Sunday, February 5, 2012

Ahli Baru, Permulaan Tahun Yang Terindah

Salam,

Last week tak sempat lagi nak update blog nie disebabkan aktiviti yang totally padat la. Dengan aktiviti Latihan Industri yang semakin sibuk sampai ada 1 hari tu, dekat  pukul 12.00 tengah malam baru habis kerja. Serius penat sangat-sangat. Tapi tak pe lah, semua tu pengalaman dan cabaran yang mungkin akan aq lalui bila dah kerja nanti. Dalam beberapa hari nie jugak aq dah dapat seorang lagi anak buah yang ke-9. Baby girl. Nama dia masih belum dikenalpasti tapi dengar-dengar macam Mia Umairah. hehe sedap jugak kalau nama tu. Apa-apa pun semoga baby tu sihat dan menjadi anak yang baik serta ahli keluarga yang baik untuk family nie. Hope family aq nie akan bertambah lagi la nanti... Permulaan tahun nie jugak bagi aq adalah baik jugak sebab suatu penantian yang bertahun lamanya aq tunggu akhirnya tiba. Orang yang pernah membuatkan diri ini ceria melaui zaman persekolahan bersamanya telah kembali dengan 1 azam baru yang kembali membuatkan diri ini kembali senyum. Rasa seronok bila kata-kata dibawah nie dibaca,


hanya ucapan alhamdulillah dapat aq ucapkan. Semoga hubungan persahabatan yang dah lama terputus akan berkekalan sehingga akhir hayat. Tak nak lagi kehilangan kembar aq nie. Cerita pasal si 'dia' semakin hari semakin ceria hidup nie dengan gelak tawa dan gurauan bersama si 'dia'. Walaupun hubungan kini hanya sebagai kawan tapi kemesraan yang diberikan sangat bermakna buat diri aq. Untuk aq kehadiran mereka berdua adalah suatu anugrah terindah dalam kehidupan aq. Aq tak nak kehilangan kedua-duanya lagi dalam kehidupan aq. Sayang sangat-sangat kedua-duanya. Kehadiran mereka membuatkan hidup ini lebih indah dan bahagia. Tentang soalan semalam yang ditanya oleh si 'dia' aq masih tak ada jawapan sebab hati ini masih belum terbuka untuk menjawab soalan tu. Aq harap dia faham akan situasi aq sekarang. Maafkan diri ini. Tentang diri aq nie, masih sama jugak, demam je memanjang. Tak tau la bila nak sembuh. Apa-apa pun permulaan tahun baru nie aq harap akan menjadi tahun yang terindah buat diriku, Samprit Ungu.
Sekian....
Daaaaaaaaaaaa.... ^_^

No comments: