Hai, Mr.H kembali lagi untuk melengkapkan diari mingguan Mr.H disini. Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk melukiskan cerita kehidupan sepanjang minggu ini. Seriously minggu nie sememangnya penuh dengan tekanan Final Exam la sebabnya Mr.H lambat nak start study dek kerana lama sangat stay kat rumah mama. So kerja online je la 24 jam. Hari sabtu Mr.H balik rumah sewa, dah mula pegang pen dan kalkulator. Aiiii maklumlah first paper Engineering Math 5 kot. Memang kena study dengan sebaiknya la. So cerita hari sabtu tak ada yang best sangat sebab Mr.H cuma berkepit dengan buku math je sampai malam.
Hari Ahad 20 Oktober 2013, haaaa hari nie Mr.H dah janji dengan BFF Mr.H iaitu Cik Pieja nak jumpa lecturer dekat poli. So Mr.H tunggu je la sms dari Cik Pieja sebab nak confirm pukul berapa nak pergi jumpa lecturer tu. Lepas dah confirm nak pergi pukul berapa akhirnya kami jumpa jugak di Bengkel pendawaian sebelum berjalan menuju ke tingkat 3 untuk jumpa dengan lecturer math terlebih dahulu. Tapi sayangnya lecturer math tak ada pulak sebab cuti kecemasan. So destinasi seterusnya kami berdua tunggu di makmal komunikasi data(MKD) sebab semua pensyarah ada mesyuarat pagi nie. Sambil menunggu tu masing-masing meluahkan kerisauan nak dekat final nie.
Masa kami berdua tengah study ada la rakan kelas kami yang lain pun datang untuk tengok markah Penilaian Berterusan dan ambil assignment. Lebih kurang pukul 12:30 kami dah stop study dan balik. Bagi Mr.H memang 1 kepuasan la bila dapat study sampai faham topik tu sebab rugi kot kalau tak jawab soalan dalam topik tu. 30 markah boleh terbang begitu saja... Aktiviti malamnya cuma study math sahaja sehingga jam 2.00 pagi walaupun hari selasa baru start paper. Apa-apa pun study awal la untuk keselamatan sebab subjek math nie pun merisaukan jugak buat Mr.H sebab rasa markah PB macam rendah je.
Hari Isnin 21 Oktober 2013, masih lagi melekat dengan buku math sampai ke tengahari la sebelum keluar beli menu lunch untuk hari iaitu nasi kerabu je. Selesai lunch cuma rehat, mandi, solat zohor dan tidur je sampai petang... Aktivit petangnya kalau pegang buku memang tak boleh blah la kan petang-petang nie. So on lappy kejap dan layan Jodoh Itu Milik Kita je. Lepas je magrib terus bersambung aktiviti study math. Tapi kali nie lain sikit sebab Mr.H nie suka study sensorang je, malam nie ada ramai jugak kawan-kawan masuk bilik dan study sama-sama. Bukan apa, Mr.H nie jenis study suka buka lagu kuat-kuat... Memang selesa je macam tu. Lagipun math kan? bukan nak kena menghafal sangat.Setakat jam 2.00 pagi saja mata nie mampu bertahan dan terus dibuai mimpi. Tapi sebelum tu dapat sms dari Cik Pieja. Alahai sian dia demam pulak...
Dan pada sebelah malamnya tak boleh nak rehat sebab esok ada paper penting lagi. Microwave Devices, memang Mr.H takut sangat sebab power jugak la subjek nie. Subjek yang Mr.H dan Cik Pieja study bersama pada hari ahad yang lepas. Memang Mr.H fokus gila study subjek nie sebelum pukul 1 pagi... Lepas je pukul 1 mula la hilang fokus... Takut tersangkut je sebab memang susah. Banyak Mr.H fokuskan kepada bab 4 dan 5 je sebab rasanya banyak soalan yang akan ditanya dari bab tu. Kali nie lewat sikit la tidur sebab makan nasi la, main WIFI jiran la... Hehe
Dan hari yang dinanti pun tiba, rabu 23 Oktober 2013, masuk je bilik kuliah 24 kiri kanan depan belakang semua pandang Mr.H sebab Mr.H ada usya soalan kat bahagian belakang... Memang susah dan ada bahagian yang Mr.H tak study langsung. Tersalah spot. Alahai memang rugi sebab markah mudah je boleh dapat. Tapi apakan daya, lain dibaca lain pulak ditanya. Dah usaha sebaik mungkin. Tawakal dan redha je la dengan apa hasilnya. Masa dah balik Mr.H ada dapat sms dari BFF Mr.H tanya tentang soalan tadi...
Sekian Coretan Hati....
No comments:
Post a Comment