Thursday, December 27, 2012

Sahabat Yang Terindah...


Salam, 

Alhamdulillah, masih lagi jari-jemari ini diberi keizinan untuk terus mencoretkan warna-warna kehidupanku di belog ini... Bermula pada hari Khamis(20/12/2012) cuti untuk Hari Natal dan Tahun Baru sudah bermula... Rasa lega sangat dapat cuti seminggu... Dengan pendaftaran untuk semester 6 yang masih belum selesai membuatkan makin malas aq nak memikirkan tentang poli nie... Bukan itu yang aq nak highlight untuk entry kali nie... First of all aq nak ucapkan terima kasih buat seseorang yang dah kembali semula dalam kehidupanku... kembali membuatkan keceriaan sewaktu pertama kali aq mengenali dunia laman sosial... Insan ini adalah rakan pertama yang banyak mengukirkan senyuman... Sebelum berceloteh dengan lebih panjang meh aq kenalkan dulu... Nama diberi Nur Amalina atau lebih dikenali di Facebook dengan nama Nina Amalina...Perkenalan antara aq dan Nina nie bermula di MySpace la... Biasa la masa tu facebook pun tak ramai lagi yang guna... Friendster dan Myspace je menjadi kegilaan remaja masa tu... Kalau tak silap aq, dalam bulan september 2009... So masa tu rumah aq nie baru lagi pasang Streamxy... Aq pun baru la mula nak berjinak-jinak dengan laman sosial nie bermula dengan Friendster lepas tu Myspace... Kat myspace nie la aq berkenalan dengan Nina Amalina, yang mempunyai ketinggian 150 cm(info semasa), masa tu dia masih guna nama Mrs Chipsmore kalau tak silap la... so mula dengan mesej, lepas tu Im dan melangkah setapak lagi hubungan kitaorang ke Yahoo Messenger(Ym)... Di Ym nie la kemesraan antara kami mula terjalin dan semakin akrab... Tak pernah rasa happy macam tu, so selalu online pun mesti akan bergurau senda... Aq selesa dengan Nina nie sebab dia macam faham je ape yang aq suka, maksud aq bila chat ada je lawak yang dia atau aq akan buat, kira satu kepala kami nie... Tapi lepas Spm hubungan kitaorang dah makin sepi la, ym pun dah jarang online, myspace pun dah jarang-jarang buka... Sehingga penghujung tahun 2012 nie hubungan kitaorang dah kembali macam dulu, makin mesra dan semua tu buat aq tersenyum dengan duniaku yang tersendiri. Setiap conversation dengannya bermula 25 Disember 2012, aq simpan sebagai kenangan terindah penghujung tahun 2012 nie.... Mungkin bagi sestengah orang akan fikir aq nie gila agaknya bila selalu je tersenyum sorang-sorang depan laptop nie, tapi aq rasa selesa sangat bila macam tu... Aq rasa bahagia sangat dengan sikap yg manja, dan klakar tu... Walaupun dia sebenarnya dah menjadi milik orang lain tapi tak bermakna hubungan antara aq dan dia tak boleh mesra sebagai seorang kawan kan?? Mesti ada sesuatu kan yang membuatkan hubungan dua insan ini kembali terjalin mesra?? hehe mesti la ada.. Dan jawapan untuk soalan itu adalah kerana sebuah Novel... Novel yang bertajuk Jodoh Itu Milik Kita yang akan aq buat ulasan lepas entry nie... Harap hubungan persahabatan akan berkekalan sehingga akhir hayat.. Opsss hampir terlupa pulak.. Cik Nina nie jugak la insan yang memberi nama gelaran Samprit Ungu... 1 nama yang masih kekal hingga kini... Memang aq tak akan lupa semua memori kita bersama... To Nina Amalina, sorry tak mintak izin letak gambar kat sini... :P Kat bawah nie ada gambar insan yang dimaksudkan... Taraaaaa comey dak?? orang nie secomel wataknya taw... Seorang sahabat yang terindah untukku... Best Friend Forever... 

Kita Sahabat untuk selamanya...Amin... TQ atas keceriaan yg diberikan...

5 comments:

Anis Liyana said...

hmm , kakak2 ~ lala

nina said...

thnks sahabt dgn entry yg KELAKAR!ni..heheh..
5 stars 4 u!!! cukop kn..
<3

Unknown said...

Anis Liana: Hehe kakak2... :)

Nina: Just 4 U sahabat... ok ckup2... <3

.::: Princess MOMOY :::. said...

WAHHH....bes baca
mcm ni baru sahaba sejati

dear olong buang verification word tu plsss
senang nak komen

Unknown said...

.::: Princess MOMOY :::. : Hehe penghargaan utk seorang sahabat.. thanx comment... ok t sy buang.. :)