Saturday, February 2, 2013

Semalam yang Sepi~~~


Salam,

Pagi sabtu 02 Febuari 2013, aq mulakan coretan di pagi ini dengan ucapan alhamdulillah atas izinNya untuk aq masih lagi mampu bernafas dan mencoretkan isi hatiku disini... Pagi ini tidak seperti biasa, aq bangun subuh dengan keadaan yang menyakitkan sangat pinggang nie... Jarang sekali aq rasa macam tu, entah la kenapa... Mungkin posisi tidur aq tersalah agaknya selepas terlelap di depan laptop nie... Semalam yang sunyi dalam kehidupan aq, malam yang sepi dari gelak tawa... Si dia tidak dapat online disebabkan hujan yang terlalu lebat katanya dalam sms yang dihantar pada jam 21:01. Nak buat macam mana tak ada rezeki nak jumpa minggu nie dekat skype... Tak ape la, at least beritahu macam tu pun dah ok dari terus buat aq menunggu... Sms ke-36 telah aq tunaikan... So masa yang ada aq habiskan dengan menonton running man yang telah lama aq tinggalkan....

Sambil online di facebook sendirian, aq ternampak seorang sahabat dipoliteknik nie online so dah lama tak nampak dia, aq pun tegur la... Dia dilanda masalah, cuma tak ingin berkongsi dengan aq... Mungkin dia tak nak orang lain masuk campur dalam masalah dia...Aq nie jenis suka menyebok dalam masalah orang... walaupun masalah sendiri pun banyak..  It's ok, aq hormati keputusan tu... Sebagai sahabat, aq hanya mampu beri kata-kata semangat dan doa untuk dia menghadapi masalah itu dengan tenang dalam penuh kesabaran.... Sambil tu jugak dia juga ada bagi nasihat untuk aq dengar dan ambil untuk menghadapi kehidupanku selepas nie... Thanks sahabat... Bila dia cakap nak tinggal semua orang, aq mula rasa sedih... Kenapa orang yang aq kenal dan sayang akan tinggalkan aq?? Apakah aq ditakdirkan cuma untuk hidup seorang diri?? Hurmm sabarlah wahai hati....

Semasa online tu aq ada singgah di blog dia, lama tak blogwaking disitu... >>Klik Sini<<
Banyak perubahan dan perbezaan dari mula-mula dulu... nampaknya dia dah pandai edit dan corakkan blog dia sendiri... Alhamdulillah... rasa happy bila kita dapat bantu orang lain, hope dengan sedikit tunjuk ajar tu dapat membantu dan dapat dikongsikan dengan orang lain.... Dalam perbualan semalam tiba-tiba kami teringatkan arwah seorang sahabat rapat aq dan giey semasa semester 2 dan 3 yang hampir setahun meninggalkan kami akibat kemalangan jalan raya... >>Berita Kenangan Arwah<<
Rasa sedih masih lagi bermain difikiran kami sebab kami antara sahabat yang rapat semasa dalam Persatuan Bulan Sabit Merah Polimas dulu... Aq pastinya lebih merasakan sebab dia insan yang sentiasa berada disebelahku setiap kali perjumpaan persatuan... lagipun pelajar lelaki cuma beberapa orang je dalam persatuan tu masa semester 2... Hurmm Al-fatihah buatmu sahabat...

Kesunyian semalam diteruskan dengan melayan perasaan dengan lagu-lagu di youtube sehingga terlelap di depan laptop ini sehingga subuh... Aq kena belajar untuk menghadapi situasi macam sekarang andai tiada lagi dirimu menemani kehidupanku selepas ini... Aq perlu cari perkara yang mampu buatkan diriku tenang menghadapi kehidupan dalam kesunyian untuk suatu masa yang lama... Aq perlu bersedia untuk kehilangan dia selepas ini, aq dah tak boleh menangis lagi untuk mana-mana perempuan kecuali mama dan ahli keluarga sahaja.. You need to be strong SU... Entry tentang Pengakhiran Sebuah Memori Luka tu aq cipta berdasarkan sedikit pengalaman dan rekaan semata-mata... Insyaallah jika masih berkesempatan, akan ada lagi coretan-coretan dari jari-jemari ini untuk tatapan semua... Terima kasih atas persinggahan dan meluangkan masa membaca blog yang penuh dengan mood kesedihan ini...



Sekian Coretan Pagi Sabtu...

No comments: