Friday, February 1, 2013

Pengakhiran Sebuah Memori Luka...


Saat pertama kali kita bertemu,
senyumanmu telah menawan hatiku,
namun sifat pemalumu membuatkan hati ini ingin lebih mengenalimu,
lalu ku tuliskan no telefonku di atas sekeping tisu,
kusampaikan melalui seorang kanak-kanak,
kau terima dengan membalas senyuman kepadaku,
7 hari selepas pertemuan itu, 1 sms kau kirimkan,
salam perkenalan darimu untukku,
aq membaca dengan senyuman tanda kegembiraan,
aq membalas sms itu dengan memperkenalkan diriku,
begitu jua dengan kau, 
bermula saat itu setiap hari kita berhubung hanya melalui sms,
terasa hubungan kita semakin mesra,
pernah 1 ketika tanpa kehadiran sms darimu cuma untuk 1 hari,
aq mula rasa dibuai dengan kekosongan dan kesunyian,
sehari selepas itu sms darimu ku terima,
lalu kau jelaskan mengapa tiada sms darimu,
aq terima alasanmu kerana tidak mahu simpan apa-apa syak terhadapmu,
3 bulan perkenalan kita, 
kita mula berhubung secara paggilan telefon,
kemerduan suaramu memikat hatiku,
aq mula terasa ingin mengenalimu dengan lebih mendalam,
tapi kau menahan perasaanku untuk tidak jatuh cinta denganmu,
katamu lebih selesa kita sekadar berkawan disaat ini,
aq terima keputusanmu walau terasa sedikit kecewa dalam hati ini,
namun untuk melihat senyumanmu terus terukir aq sembunyikan kekecewaan itu,
hinggalah pada suatu hari aq memberikan pandangan kepadamu,
kataku, aq ingin kirimkan 100 sms yang akan membuatkan dirimu sering tersenyum,
dirimu menerima cadangan itu dengan tanpa bantahan,
aq mula menyimpan harapan dan perasaan agar suatu hari nanti pintu hatimu akan sedikit terbuka untukku,
setiap hari aq kirimkan 1 sms pada jam 10.45 malam,
setiap hari juga dengan mencipta sms-sms untukmu membuatkan hidup aq mula terasa bahagia,
bahagia yang aq sendiri ciptakan untuk menutupi kisah Cinta laluku,
sehinggalah sms ke-99,
aq mendapat 1 sms yang mengatakan dirimu bakal dijodohkan dengan lelaki lain,
kau memberitahuku dengan penuh rasa gembira dan keceriaan,
aq membalasnya dengan mengatakan "tahniah, saya tumpang gembira".
walaupun dihatiku terasa umpama sekeping cermin yang terhempas di lantai,
aq cuba mengawal perasaan dari menggugurkan air mata untuk kali ke-2,
namun hati yang telah dikecewakan tidak mampu menahan air mata dari terus berguguran,
malam itu menjadi malam perasaan kecewa aq yang ditemani lagu hubungan kami,
ku mainkan lagu itu berulang kali kerna selepas ini aq tidak akan pernah dengarkan lagi,
di hari pertunanganmu, aq cuba mencari kekuatan menutupi kesedihan diri ini,
janji sms yang ke-100 telah aq tunaikan untukmu,
aq menghadirkan diriku ke majlis pertunanganmu dengan penuh ketabahan,
melihat insan yang aq cintai akan menjadi tunangan orang lain,
kau mengucapkan ucapan terima kasih atas kehadiranku di hari bahagiamu,
dalam perjalanan pulang dari rumahmu,
kecelakaan melanda diriku, 
aq pergi dijemput Illahi,
aq pernah menulis sesuatu di note hanphone aq,
salah seorang ahli keluargaku memberikan telefon itu kepadamu,
air mata kesedihan mula mengalir dari sepasang mata yang indah,
telah aq luahkan perasaan yang telah lama aq pendam disaat pertama kali kita bertemu,
aq takut untuk meluahkan kerna takut ditolak kerana aq bukanlah seseorang yang sempurna,
tapi dengan kekurangan diri ini aq harap dapat disempurnakan dengan kehadiranmu,
Jodoh itu bukan milik kita,
Aq pergi dulu menemui kekasih abadi,
yang tinggal hanya memori kau dan aq suatu ketika dahulu,
usah ditangisi pemergian ini,
cuma 1 permintaanku, Kirimkan surah yassin dan al-fatihah buatku selalu.
teruskan tersenyum untuk membahagiakan orang lain disisimu,
Kenang daku dalam doamu sayang...

"Kehadiranmu suatu anugrah buat insan yang sepi ini, walau cuma untuk seketika, perhatianmu untukku cukup 
membahgiakan disaat hari-hari terakhirku di dunia ini, perkenalan kita bukan suatu pengakhiran tapi suatu permulaan di alam yang lain, semoga kita bertemu lagi wahai sahabat".

No comments: