Sunday, January 22, 2012

Saat Terakhir Pertemuan Kita

KLIK KAT GAMBAR ATAS NIE.

Salam,

Segalanya adalah ketentuanNya, rasa sedih dan kecewa yang teramat sangat aq rasakan sepanjang hari sabtu (21/01/11) nie. Sesuatu yang aq tak duga akan jadi macam tu. Hurmm niat aq kalau boleh apa yang jadi pada malam sebelumnya aq nak lupakan je dan tak nak apa yang jadi kat skype tu berpanjangan. Tapi hari sabtu tu, memang tahap kesabaran selama nie benar-benar teruji dengan sikap si 'dia' yang masih tak berubah dengan kata-kata si 'dia' tu. Aq memang tak pernah rasa marah sampai tahap macam tu dan rasa bengang sangat-sangat bila si 'dia' suruh datang ke rumah, lepas tu cakap lain pulak. Ingat aq bola nak sepak ke sana ke mari?? Aq pun dah rasa penat layan karenah si 'dia' yang tak pernah berubah sikap yang menjadi salah 1 punca putusnya hubungan ini. Kalau sikap macam tu berterusan aq pun tak tau siapa yang mampu bertahan. Untuk aq, setelah barang-barang dia aq pulangkan, segalanya tentang si 'dia' aq dah kuburkan dari ingatan aq. Aq tak nak fikir lagi tentang hal nie dan nak mulakan hidup baru dengan tenang. Pada aq, segala kisah aq dan si 'dia' hanya sejarah yang tak mungkin berulang dan titik permulaan untuk aq bencikan perempuan. Semoga tak akan ada lagi apa-apa kaitan antara aq dan si 'dia' lagi lepas nie. Rasanya tak guna kalau ada hubungan sebagai kawan pun kalau sikap yang sama masih ada. Untuk aq, segala salah dan silap aq dah mohon maaf dan terpulang la kalau tak nak maafkan pun. Buat si 'dia' apa yang dah jadi antara kita cukup la sampai disini dan harap jangan ada apa-apa kaitan dengan hidup aq lepas nie. Terima kasih atas segalanya selama kita berkawan dan bercinta. Selamat Tinggal dan Lupakan Aq. Daaa
Post a Comment