Saturday, January 28, 2012

7 Hari Mencintaiku (Da Best Novel)



Salam,


Alhamdulillah, akhirnya selesai jua aq membaca novel 7 Hari Mencintaiku nie. Pendapat peribadiku, novel nie sangat best la. Dari bab pertama sehingga bab 132 kot kalau tak silap, memang penuh perasaan la penceritaan novel nie... Si penulis berjaya membawa pembaca untuk masuk ke dalam kisah novel. Kalau awek-awek kat luar sana yang baca novel nie mesti akan berharap pakwe diaorg seperti Khuzairi, seorang yang penyabar, tenang, hormat ibu bapa, dan sanggup berkorban untuk orang tersayang. Dia jugak orang yang berada dalam dilema la sebab nak kena pilih diantara isteri tercinta atau keluarga. Dan aq pun ada jugak menyimpan angan-angan untuk bertemu wanita seperti Mia Adriana tapi Mia Adriana yang watak pada bab 80 hingga tamat.. Perghh memang layan abis la baca novel nie. Orang nak kata aq jiwang karat ke lantak la.... kalau nak dengar cakap orang nie sampai mati pun diaorag tak akan puas mengkritik orang lain. Novel nie berkisarkan tentang kisah kehidupan Mia Adriana yang merupakan seorang peguam dan anak kepada Dato' Megat Idrus. Di hari pernikahannya, tunang Mia Adriana, iaitu Khalil(sepupu Mia) tidak muncul kerana dia dipaksa oleh bapanya untuk berkahwin dengan orang lain. Khuzairi kebetulan hadir bersama bapanya Pak Samad(kawan baik Dato' Megat Idrus) hadir ke majlis pernikahan Mia Adriana. Khuzairi diminta oleh Dato' Megat untuk menikahi Mia untuk menutup malu disebabkan Khalil yang tidak hadir di majlis pernikahannya dengan Mia. Bermula la segala drama, romantis dan lucu diantara Khuzairi & Mia Adriana. Kemunculan Alisa dalam kehidupan Mia dan Khuzairi mengeratkan lagi hubungan mereka berdua walaupun pelbagai dugaan dan penghinaan yang terpaksa dihadapi oleh Mia dan Khuzairi. Lebih kurang bab 80 hingga tamat lebih banyak mood sedih, penginsafan dan saat-saat terindah dibawa oleh penulis, saat suspen dan kejutan jugak banyak terdapat di bab sebelum tamat. Antara watak-watak yang terdapat dalam novel nie ialah,


Pak Samad: bapa Khuzairi, suami kepada Mak Limah, bapa mertua Mia Adriana. Seorang yang tegas dan ketua keluarga yang baik, menyayangi Mia seperti anaknya sendiri.
Mak Limah: ibu tiri Khuzairi, isteri Pak Samad. Seorang yang pandai memasak, kuat berleter, menyayangi anak tirinya, benci Mia Adriana(sebelum mengetahui kebenaran mengenai Syakila).
Nadia: adik Khuzairi, anak kepada Mak Limah dan Pak Samad. Menyayangi Mia Adriana, benci terhadap Syakila, anak yang baik, bakal isteri Zaidi.
Helmi: adik kepada Khuzairi, rakan sekelas Mia semasa sekolah, anak kesayangan Mak Limah. Seorang kutu rayau yang malas berkerja, ganas, sanggup megkhianati abangnya dan kembali ke pangkal jalan apabila Mia dan Sofi menyedarkannya.
Syakila: tunang Helmi, anak saudara kesayangan Mak Limah. Menyimpan perasaan terhadap Khuzairi, seorang perempuan murahan, sanggup melakukan apa sahaja untuk menutup keaibannya.
Sofi: sepupu Mia, isteri kepada helmi, adik kepada Khalil. Seorang yang baik, anak yang tersepit diantara konflik keluarganya, menyayangi Mia dan seorang peguam.
Khalil: abang kepada Sofi, sepupu Mia, anak kepada Dato' Johari. Seorang yang menjadi mangsa akibat hutang bapanya, mencintai Mia, sanggup melakukan apa saja untuk meraih kembali cinta Mia, bodoh.
Shahrul/Buntat: anak kepada Mak Andak dan Pak Andak, anak angkat Mak Limah. Seorang yang terencat akal(lembam), disayangi oleh Mak Limah sekeluarga, mempunyai kambing bernama Kojol. Mati dibunuh oleh Khalil dan menyayangi Mia.


Itu lah serba sedikit huraian yang dapat aq kongsikan disini. Nak tau lebih bacalah dan memang layan abis la novel yang penuh dengan emosi nie... hehehe setakat itu sahaja untuk entry kali nie. 
Sekian....


Daaaaaaaaaa.............. ^_^

4 comments:

Aimacomel said...

yeah, suka novel ni. tebal sgt2 tp berjaya baca dgn penuh kesabaran ;)

Unknown said...

hehe memang best sgt jalan cerita novel nie...

nina said...

nk pinjam!
hey u i coming~
hahah..;)

Unknown said...

hahaha boleh je Dahliaku... :P