Thursday, December 29, 2011

Coretan diMalam Jumaat. (Luahan Hati)

Salam,

Kadang-kadang dalam hidup nie susah jugak kan nak puaskan hati semua orang. Mesti ada je yang tak kena dimata orang lain. Ada je salah yang kadang-kadang bukanlah berpunca daripada diri ini. Tapi apakan daya sebagai manusia biasa hanya mampu mendengar dan menerima apa jua kata-kata meskipun ianya menyakitkan hati. Bagi diri ini, bersabar dan diam adalah kunci perjalanan menempuhi kehidupan seharian daripada bertikam lidah dan mengeluarkan kata-kata yang mungkin mengguris hati dan perasaan orang lain. Biarlah hati ini terluka daripada lahirnya sebuah dendam yang mungkin tiada penghujungnya. Pepatah dulu ada mengatakan, "Langit tak selalunya cerah" Dalam melalui kehidupan ini, pasti akan ada dugaan dan cabaran yang akan mewarnakan kehidupan ini, dan persoalannya bagaimana untuk bertindak dan menyelesaikan dengan bijak. Manusia yang berjaya adalah manusia yang berjaya adalah manusia yang berjaya mengawal dan menyelesaikan masalah yang dihadapinya walau apa jua cara. Tapi bagi diri ini, aq masih belum menemui kunci yang aq perlukan dalam menjalani kehidupan aq. Macam mana ye caranya?? Aq akan fikirkan.....

Minggu nie memang penat la dengan Latihan Industri kat kilang. Serius memang busy sangat-sangat, laporan harian pun tak sempat lagi nak tulis. Dengan keadaan demam+ulser+selsema, memang sesuatu yang amat-amat menguji kesabaran dan tahap ketahanan diri la... Baru-baru nie ex aq ada mesej bagitau yang dia dah sampai balik dari sarawak, so tak pe la. Tiba-tiba mesej macam marah sebab aq macam lupakan dia, tak ambik berat kat dia, hurmm memang sedih la bila baca mesej macam tu, dia tak paham keadaan aq yang dah semakin busy dengan kerja dan macam-macam lagi hal kat sini, nak mesej pun cuma pukul 6.30 petang sampai 10 malam je sebab masa tu je yang aq boleh luangkan sedikit masa. Lepas pukul 10 dah tidur sebab penat sangat-sangat seharian dengan kerja. Serius letih kerja kat kilang nie. Tak semua orang paham kan keadaan dan situasi yang diri kita alami?? Hanya diri ini dan yang Menciptakan diri ini sahaja yang tahu bertapa penatnya jasad ini. Kat sini aq just mintak maaf kalau terasa dengan sikap aq, tapi masa dan keadaaan yang memaksa diri ini untuk busy. Susah jugak kan hidup ini, bila terikat pun banyak masalah, dah bebas pun tetap ada masalah. Inilah kehidupan. Kadang-kadang menceriakan bak madu sang lebah yang begitu manis, dan kadang-kadang menyedihkan ibarat kopi hitam tanpa gula, pahit tak terkata. Sebagai manusia, hanya perlu fikir dan cari penyelesaian terbaik dan elakkan jadi lebih buruk.

P/S: Malam yang masih busy dengan Laporan yang perlu dihantar.
MOOD: Sedih, Letih, Bosan



My Great Web page




No comments: