan cuba lengkapkan dan terus antar kat penyelia. Tak nak dah tangguh-tangguh lagi. Update lagi nanti.. Daaaaaaaaaa
Post a Comment