Sunday, January 15, 2012

Rumah yang kian Sunyi

Salam,

Tengok tajuk pun mood aq dah slow dh, sama la dengan cuaca pun yang mendung dan hujan je berterusan. Entry kali nie rasa macam nak cerita sikit la tentang keadaan kat rumah aq nie. Sekarang nie makin sunyi la bila adik aq dah masuk asrama, so tinggal mama dan abah je la kat rumah nie. Rupanya macam nie kehidupan, dulu masa aq dan adik beradik yang lain masih kecik, semua ada kat rumah. Bila tiba masa, seorang demi seorang akan meninggalkan rumah untuk ada kehidupan sendiri. Hurmm agaknya macam nie juga la keadaan bila aq dah ada keluarga nanti. Anak-anak akan membesar dan tinggalkan aq dengan si 'isteri'. Chewah berangan sebentar... Kahwin?? Semalam je cakap ngan kawan aq tentang hal nie, ok pe kalau umur 30 baru kahwin, time tu rasanya semuanya dah stabil dari segi kewangan... hehe biasa la. Nak juga hidup senang macam kakak & abang aq. So untuk ke arah itu, langkah pertama ialah fokus pada study aq la... Kalau yang tu pun tak boleh buat, maka angan-angan akan tinggal angan-angan je la. Semalam ada la test guna software yang aq baru tahu Camfrog Video Chat, komen aq tentang software nie hurmm bagus dari skype dan yahoo messengger la dari segi video kualiti. Kalau kakak aq baca entry kali nie, cer try guna ye.. hehehe.  Cerita tentang rumah tadi, sekarang nie ok la juga walaupun aq ngan adik tak ada kat rumah, ada juga anak buah aq yang tinggal dengan mama sementara tunggu bibik dari Indon sampai... So tak la sunyi sangat mama sensorang kat rumah tu. Apa-apa pun tak kira hujan, panas aq akan balik setiap minggu sebab boring la duduk kat sana. Biasa la "rumah ku syurgaku", rumah sewaku cuma hotel bagiku". hehehe k lah nak rehat & kembali untuk LI. Daaaaaaaa

No comments: