Friday, January 13, 2012

Sedikit Luahan Hati & Kisah Minggu Ini

Salam,


Kadang-kadang dalam hidup ini rasa macam tak adil. Apabila kita melakukan salah, orang akan hentam kita cukup-cukup. Tapi apabila orang melakukan salah mereka akan diam seribu bahasa. Memang best kan dapat BOM orang lain, tapi cuba fikir macam mana rasanya bila kita ada pada situasi itu. Mesti sakit hati kan? Tapi bagi aq, diam bukan bermakna takut untuk melawan, tapi itu lebih baik dari kita menyakiti hati orang lain. Amalkan 2S je tips mudah tapi tak semua manusia boleh buat. SABAR & SENYUM je kalau dalam situasi hadapi manusia-manusia sebegini. ^__^  


Untung kan la ada orang topup pahala?
Dulu, Kini & Selamanyaa.... Alhamdulillah...



Minggu nie, agak memenatkan la buat diri ini, banyak juga kerja nak dibuat. Dengan demam malam yang tak sembuh-sembuh lagi, memang dugaan la buat aq. Kisah di tempat Latihan Industri, macam biasa je. Kerja pun dah tak banyak sangat dah sekarang nie, lebih banyak relax. Laporan harian pun alhamdulillah, 80% dah siap untuk ditandatangani oleh penyelia. Target for this week, insyaallah dapat lengkapkan report 100% dan terus hantar. Laporan penuh rasanya dah nak mula tulis sikit-sikit. Lega sangat minggu nie tak ada Overtime. Dapat la rehat lebih sikit. Cerita tentang si 'dia', setakat nie alhamdulillah masih lagi ok dan hubungan kawan masih lagi tenang walaupun tak la seindah dulu. Alhamdulillah si 'dia' dah banyak berubah. Aq tumpang gembira si 'dia' begitu dan tahnia juga atas result Muet yang si 'dia' dapat. Semoga kita masih lagi berhubung sebagai kawan dengan tenang dan tanpa secebis pun titik permulaan untuk bertikam lidah lagi. Minggu nie juga aq dah mula balik untuk isi sedikit masa terluang bila balik dari kerja untuk baca novel, 7 Hari Mencintaiku, 




setakat nie agak menarik isi kandungan novel ini. Tapi buat masa sekarang nie nak fokus baca susah sikit la disebabkan masa yang terhad. So sementara tunggu magrib, sempat la aq layan 2-3 bab. Untuk adik-adik jiran sebelah rumah sewa, terima kasih sebab tolong hantar kad dan peta kat poli. Nasib la ada diaorg tolong. Kalau tak, tak tau la bila kad biru tu nak hantar. Apa-apa pun minggu nie banyak lagi kerja nak dibuat walaupun balik rumah mama, nak kena renew lesen, repair motor & macam-macam lagi la.... Hope demam nie cepat la sembuh, dan aq dapat jalani kehidupan dengan lebih tenang dan selesa. Doa-doakan. Nite.
Daaaaaaaaaa



No comments: