Saturday, February 2, 2013

7 Tahun suatu penantian dalam Kesabaran...


Salam, 



Nukilan ini aq coretkan pada jam 08:02 pagi 30 Januari 2013... Kalau tengok daripada tajuknya macam suatu penantian yang penuh dengan harapan dan keinginan yang teramat sangat kan? Hehe mesti la... Sebenarnya macam nie, seperti selalu, aq akan berborak melalui telefon dengan si dia untuk melepaskan rasa rindu aq buat si dia.... Sehinggalah tiba suatu saat dimana kami membincangkan soal hubungan kami yang sudah mencapai 3 tahun berkenalan.... Suatu tempoh yang agak lama bagi aq... Lalu aq sendiri yang meluahkan perasaan aq terhadap si dia, aq sememangnya telah jatuh hati terhadapnya... Walaupun cuba untuk elakkan perasaan itu tapi rasanya tak mampu kerana hati ini mula mencintai dan menyayangi si dia dengan tanpa paksaan... Namun si dia masih lagi tidak mampu untuk menyambut Cinta yang aq cuba sampaikan kerana masih belum bersedia untuk menerima Cinta insan ini... Perbualan semalam jugak banyak cerita tentang ex si dia... Aq hanya mampu mendengar dengan penuh kesabaran... Maaflah jika tersalah kata atau terkasar bahasa... "Bila kita mencintai seseorang dan orang yang dicintai menunjukkan rasa sayang dan cintanya bukan kepada kita, rasanya umpama pisau yang menghiris hati kan?? Tapi insyaallah, doa-doa semoga ditanamkan sifat sabar menutupi kelukaan itu sentiasa bersamaku". Bila dengar si dia bercerita tentang ex si dia, aq sedang menilai perasaannya ketika itu yang masih mengharapkan ex tu kembali menyambung Cinta lama... Aq tahu sayang seorang wanita ini terlalu lama untuk dipadamkan.... Semasa meluahkan perasaanku ini jugak si dia seolah-olah takut untuk meneruskan hubungan ini kerana aq menaruh harapan yang terlalu tinggi buat dirinya.... 

Memang aq akui seperti apa yang aq cakapkan semalam, kita umpama langit dengan bumi... Aq hanya di bumi yang mampu melihat kau dari jauh dan hanya berharap untuk kau bersamaku.... 7 tahun tempoh yang aq janjikan untuk tunggu Cinta si dia buatku... 7 tahun yang pasti penuh dengan cabaran dan  dugaan... 7 tahun yang pasti membuatkan hubungan ini ada turun naiknya dan pastinya dalam 7 tahun ini kau dan aq akan bertemu walau apa jua keaadaan kita masa itu... Aq akan menanti dengan penuh harapan, kesabaran dan doa yang tidak pernah putus untuk hubungan yang cukup bermakna untuk kehidupanku... Samada bahagia dengan bersamamu selamanya atau melihatmu bahagia bersama orang lain menjadi tanda tanya untuk tempoh 7 tahun lagi... Memang bunyinya macam gila je kan??? Umpama menunggu bulan jatuh ke riba... Tapi Jika Jodoh Itu Milik kita pasti kita akan bersama.... 7 tahun sememangnya suatu tempoh yang agak lama, tapi bagi aq tempoh itu sudah cukup untuk aq mencari dan melengkapkan kehidupanku sebagai seorang lelaki..

Kesetiaanku pasti teruji dalam tempoh tersebut... Aq akan cuba kotakan kata-kataku itu.... Aq belajar menjadi setia walau itu mampu menghancurkan hati ini andai suatu hari nanti kita tidak ditakdirkan bersama... Penantian dalam harapan itu umpama meletakkan racun di dalam mulut, samada racun itu akan diluahkan atau ditelan... Pelikkan perumpamaan aq tu.. Maksudnya kalau diluahkan rasanya kehidupan ini masih terus bernyawa dan dipenuhi dengan rasa cinta dan kebahagiaan yang berterusan tapi kalau sebaliknya hati ini umpama racun yang ditelan la... Mati tanpa perasaan.... Semalam jugak rasanya segala perbualan aq serius dalam ketawa, walaupun aq cakapkan dalam nada ketawa tapi aq maksudkan setiap yang diperkatakan... Si dia juga ada katakan yang hatinya kosong tanpa rasa, so bagi aq, aq akan cuba sedaya upaya untuk mengisikan kekosongan rasa itu dengan penuh kenikmatan rasa yang ada dalam dunia nie... Semua itu sekadar perancanganku, yang menentukan cuma Allah S.W.T... Semoga dipermudahkan segalanya...

Alahai, kalau difikirkan balik... kenapa aq buat semua nie??? Sebab aq dah jatuh Cinta dengannya,.... Sorry kalau ayat nie membuatkan orang lain geli dan nak termuntah bila mendengarnya..(sediakan bekas untuk muntah sebelum meneruskan pembacaan)... Semalam jugak si dia ada ceritakan tentang ketenangan dan kesabaran yang dari mana datangnya sifat itu yang jarang ada untuk si dia... Aq hanya tersenyum dan terus mendengar... Aq yakin doa-doaku setiap hari Allah telah mendengarnya... Insyaallah aq tak akan berhenti dari terus mendoakan supaya dirimu tersenyum sentiasa, perjalanan hidupmu dipermudahkan, ceria selalu, kesabaran yang tinggi, sentiasa mengingatiku, dan semoga pintu hati itu terbuka untuk aq semaikan dengan rasa Cinta, Rindu dan Sayang serta kerahmatan dalam hubungan ini dan hubungan ini berkekalan... Banyaknya aq mintak... Tak salah untuk mendoakan yang terbaik untuk orang lain... Semoga tempoh 7 tahun ini aq dan dia akan bersifat lebih matang, tidak ada konflik yang mampu menggugat hubungan ini, dan masing-masing belajar menerima kelemahan dan kekurangan diri serta orang lain untuk melengkapkan kehidupan dalam perhubungan ini... Aq jugak berharap, aq akan menjadi insan yang mengisi kekosongan hati tanpa rasa itu dan mewarnakan dengan penuh rasa untuk menikmati kehidupan yang lebih bahagia... Insyaallah... Buat masa sekarang cuma bersabar dan kejar cita-cita dalam pelajaran dan pekerjaan dulu disamping perlahan-lahan menyemai bibit-bibit cinta untukmu... 7 tahun aq tunggu, 7 tahun aq bersabar, semoga ujian ini akan menjadikan aq lebih mengenali kehidupan ini adalah kaca atau permata yang dicari... 

"Percintaan itu perlukan kesabaran, pengorbanan dan kesetiaan"... Aq cuba untuk bersabar dalam menatikan kehadiran Cintamu kembali untuk menyambutku, tangan ini telah kuhulurkan buatmu untuk menyambutnya dengan penuh rasa Cinta dan Sayang untukku meskipun tidak pasti akan ada buatku atau sekadar mimpi indahku semata-mata... Pengorbanan jua akan aq lakukan dengan sedaya upaya buatmu andai itu mampu buatkan dirimu terus bahagia dalam melalui hari-harimu walau diriku ini bukanlah ada disisimu disaat ini... Tapi doa dan perhatianku untukmu tidak pernah hilang untukmu sayang... Kesetiaan yang kau cari akan aq cuba buktikan dalam tempoh 7 tahun ini untuk aq belajar mencintaimu dan aq harap bila aq telah jatuh cinta ini, biarlah kau disampingku bersama Cintaku dan bukannya hanya memerhatiku tanpa apa-apa perasaan... Indahnya percintaan ini andai ia berakhir dengan sesuatu kesudahan yang terindah buat hidupku dan hidupmu... Perkenalan di laman sosial selama 10 tahun dan berakhir dengan suatu ikatan yang sah pastinya akan menjadi suatu memori indah buat aq dan kau untuk selamanya... Insyaallah.. Sama-sama kita nantikan... Amin... Coretan terakhir untuk dirimu agar tiada pihak yang akan mengungkit dan kembali merosakkan kehidupan baru ku ini... Cukuplah dengan apa yang terjadi awk... Sy dah penat.


Sekian Coretan....

No comments: