Thursday, December 15, 2011

Coretan Sepanjang 2011 & Azam 2012

Salam,

Alahai, kejap je dah masuk pertengahan bulan 12, tinggal beberapa hari je lagi tahun 2011 akan ditinggalkan, macam-macam kenangan dan peristiwa yg telah dilalui dalam kehidupan aq nie. Mungkin bagi orang lain awal lagi kot nak cakap tentang tahun 2012 nie, tapi bagi aq dah nak tutup dah tirai 2011 nie... Banyak la kenangan-kenangan dan coretan peristiwa yg berlaku la sepanjang 2011 nie. Antaranya Kem Softskill, putus couple, gaduh  dengan kawan serumah, result final, dan macam-macam lagi la. Tapi antara peristiwa yang aq rasa lawak dan aq masih ingat la, masa suatu hari yang aq pun tak duga akan jadi coretan yang manis la untuk dicatatkan disini. Kejadian tu terjadi diantara pukul 1.30 petang hingga 4.00 petang. Masa tu aq dalam perjalanan untuk ke poli la, sampai je kat traffic light dekat dengan poli sangat-sangat dah, hujan tiba-tiba je turun. Kalau renyai-renyai tak pe la jugak, nie lebat btol. Lencun jugak la aq, kalau ikutkan hati rasa macam tak nak pergi dah kelas petang tu walaupun dah sampai kat poli, tapi dah ada kuiz ke test ntah so kena masuk jugak la dengan baju dan seluar yang basah.. Air dalam kasut jangan cakap la, hehehe nasib la hari tu pakai baju warna hitam, dapat la cover sikit... Tapi lepas result dah keluar nie, rasa pengorbanan masuk kelas tu dalam keadaan basah lencun adalah sesuatu yang amat berbaloi. Terima kasih la buat En.Roszwan yang sememangnya pensyarah yang paling sempoi la, masa kelas pertama dulu pun dia dah bagi semangat dah untuk aq dan rakan-rakan lain berjaya.. Hope semester 5 nanti aq akan dapat study lagi dengan En.Roszwan.. TERRBBAAEEKK... Story tentang ex-girlfriend aq pulak, alhamdulillah. Banyak dugaan jugak la aq lalui sepanjang tahun 2011 nie... Tapi sekarang aq dan dia dah OK sebagai teman tapi mesra. Semoga hubungan nie kekal la tenang, ceria dan happy macam sekarang nie. Kalau nak huraikan la kisah-kisah sepanjang perjalanan hidup aq tahun 2011 nie memang dah boleh buat karangan STPM dah.. Tak larat dah jari nie nak menaip. Lepas nie dah nak start LI so mungkin lambat la nak update blog nie lagi, biasa la... Banyak dah target dalam perancangan aq bila dah start LI nanti, hehe untuk azam 2012 nie banyak jugak la. Salah satu azam 2012 nie, nak upgrade pointer dan tak ada lagi paper yang Kantoi. Insyaallah. Hope tercapai la... Rasanya cukup la entry untuk kali nie. Kalau ada masa mungkin aq akan update lagi.. Kisah tentang aq, aq abadikan disini sebagai suatu memori dan catatan terindah buat tatapan semua. Maaf jika kisah aq membosankan untuk dibaca. Sekian. Assalamualaikum. Daaaaaaa


My Great Web page




Post a Comment