Wednesday, January 18, 2012

Semakin Bosan, Rindu, Maafkanku....

Salam,

Semakin hari semakin membosankan je Latihan Industri kat kilang yang aq buat practical nie. Kerja dah makin kurang, report pun rasanya makin susah la nak tulis. Buku laporan pun 1 tandatangan pun belum, walaupun dah sebulan lebih aq kat kilang tu. Tetiba rasa macam nak bayangkan je situasi pada masa akan datang jika aq dapat kerja macam kat tempat LI nie. Serius tak best sangat sebab kerja tak menarik sangat, tapi situasi hubungan antara pekerja memang best, semua dah macam family je, lebih kurang macam dekat tempat kerja part time aq kat Malakoff tahun lepas je. Rindu pulak kat Malakoff tu. Rindu kat akak-akak angkat aq. Kak Erni dan Kak Syaimaa, adik harap akak berdua sihat-sihat dan dan tak lupakan adik ye? hehehe Lama berhubung dengan diaorang berdua. Nak buat macam mana, sekarang memang sibuk dan penat dengan aktiviti harian, novel 7 Hari Mencintaimu pun baru 20 bab aq baca. Lambat betul la nak habiskan, setakat yang aq baca sekarang nie, komen aq rasanya menarik novel nie. Minta-minta aq dapat jadi orang macam watak Khuzairi la. Anak yang taat, suami yang penyabar, dan baik hati. Amin, hehe tapi serius novel nie memang aq rasa tak rugi la baca walaupun tebal gila. Jadual / perancangan aq untuk minggu nie nak siapkan laporan harian, nak mulakan taip report penuh, download movie dan Camfrog @ skype dengan si 'dia'.

Maafkan diri ini andai terlanjur kata yang mengguris perasaan kamu, tiada secebis pun niat untuk menyakiti hati yang telah terluka disebabkan diri ini, meskipun maaf ini tiada makna dan nilai dari pandanganmu, ingin jua aq ucapkan dan inginkan darimu. Buat si 'dia' yg pernah mewarnai kehidupan ini, maafkan aq dan terima kasih atas segala curahan kasih sayang, perhatian dan cinta yang telah diberikan. 

Aq dah gagal untuk kawal kata-kata aq yang mungkin menyakitkan hati si 'dia' samada dalam keadaan sedar @ tak. Hurmm, aq tau apa kesudahan kisah aq dan si 'dia' nie... Macam tiada penghujung..... Good Night.... Daaaaaaaaaaaaaaaaa

No comments: