Tuesday, November 20, 2012

Final Exam & Ayong...



Salam,

18 November 2012

Alahai, lamanya jari-jemari ini sepi tanpa coretan di blog nie... Maklumlah, tuan pemilik nie tersangat la busy dengan aktiviti seharian di rumah bonda disamping sedang gigih dan tekun study untuk menghadapi final exam yang sedang dihadapi pada minggu yang teramat penting nie.. Alhamdulillah, kelmarin 18 November 2012, selesai dua paper untuk subjek Circuit Analysis dan Engineering Mathematics 3. Soalan math tu tak la susah sangat tapi banyak yang aq blank je, padahal memang dah study dah untuk bab tu... 2-3 minit terakhir baru la terbuka fikiran nie nak jawab, mana nak sempat dah... Tension jugak bila jadi macam tu, rasa rugi sangat-sangat... tapi benda dah lepas so tawakal dan berdoa yang terbaik je la... 

Dalam minggu study week nie jugak ada la aq dengar plan family tentang my future, bagi aq memang yang terbaik jugak la kalau aq kerja dulu before sambung degree... Bukan apa, untuk jangka masa panjang aq dah boleh nampak my future dalam 10 tahun akan datang... hehehe bukan kahwin la yang aq maksudkan taw.. Tak terlintas lagi nak ke arah tu, 20 years old is too young for that. Still study & still have nothing, job, house, car so to talk about KAHWIN, TUNANG dan sewaktu dengannya boleh berangan-angan je la... 

Tutup buku tentang tu... Malas nak cakap & dengar pun... So dekat seminggu jugak la aq tinggal sensorang kat dalam rumah mama masa study week minggu lepas... Mama & adik beradik yang lain semua pergi holiday kat Terangganu, untung la diaorang... Aq pulak menganga je mengadap facebook 24 jam... Nak buat macam mana, disebabkan 1 hari je kena korbankan untuk second presentation final project. Bengang sungguh, sabar je la banyak-banyak... Tapi best jugak la aq dapat satu group dengan budak-budak cina yang sentiasa tenang dan cool je walaupun dah kena marah+bleter masa presentation tu... Apa-apa pun bab project dah selesai kejap sebelum final exam, so boleh la fokus untuk paper final... 

19 November 2012

Hari nie ada satu paper je untuk final pukul 2.30 petang tadi... Alhamdulillah, rasa puas jawab tadi sebab macam otak nie dah perah cukup-cukup apa yang tersimpan, dan dan terima kasih jugak untuk seorang kawan yang sms tentang soalan spot yang keseluruhannya masuk... tak la penat sangat nak study  sampai 7 bab tentang Intergrated Circuit (IC). Bila pikir balik time study semua orang tak nak dekat sangat dengan aq kat rumah sewa nie, tambah-tambah time subjek teori yang memerlukan teknik menghafal, hehe mana nak dekat kalau aq buka lagu dekat speaker nie bising yang amat, nak buat macam mana, rasa selesa plak study macam tu... Pedulikan la, yang penting aq dapat yang aq nak... 

Lepas exam tadi, perut nie dah start konsert mega rock la, mana tak bunyi, aq breakfast je pagi tadi tapi lunch tak ambik sebab kat tangan nie pegang nota je sampai pukul 1.20 petang tadi. So lepas habis je exam, nasi goreng je la yang aq cari. Masa beli nasi goreng tu ada dua orang awek tengok semacam je, heran jugak, aq rasa tak ada buat salah apa pun... Bila pesanan nasi goreng aq dah siap lagi lama diaorang tengok, ala beli nasi goreng 2 bungkus pun pelik ke? Ingat aq kuat makan kot?? Biasa la, kira lunch+dinner sekali la tu. Aktiviti malam nie pulak tak ada apa sangat la yang aq buat, esok pagi baru nak study.... Nak study pun tak boleh sangat, petang tadi aq telelap kekenyangan... hahaha tak senonoh sungguh.. Penat sangat la sampai tak sedar telelap depan laptop sambil layan drama Bukan Bidadari... Best jugak cerita tu 13 episod je... 

Malam nie buatkan aq tersenyum dan gelak sorang-sorang dalam bilik, lama aq tunggu sms dari adik aq yang sorang nie, akhirnya malam nie pukul 11.08 minit dia sms jugak... Bukan aq tak nak sms dia tapi sifat segan nak sms perempuan nie memang tak boleh buang la.. "kalau adik baca kat blog nie, bukan abang sombong tau, segan ja", hahaha.... ada la sepatah dua nasihat aq kirimkan kat dia, bukan apa, kadang-kadang bila ada msalah kita tak tau nak luahkan kat sapa kan?? so cari la orang yang kita rasa dia boleh dengar luahan hati kita sebab mungkin orang tu tak boleh pun tolong selesaikan masalah kita tu, at least, kita tak terasa beban sangat pendam masalah seorang diri.... Bila ayong sms nie terasa nak balik rumah & buka balik kotak rahsia yang aq simpan semua surat-surat tulisan ayong masa zaman sekolah nie... Sweet memory tu. Cukup la coretan untuk kali nie... Insyaallah akan di-update dengan lebih kerap lagi lepas nie... Doakan yang terbaik untuk paper final yang akan dihadapi sehingga Jumaat nie... Thanks for reading... 

Sekian..

No comments: