Sunday, February 19, 2012

Selamat Tinggal Movie-Movie

Salam,

Akhirnya ada jugak masa untuk aq update blog yang tak seberapa nie. Sibuk sikit minggu nie, banyak sangat kerja kat tempat LI. So balik rumah mama aq je, masa untuk berehat dan tidur sepuas-puasnya. Sampai nak skype dengan si 'dia' pun tak sempat. Kulit dekat jari nie pun banyak dah koyak sebab terlalu banyak wayar yang aq nak kene potong kat tempat LI tu... serius masa first time potong rasa macam nak tercabut je pinggang & bahu nie. Habis kebas 1 badan nie. Minggu nie agak malang jugak la bagi aq sebab tersilap format external hardisk 1 Terabyte yang penuh dengan movie-movie yang aq dah lama kumpul. Rasa nak menjerit pun ada, nak menagis lagi la... sedih kot sebab lama gila nak kmpul dekat 500 movie dalam tu. Sabar je la... benda dah jadi tak boleh nak buat apa dah. Nampaknya nak kena kumpul balik la pelan-pelan semua movie favourite tu. 500, bukan sikit la bagi aq. Ambil masa jugak la nak dapat movie-movie yang berkualiti dan best macam tu. Sekelip mata je dah hilang. Baru pasang niat nak beli lagi 1 Terabyte external hardisk dah jadi macam nie so tak jadi la nak beli. Esok dah hari Isnin, malasnya nak pergi LI.... tapi nak buat macam mana kena tetap pergi jugak.. So nak balik Jitra dulu... Daaaaaaaaaaaa
Sekian!!!

No comments: