Showing posts with label jiwang. Show all posts
Showing posts with label jiwang. Show all posts

Tuesday, August 12, 2014

Daku Kembali Merncoretkan Disini...



Lamanya tak mengupdate apa-apa kat blog tersayang nie. Dan tahun nie merupakan tahun yang paling malas buat Mr.H disebabkan pelbagai aktiviti dalam kehidupan nie. Dari habis study, menganggur, kerja dengan abang Mr.H seketika  then kerja di Prai Power Plant sampai la sekarang nie sambung training di UUM Sintokyo nie. Seriously tahun 2014 nie adalah tahun yang teramat sibuk la.

Update yang dijanjikan iaitu Koh Lipe For Da Second Time pun tak sempat nak update lagi sebab nak mengadap laptop nie pun rasa malas yang amat la. Bila on ja confirm layan movie saja. Then shut down. Facebook pun dah semakin Mr.H tinggalkan sebab masa dan malas nak mengadap lama-lama. Cuma yang aktif sekarang hanya di :


  1. Instagram- pena_jiwa23
  2. Wechat- samprit_ungu
  3. Whatsapp- mintak ler no I ok?... hehe


Entry nie pun sebenarnya malas nak update. Tapi disebabkan Mr.H bosan mengadap suasana bosan dalam makmal komputer nie so menaip la kejap. Oh ye cerita di UUM Sintok nie. Mr.H bukan la sambung buat degree ke ape cuma ada training untuk aplikasi fon. So selama 3 bulan nie memang Mr.H stay dekat sini la dan sekarang nie dah sebulan lebih Mr.H berada disini. Aplikasi fon yang Mr.H study kat sini macam game-game yang anda download kat Playstore dan Apps Store tu la. Tu la tujuan program nie sebanarnya. Tapi rasa lawak pun ada sebab memang tak ada kena mengena langsung dengan kos yang Mr.H belajar dulu. Memang main redah je nie.

Diharapkan selepas program nie maka hadirlah wahai kerja-kerja yang akan membina masa depan Mr.H. Dah umur 22 tahun dah tapi masih tak menetu lagi arah tuju kehidupan. Risau jugak. Insha Allah ada la kot nanti. Cuma tak  sampai lagi masa untuk rezeki tu hadir. Rasanya cukup la buat masa nie nak merepek dekat sini. Nanti ada masa Mr.H story lagi. Sekali lagi maaf dari Mr.H atas kesepian blog nie. Mood raya masih ada kot? Selamat Hari Raya Aidilfitri dan selamat berpuasa 6 dibulan syawal.

Sekian Coretan Hati...

Tuesday, March 25, 2014

Coretan Indah Buat Kekasih

Kehadiranmu suatu anugerah,
Suatu yang tidak pernah aku bayangkan,
Pabila melihat wajahmu,
Lenyap seketika masalah yg bermain diminda,
Hanya senyuman yang mampu aku ukirkan,
Kau menambah seri hidupku,
Dengan lagak gaya, 
serta kemanjaanmu,
Dikau segalanya untukku kini,
Mungkin dahulu hidupku sepi tanpa kekasih hati,
Hanya sendiri dalam dunia yg sunyi,
Tiada yg dapat menghiburkan hatiku ini,
Namun kini aku mengerti,
Indahnya nikmat kurniaanNya buatku,
Iaitu dirimu pengisi hatiku,
Penawar segala rindu,
Serta menyinari hari-hariku dengan tawamu,
Ucapan Alhamdulillah tanda syukurku,
Memporeleh Jodoh seindah dirimu,
Semoga setiamu sentiasa bersamaku selalu,
Menjadi pendamping sehingga akhir hayatku,
Kerana kita adalah satu,
Kau tercipta untukku...


#coretancintasampritungu

Saturday, March 15, 2014

Bebaskan Hatiku, Aku ingin Pergi...

Terkadang, mungkin diri ini tidak meletakkan dirimu dalam sesaat kehidupanku ini, 
namun tidak bermakna hati ini melupakan tentang dirimu, 
memang begini sifatku yg lebih banyak mendiamkan diri dari berada di ruang-ruang hidupmu, 
Hati ini sudah mula berputik sebuah perasaan yang indah kembali, 
suatu perasaan yang sukar diterjemahkan dengan kata-kata, 
hanya laman hati ini dapat menggambarkan apa yang daku rasakan, 
umpama daun-daun segar yang masih teguh berada di dahan-dahan, 
tapi mungkin benar kata orang, 
jika terlalu lama kita memendam sebuah perasaan, 
kita sendiri yang akan membiarkan orang yang kita sayang pergi dengan begitu saja, 
mungkin dia bukan ditakdirkan untuk kita, 
atau mungkin jugak status kita yang berbeza membuatkan kita terpisah,
Kini aku kembali menyepi, 
membiarkan deraian kepingan hati seperti daun-daun kekeringan yang berguguran
menanti ditiup angin yang akan menerbangkannya entah kemana, 
mungkin helaian daun ini akan dikutip oleh seorang insan, 
yang bakal menyimpannya sebagai penanda buku mahupun kenangan, 
seperti juga hatiku ini yang berharap cebisan-cebisan ini akan disatukan semula, 
oleh seorang Hawa yang mampu menyemai sepenuhnya rasa Cinta, Rindu dan Sayang buat kali terakhir untukku, 
dengan iziNya yang menentukan segalanya yang terbaik buat perjalanan kehidupanku, 
perancangaNya adalah sebaik-baik perancangan di dunia ini, 
usaha doa serta tawakal selalulah mendampingi diri ini agar segalanya akan menjadi lebih mudah, 
kini terbangkan helaian daun-daun ini sejauh-jauhnya dari perasaan-perasaan yang mengganggu fokus hidupku kini, 
biarkan ia bebas seketika, 
merantau dalam mencari insan yang akan menyempurnakan kehidupanku, 
yang akan membahagiakanku dengan sentuhan, belaian dan kesetiaan sehingga akhir hayatku... 
bebaskan rasa hatiku, 
aku ingin Pergi...



Sekian coretan hati...