Tuesday, January 3, 2012

Apa yg Aq Rasakan Kini

Salam,

Dalam hidup nie macam-macam dugaaan perasaan yang kita akan rasa kn?? Sedih, marah, ceria, gembira & macam-macam lagi. Kadang-kadang rasa sedih itu adalah rasa terindah dalam kehidupan, contoh macam aq nie, sedih memang selalu aq rasakan tak kira masa bercinta dulu ataupun lepas putus cinta nie, biasa la naluri perasaan seorang manusia, normal untuk merasakan sebegitu, apa yang aq maksudkan dengan sedih itu indah. Sedih itu mengajar kita erti kesabaran & ketabahan dalam melalui saat-saat duka dalam kehidupan, contoh yang mudah untuk aq gambarkan disini adalah kesedihan selepas putus cinta, rasa sedih yang dilalui adalah lebih manis dan lebih indah apabila mengenangkan saat-saat ketika masa bercinta, saat itu adalah saat yang paling bahagia dan amat istimewa buat kita dan si dia suatu ketika dahulu. Meskipun diri dilanda kesedihan samada ditinggalkan @ meninggalkan, tapi kenangan masa bersama dahulu mungkin bole menjadi sedikit penawar dalam merawat perasaan sedih. Biarpun aq dan si dia hanya sekadar kawan tapi aq rasa seolah-olah tidak ada keserasian lagi walaupun sekadar kawan. Sukar untuk aq gambarkan apa yang bermain dalam hati ini. Sukar untuk ditafsirkan dengan kata-kata. Pada aq biarlah hubungan aq dan si dia berkekalan meskipun sekadar kawan kerana kawan yang baik sukar dicari ganti.... Semoga dia mulakan tahun 2012 ini dengan semangat dan hidup yang baru. Insyaallah... Amin.
Daaaaaaaa

No comments: