Friday, February 8, 2013

3-7 Febuari 2013... Coretan Kehidupanku...



Salam,

03 Febuari 2013 (23:50)

Pagi ini dimulakan dengan deringan lagu Khalifah yang mengejutka aq di subuh hari, berat jugak badan nie nak bangun disebabkan lewat tidur semalam... Kelas pagi ini dimulakan dengan kelas puan nora, tapi insan yang aq tunggu tak hadir pulak... Siapakah orang itu?? hehe Cik Faeizah la... Hari nie birthday dia yang ke-21... Selamat Hari Lahir kak Pieja... Tetiba terasa diri nie muda pulak... haha perasan... Ingatkan tak dapat jumpa dah birthday girl nie.. Tetiba je dapat sms yang dia sakit kepala... Aii kerap sungguh sakit kepala... So time entrepreneurship dapat la jumpa sebab semalam dah janji nak Duet masa present... Hehe selesai jugak present tadi walaupun encik tu macam loading je tengok aq dan pieja present... Entah paham ke tak aq tak tau la... Lepas kelas aq dan kawan-kawan ada sesi fotografi gambar untuk majalah politeknik... best jugak tapi masa tu tak berapa sesuai... So disebabkan ramai ada kelas so candid photo kami semua cancel je... 
Pelajar Semester 6 Diploma Kejuruteraan Elektronik(Perhubungan) sesi dis 2012 Politeknik Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, Jitra. (POLIMAS)

SU yang penat menunggu... hehe
Peace Birthday Girl with kamila...
Jam masa tu  dah pukul 1.30 petang.. Memang tak sempat nak balik la sebab aq ada kelas pukul dua... So terus singgah dekat surau poli lepas tu lepak jap dengan Pieja dan Kamila dekat cafe... Tetiba Pieja keluarkan kek, ada BFF dia bagi kat dia... So aq pun join sama la makan.. haha tak malu betul la aq, dah orang jemput kan?? Rezeki jangan ditolak... Masa tu jugak mata nie terpandang seseorang yang aq kenal lalu... ye, memang tak salah lagi, Fatin... kawan masa tadika yang hampir 15 tahun tak jumpa... Rasanya dia tak kenal aq agaknya... tak ape la, tak sempat nak tegur masa tu.. Kelas math pukul dua memang rasa mengantok gila... Mana tak nya... breakfast pun tak, lunch pun tak sempat... Memang lapar la... Habis je kelas terus balik mandi, salin baju dan terus pergi kedai repair laptop... Laptop mama aq ada problem, last-last kena tukar skrin baru, cina tu cakap dekat RM500 jugak la.. Mak aiii... Mahalnya... Hold dulu la repair nampaknya.. Kena pikir belanjawan semester depan dulu... hehe tak mau lari budget... so dah siap bab laptop ape lagi.. Makan time la.. Amek kau.. tak lunch punya pasal, beli makan sekali dengan dinner... Nasi goreng cina + Nasi Kahwin + Oren Bancuh... Siap je makan sambil layan movie dalam pukul 6 tu entah macam mana boleh terlelap... Adoi penat+kenyang sangat agaknya... Nsib tak terlajak sampai magrib... Dan malam nie tak tertahan pulak rasa rindu kat seseorang nie terus cipta sms ke-38 untuk si dia yang tersayang... Alhamdulillah si dia jawab jugak call malam nie... dah rindu sangat aq kat sini... Lega dapat dengar suara dia... kesian penat LI... so memang tak ada masa untuk aq... tak ape, sebagai seorang lelaki aq faham situasi si dia... Teruskan senyuman dan gelak tawamu adalah pengubat rindu buatku sayang... 

4 Febuari 2013 (21:34)

Diari samprit ungu hari ini dimulakan dengan pagi subuh yang tenang... Lepas subuh aq baring semula sebab kelas aq pukul 9 pagi... so masa baring-baring tu layan je lagu-lagu kat fon nie, tetiba je feeling lebih pulak lagu Bunga-Exist sampai jatuh air mata subuh-subuh nie... Melayan sangat perasaan dekat Lia tu... Rindu yang tiada ubatnya selain pertemuan... hehe aq nie je rasanya rasa rindu lebih-lebih, orang kat sana hanya Allah sahaja yang tau apakah rasa rinduku ini berbalas atau sekadar lalu sahaja dihati orang kat sana... kelas hari ini dimulakan dengan kelas Data Communication pukul 10.30 dan diteruskan dengan kuiz puan Nora jam 12... Entah kenapa hari nie aq terasa nak datang awal pulak dekat poli so pukul 1 petang aq dah sampai poli, walaupun kelas pukul 2 petang... So kelas pukul 2 rasa mengantok jugak, lec mengajar pun rasa boring sangat-sangat... Melawak dengan pieja je la sambil lec mengajar... Jam 4 petang kelas tamat dan terus balik rumah... Salin baju kejap & keluar cari makan kat tempat biasa, sampai je kat kedai tu, pieja pun ada jugak... Aiii macam berjanji je, tapi tak pun... Kitaorang memang selalu beli makan kat situ... Menu hari nie nasi goreng cina + oren susu... dan pieja pulak macam biasa la menu dia, ayam masak merah... Kat situ terjumpa dengan kawan lama rumah sewa masa sem 1 dulu, syafiq... Dia asyik gelak je tengok aq borak dengan pieja... haha comfirm pikir awek aq... Choi, tak ada maknanya, sapa la aq nie yang biasa nie kalau nak dibandingkan dengan pieja yang cun tu... Jauh paggang dari api la... Selesa berkawan je dengan dia sebagai kawan rapat... Lagipun tak bersedia nak bercinta lagi... tengah jatuh nie pun tak ada orang sambut-sambut lagi... hehehe Malam nie tak ada aktiviti yang menarik sangat... Badan penat je... Tengah fikirkan idea untuk sms yang ke-39... Ada banyak pilihan tapi yang bersesuaian dengan keadaan semasa la... untuk draft sms alhamdulillah dah dapat siapkan yang ke-80 hari nie... Semoga dapat menciptakan kata-kata yang indah lagi untuk Nur Amalina...

5 Febuari 2013 (22:16)

Pagi ini dimulakan dengan subuh yang agak terlewat... Lepas subuh memang tak tidur semula dah, masa dihabiskan dengan mendengar lagu di fon sambil memikirkan seseorang... Bila part lagu Bunga tu terus pilih next song... Hehe tak nak la melayan perasaan macam semalam... Tak kan nak menangis setiap hari tanda rindukan si dia... Call semalam pun tak berjawab, mungkin penat, mungkin tak ada mood... Entah la... No Word To Say About Her Now.. Kelas pukul 9 pagi, hehe tema aq hari nie biru muda, dari baju, beg semua biru muda... Haha memang nampak skema tahap maksima la... Kelas hari nie rasanya semua membosankan dari pagi sampai petang... Kelas Datacom ada kuiz, dan entrepreneur pun ada kuiz, aii dua-dua aq jawab separuh je... Simple je soalan-soalan tu, tapi kemana hilangnya fikirkan nie tak tau la... tambah-tambah time entrepreneurship tadi, rasanya boleh kira brapa patah perkataan je keluar dari mulut nie... Sepi je aq hari nie... Duduk tepi tingkap sorang-sorang dibuai angin yang meniup ketenangan... "Ha Hafiz, awak nak buat bisness planning ape?? "Ermm dobi". Hehe sepatah je aq jawab.. Memang tak ada mood langsung... Kawan group aq pun tak datang so lonely la aq petang tu... Tengahari tadi macam mana angan-angan aq jauh dibawa ke 10 tahun akan datang... Ermm best sangat time tu, dah ada kerja, hidup pun dah senang.. Cuma sunyi tu tetap macam sekarang... Sendirian hidup... Wah, hope jadi kenyataan la... Rasa seronok jugak hidup lonely without somebody special in heart, just me and work untill become older... haha alahai malam nie aktiviti aq mengemas bahagian buku dan alatulis serta audit nota-nota untuk setiap subjek... Alhamdulillah selesai, esok plan nak kemas bilik pulak... Dah berhabuk dah rasanya walaupun baru hari sabtu aq kemas... Tadi ada stalker kat facebook si dia, so terus jadikan tajuk untuk sms ke-40 menggantikan sms yang telah aq draft kan sebelum nie... Dan malam nie aq hantar sms awal daripada selalu... Rasanya lepas nie setiap sms sehingga yang ke-100 akan aq hantar tepat jam 22:00. Oh semangat study datanglah balik... Aq perlu kau saat nie... Susah la bila tak ada, lecturer pun aq rasa macam tak nampak je tau bila mengajar bila kau tak ada... I need you now... Lepas raya cina, aq nak kena berperang dengan test dan kuiz untuk semua subjek nie... Sms ke-40 dah aq hantar, dan letak fon jauh-jauh... Tak ada mood nak sentuh pun.... Mood kosong, kosong, kosong ditemani lagu-lagu sedih... Selamat Malam yang sepi...

6 Febuari 2013 (23:25)

Hari rabu yang membosankan dimulakan dengan pagi subuh yang tenang, berat je badan nie nak bangun pagi-pagi nie... Lepas selesai solat terus dengar lagu sambil teringatkan si dia... Melayan je la lagu kat fon pagi-pagi nie sambil dibaluti selimut tubuh ini, nak mandi awal-awal memang tak la kalau hari rabu nie... Kelas pukul 4-5 petang je, dah la sejam je... Adoi, sabar je la... So dekat pukul 10 macam tu la terus pegang towel dan mandi. Kawan lain semua masih dibuai mimpi masing-masing... Aq je susah nak tidur lebih kalau lepas subuh... So dah siap mandi terus cari nasi lemak dan air jambu batu... Haha pagi-pagi dah minum ais... Lau sayang Lia baca mesti kena marah nie... hehe so aktiviti bosan aq dimulakan dengan menonton movie dalam hardisk nie... dan kemudiannya aq dapat idea untuk cipta coretan-coretan indah buat seseorang... Lepas tu layan kuliah Ustaz Azhar Idrus kejap, antara yang best tajuk tentang kaum hawa la... kt situ jugak dapat idea lagi coretan untuk next blog entry... Layan je la tapi aq lebih suka Ustaz kazim punya ceramah dari UAI... Pendapat aq la.. Pendapat hang pa tak tau la... hehe speaking kedah... Layan punya layan pukul 12.40 tengahari aq dah mengantok, so sementara tunggu zohor kunci alarm dan tidur kejap... Memang hari rabu yang paling aq tak suka sebab kosong sangat jadual nie... Aktiviti yang dapat aq buat kalau tak layan movie mesti tidur.. Alahai tak best langsung... Kelas pukul 4 bosan jugak, ramai ponteng hari ini... Habis je kelas terus pergi kedai alat tulis cari A4 colour paper nak buat pembahagi untuk nota-nota... Siap bab nota terus cari makan malam... Menu hari nie nasi kahwin je... Hehe gatal nak kahwin ke?? Tak ada maknanya... Bukan apa, nie je menu yang cepat dan best... Lagipun dah dekat pukul 17:30 masa tu... Asar pun dah lewat so tak nak buang masa menunggu lama-lama... Malam diterukan dengan suatu panggilan yang aq tak jangka... Jam 20:46, ada miss call dari Mysygku Lia... Terkejut jugak aq, lama dah tak dapat sms apatah lagi call, aq just tengok dan terus fikir kenapa tetiba si dia miss call... Ingat nak terus call balik tapi aq just keluar dari bilik dan pergi toilet kejap... Beberapa minit lepas tu aq call dia semula, menunggu suara dari si dia kedengaran baru aq memberi salam... Bukan tak nak memulakan dulu bicara, tapi aq lebis selesa begitu... Dalam perbualan kami, si dia ada ceritakan tentang si dia call ex bf si dia... Aq mendengar dengan penuh perhatian... Rasa nak marah pun ada bila dengar si dia call lelaki yang kosong tu... Langsung tak ada apa-apa perasaan lagi kat Lia...Enjoy dan happy je dengan kawan-kawan si dia... Aq berfikir sedalam yang mungkin sebelum memberi komen dan nasihat... Tak nak melukakan perasaan si dia dengan kata-kata aq... Takut sangat orang terasa dengan kata-kata aq nie... Hope si dia berhentilah dari terus menangis kepada orang yang tak sudi dan tidak tahu menghargai... Dengarkan lagu bila orang dah benci-saleem.. Semoga lagu tu memberi kekuatan untuk sedikit demi sedikit melupakan si dia... "Belajarlah mencintai orang yang menyayangimu dari terus berharap dari orang yang kau cintai wahai sayangku"... Apa-apa pun 2 jam perbualan cukup indah buat aq malam ini... Terasa hidup ini ceria kembali dan sms ke-41 aq ciptakan semula sebelum dihantar kepadanya...Dengan 1 sms darimu setiap hari, sudah cukup menceriakan sepanjang hariku sayang... Thanks for make me happy back tonight... Lupakan kesedihanmu sayang... Aq sentiasa ada buatmu untuk bersandar meluahkan kesedihanmu... Teruskan gembira bersamaku... Lupakan kenangan lalu yang hanya mencipta luka baru buatmu... 

7 Febuari 2013 (23:15)

Pagi nie dimulakan dengan terlewat bangun pagi, sedar je dengar macam ada orang dalam bilik... Yes aq dah terlewat, so kelam kabut bersiap pagi tu...So dah siap ingat nak terus pergi je, tapi tunggu kawan la kejap, tunggu punya tunggu lambat la masuk kelas, tapi nasib baik la mood lecturer pagi nie ok so nasib la nama aq ditanda jugak.. Bukan apa, kalau lambat selepas nama disebut kira kedatangan hari tu L=Lewat.. Tak best la macam tu... Attitude tu penting sangat bagi aq... So dah selesai kelas pagi tu aq ambil kertas assignment dari cik Pieja untuk photostate, lepas photostate nak kena hantar semula dekat cik Pieja di kafe... Hadoi penat sangat... Dah la jauh jugak koperasi dan kafe tu. Jalan pun laju giler, ye la nak kena jumpa penyelia projek akhir pulak pukul 10... Sampai je dekat unit exam rasa kebas je kaki nie, timbul urat abes.. Haha dah macam maraton je... Dah selesai jumpa penyelia terus balik rumah dan rehat kejap, lunch dan tertidur seketika... Penat sangat agaknya...Jarang aq tidur time sebelum zohor tapi minggu nie makin kerap jugak... Bangun tidur pukul 1, rehat jap sambil mamai hehe terus pergi mandi... Kelas pukul 2 buat di dewan kuliah pulak minggu nie... Suasana bosan je, ramai yang dah balik kampung... Kebetulan ustaz tu ada meeting so kelas tak la sampai pukul 5... Lebih kurang pukul 3 lebih macam tu la dah habis kelas, terus aq balik rumah sewa, packing barang dan ready untuk balik rumah mama... Kali nie kira first time la beg aq rasa macam bawak Bom.. Gila punya berat... Dengan Laptop, Netbook, Tab, external hardisk, cooler pad, assignment, segala jenis charger, baju yang nak basuh ; macam-macam lagi la... Rasa macam galas beras je kat belakang... perjalanan petang nie rasa cepat sangat, lama aq tak merempit laju-laju macam tu... selalu bawak pun 80-90 km/j je... Entah kenapa tak sabar sangat nak balik rumah nie... Rindu sangat dekat Mysygku Lia tu agaknya... Semalam borak dua jam pun macam tak puas je... Banyak sangat nak cerita, malam nie sepi je tanpa miss call, sms ke, online pun tak... Penat kot kerja hari nie... So malam nie Cik Eida yang tetiba tegur aq, pelik dan tetiba jugak minta no matrik... hehe rupanya nak tolong semak jadual final aq... 



TQ Cik Eida... Aq pun tak tau pasal jadual final nie... Maklumlah seminggu sekali je dapat online... Nak siapkan video pertama untuk si dia yang akan aq upload di Youtube lepas nie... Hope si dia suka la.. Sorry sms ke-42 terlambat send... Ingatkan online malam nie, tu yang terlupa dan terlewat sikit hantar... Rasanya itu je untuk hari nie... Thanks for reading.. 

Sekian Coretan...

No comments: