Monday, December 3, 2012

Situasi 2 Disember 2012


Salam,

Kali nie aq nak update diari kehidupan sikit, lupakan kejap tentang bola sepak... Situasi 2 Disember, macam ada sesuatu yang menarik je kan terjadi pada tarikh tersebut... Sebenarnya macam nie, aq nie boleh dikatakan seorang pendengar yang baik la, so kalau ada orang nak story tentang masalah, aq sedia mendengar dan boleh bagi pendapat aq serba sedikit, mana la tau kalau-kalau boleh kurangkan beban masalah, so semalam ada la seseorang nie chat dekat facebook

Sebelum nie dia ada mintak aq buat sesuatu untuk tolong dia, so semalam dia chat la nak tanya samada aq boleh tolong dia atau tak... Hehe kepakaran aq dalam bidang komputer nie belum cukup untuk merealisasikan permintaannya... So dalam chat tu pelan-plan borak sampai la dia cerita masalah dia dekat aq... "Keegoan Seorang Lelaki". Pada aq susah seorang perempuan nie nak sayangkan seorang lelaki, tapi sayangnya lelaki tu ego dan buat seolah-olah kewujudan seseorang nie tak wujud dalam kamus hidup dia.... 

Seseorang yang aq maksudkan tu biarlah aq cuma namakan "K" je dekat sini... "K" nie aq kenal dan pertama kali bertemu dirumah my ex girlfriend semasa open house raya puasa tahun nie, melalui cara percakapan dia, cara prgaulan dia, aq da boleh agak "K" nie seseorang yang macam mana... Seriously dia seorang yang baik, lemah lembut, suka senyum, dan klakar la... Meskipun aq cuma pernah sekali tu je bertemu, tapi hingga ke hari nie aq dah rasa macam dah lama je aq kenal dia, bagi aq seseorang yang "K" anggap istemewa dalam hidupnya tak patut la buat "K" macam tu... Ego.. Aq pun lelaki jugak, tapi kadang-kadang ego nie boleh je kita ketepikan daripada membuat orang yang kita sayang menangis kerana kita... Kalau nak merajuk pun biarlah bersebab dan jangan la lama-lama sangat.... 


Gambar Hiasan.. ^_^

Apa yang boleh aq nasihatkan untuk "K" jangan terus lemah macam tu, jangan dek kerana Cinta kita lalai dalam segala hal yang lebih penting dalam hidup kita, Cinta itu macam-macam cara ia datang kepada kita... Lagipun dalam usia kita yang masih baru melangkah ke alam kedewasaan yang sebenar ini, masih rapuh untuk mengenal erti Cinta yang sebenar... Kalau seseorang itu ditakdirkan bukan untuk kita, jangalah terus menangis kerananya... Berdoa dan memohonlah kepadaNya yang maha mengetahui... Mungkin ada yang lebih baik untuk awak "K"...


Tapi pagi tadi aq buka facebook, so singgah dekat wall Si "K" nie dan terbaca status dia yang berbunyi lebih kurang macam nie la, "dengan mendengar perkataan 'Hai' darinya mampu mengembalikan kepingan hati yang hancur". Alhamdulillah, mungkin dia dah kembali senyum dengan orang yang tersayang.. Aq tumpang gembira... :')

Semalam jugak tak lena tidur bila sentiasa ketawa dengan ex girlfriend di Skype... Tak habis-habis menyakat aq... Biasa la bergurau... walaupun kami dah tak bersama, tapi perhubungan itu masih tetap rapat dan sentiasa mesra seperti dulu... Mungkin bagi ramai orang akan cakap "couple dengan BFF nie susah, bila putus nak tengok muka dah tak nak, benci lagi teruk la"... Tapi bukan untuk kami la... Bagi aq dan dia, kami masing-masing mendoakan yang terbaik untuk kehidupan masing-masing... Walau tiada jodoh untuk teruskan percintaan namun tak bermakna hubungan persahabatan terhenti dek kerana Cinta yang Tak Kekal Bersama.. Pelik kan dunia per-Cintaan nie... Lain orang, lain ragamnya dalam berCinta... Begiulah Cinta.. Pelik dan sukar diduga... 

Untuk my ex girlfriend yang baca entry kali nie, please jangan ketawa banyak sangat dan salah paham tentang semalam tau... "K" dah happy tu, kita pun sama-sama tumpang happy untuk dia tau.. Hehehe 


Gambar hiasan... ^_^

Perjalananku dalam melalui kehidupan untuk menemui Cinta terhadap sesama insan masih berterusan demi menemui seseorang yang akan mampu memberi kebahagiaan untukku selamanya.... 20 Tahun usiaku kini masih terlalu mentah dalam dunia perCintaan yg terlalu banyak karenah dan dugaan... 10 tahun lagi mungkin aku akan menemui apa yang aq cari ... Insyaallah semoga dengan izinNya aq akan dapat melalui saat itu... Amin


"Cintalah pada penciptaMu sebelum kamu mencintai ciptaanNya"

"Kuatkan dirimu dengan doa dan nasihat orang disekelilingmu, padamkan kesedihanmu dengan meluahkan doa padaNya, percayalah segala yang ditentukan untukmu pasti ada hikmahnya, kecewa dalam bercinta bukanlah akhir sebuah kehidupan tapi suatu permulaan dan pemberi semangat untuk kamu lebih kuat dan tabah menghadapi kehidupan...

p/s: Hehe nak tulis lebih-lebih tak boleh la sebab yang menaip nie pun tak jumpa lagi makna Cinta yang sebenarnya...  "I am a Fail in Love".

Setakat itu saja coretan diari untuk kali ini... Thanks for reading my blog... 

Sekian!!!!







2 comments:

Hana said...

best baca entry ni..

Unknown said...

TQ sudi baca dan komen.. :)