Thursday, February 14, 2013

SSM... New Experience to SU...


Salam,

Alhamdulillah, aq masih mampu menaip lagi coretan kehidupanku disini, walaupun cuti, tapi kesibukan sengaja melanda diri ini... Mungkin dengan kesibukan dapat mengurangkan rasa sunyi dan kesepian yang melanda diriku ini... Ok la, tak mau fikir sangat... Haaa hari rabu minggu nie (12 Feb 2013),aq, mama dan abang dah pergi ke Pejabat SSM di Alor Setar, Kedah untuk buka perniagaan keluarga... Sebenarnya dah lama abang aq plan benda nie tapi disebabkan masa dan hal-hal lain yang menghalang so lambat la nak tercapai hasrat untuk mewujudkan sebuah syarikat untuk family nie... 

So dalam pukul 3.00 petang kami sampai kat sana. Pensyarah aq ada cakap memang ramai orang dan ternyata benar... Biasa la lepas cuti tahun  baru cina so memang ramai la nak renew lesen dan tak kurang jugak yang baru nak buka perniagaan baru. Abang aq yang urus semua dari isi borang sampai habis, pendaftaran perniagaan untuk family nie ditubuhkan atas jenis perkongsian(partnership). Dan tujuan syarikat nie ditubuhkan untuk planning masa depan aq jugak selepas diploma nie... Insyaallah hujung tahun nie tamat la pengajian aq di POLIMAS dan kemungkinan besar aq tak kan sambung untuk degree rasanya...

Taraaaa... haha poyo je...

Semoga perjalanan masa depan aq dipermudahkan olehNya la... Hadoi belajar elektronik tapi nak ke arah bisness, macam jauh je bunyinya kan?? tapi rezeki masing-masing kita tak tau kan? Tapi tak apa la, mungkin ini langkah untuk aq lebih berjaya dalam kehidupanku masa akan datang... Opsss, lupa nak mention nama yang dipilih... So dekat borang PNA 42 k0t ada 3 pilihan nama yang diberi dan pilihan pertama berjaya kami dapatkan iaitu Keluarga ZNH Enterprise... ZNH stand for what? My mama & abah names la.. Insyaallah semoga perjalanan syarikat ini menuju kejayaan... Semakin busy la hidup aq lepas nie, facebook pun tak ada yang indah sangat dah, so perlahan-lahan akan ditinggalkan... 

p/s: SU, forget your sadness, keep your heart strong, focus to your diploma and work, work until U get old... hahaha empty your mind from love, marriage and woman... :')

No comments: