Saturday, February 23, 2013

Kembali Sedar Samprit Ungu


Salam,

Kata-kata dari ex masih bermain-main difikiranku, kata-katanya semalam penuh dengan nasihat untuk menyadarkanku dari terus dibayangi saat-saat indah semasa aq bersama lia dahulu... Ada benarnya kata-katanya... Aq berubah saat lia muncul dalam hidup aq, saat yang hampir-hampir menghancurkan hidupku, namun kehadiran lia yang menyelamatkan dan menyadarkan aq dari terus hanyut dengan duniaku, Tapi setelah Lia pergi, apakah mungkin aq dapat mengekalkan perubahan yang banyak mengubah aq dari yang negatif kepada positif kini??? Mampukah aq? Itu menjadi persoalan buat diriku sendiri... Kehadirannya umpama semangat untukku menguatkan keyakinan diriku untuk menjadi lebih baik... Memanglah bila ditanya, apa yang Lia tu buat sampai awak boleh berubah?? Apa istimewanya Lia tu? Kalau bercakap tentang keistimewaan Lia, aq sendiri tak dapat nak tafsirkan apa lebihnya dia dari perempuan lain yang pernah aq kenal.... Tapi apa yang dapat aq katakan disini, aq tak pernah rasa tenang, ceria dan bahagia seperti apa yang aq rasakan bila bersama orang lain selain dari Lia... 


Hurmm benarlah apa yang ex katakan jugak semalam, aq sentiasa inginkan semua menjadi milik aq. Tak salah untuk mengimpikan sesuatu yang indah untuk hidup kita, kalau tak dapat mungkin itu bukan untuk kita dan kita akan dapat yang lebih baik dan sempurna... Tapi susah jugak nak menerima hakikat kehidupan nie. It will take a long time... Sekarang umur aq baru nak mencecah 21 tahun, muda lagi, still banyak lagi dunia luar yang aq belum tempuhi... Nasihat ex semalam untuk aq ubah sikap tu akan aq pertimbangkan... Kadang-kadang bila dah terlalu lama kita hidup dengan sikap yang kita dah biasa, sukar kan untuk kita ubah dalam sekelip mata... Contoh mudah cara aq sms, aq susah nak kacau orang dengan send sms dahulu terhadap orang tu, tapi kalau orang tu sms dulu aq akan layan je... So sifat nie pun sukar aq kikis apatah lagi sifat-sifat lain... Dalam hidup seseorang mesti ada target atau prinsip hidup kan?? Untuk aq, masih belum aq temui prinsip kehidupanku. Cuma target ada la sikit-sikit... Untuk aq, selepas Lia rasanya susah aq nak kenal perempuan lain lepas nie... Semoga aq berjaya dalam hidupku dulu baru fikirkan soal perempuan lagi... 7 tahun dari sekarang... Mungkinkah?? Biar masa yang tentukan...

Untuk kehidupan sekarang ikut je apa yang telah ditakdirkan, untuk bercinta lagi, akan cuba dielakkan la... lagipun, become more silent than before is the best way to stay out from Love... Nobody can touch my feeling anymore. Yang cuma ada kini dalam fikiranku, hanya aq, diploma, kerja dan family. Cukuplah yang itu sahaja dalam pemikiranku buat masa kini... Nothing is important anymore. Cuma itu sahaja yang aq perlukan dalam kehidupanku 2013 sehingga hati ini disambut oleh insan yang terbaik disisiku kelak... Untuk ex terima kasih atas nasihat yang diberikan, aq masih perlukan nasihat seorang kawan untuk membimbing aq semula ke jalan kehidupanku yang telah tersasar kerana Cinta.... SU ready to wakeup from a long time dreaming... Keep focus back to study... dan renungkan kata-kata dibawah nie...  


Thanks for reading... Sekian Coretan

No comments: