Wednesday, November 7, 2012

Presentation Projek Semester 5... Terbaek...


Salam,

Minggu nie aq sememangnya penuh dengan aktiviti aq dekat poli... Presentation projek semester 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Hehe memang terbaik la masa hari presentation tu... Untuk presentation kelas aq, kami dibahagikan mengikut pensyarah masing-masing, maksudnya... pensyarah yang menjadi supervisor untuk group aq akan menilai students dari group lagi satu... so dengan tidak bernasib baiknya para pensyarah yang menilai group aq adalah semua dalam kategori kumpulan maut la... hehehe yang pertama Pn Nurul Huda iaitu Ketua Jabatan Elektrik, yang kedua Pn Sharita iaitu Ketua Kursus/Program dan yang terakhir dan tak kurang hebatnya Pn Shaliza iaitu pensyarah yang terkenal dengan soalan-soalan yang dasyat dan ayat-ayat power dia... memang dasyat dan digeruni la... 

hehehe so dimulakan la presentation pagi tu dengan kumpulan pertama iaitu group budak india... mulanya keadaan nampak ok dan tenang je bila cuma ada Pn Sharita je.. Beberapa minit kemudian Pn Shaliza masuk dan bermulalah episod yang Kebabomm... bila dah pertengahan diaorang present je dah kena soal dengan macam-macam soalan... Fuh dekat 1 jam jugak la diaorang kena... Mangsa seterusnya ialah group kedua iaitu Pijakpong dan Kamila... yang nie boleh tahan jugak kena dengan pensyarah... hampir 1 jam jugak... hehe dan tibalah waktu yang dinantikan... group aq akan membentangkan projek kami... Phun Chan Chuan memulakan introduction dengan memperkenalkan projek dan skop serta objektif projek. Tak sampai 5 minit group kitaorang dah kena tembak... "Projek korang nie tak relevan dan tak masuk akal... Projek korang nie boleh buat baby tu buta tau tak? korang dah pernah cuba ke belum? kalau belum korang try dulu."  

Adoi 1 kelas gelak kat kitaorang... Sabar je la... aq punya la tahan gelak time dia cakap macam tu sebab nie bukan idea aq... Tak abes lagi setakat tu... Seow Khai Xiang pulak meneruskan presentation dengan menerangkan tentang litar... Aq tak perasan yang Seow masukkan litar yang lama dalam slide tu, memang point untuk pensyarah tu hentam kitaorang la... Lepas dah dua orang so tibalah giliran aq pulakyang mendapat habuan... Aq baru je nak bersuara nak terang tentang masalah projek, pensyarah dah start cakap macam-macam... ayat last aq senang je.. "ok puan setakat tu saja" hehehe
Memang penat sungguh hari tu, tak larat nak buat ape bila minda kena basuh teruk hari tu... Ku sangkakan panas hinggakan kepetang, rupanya tsunami yang datang pula" hahaha rosak peribahasa aq tu... Ingatkan dah selesai presentation tapi akan bersambung lagi pada hari isnin minggu depan... aii nie yang berita tak menggembirakan hati semua kawan sekelasku terutama yang group presentation sekali dengan group aq... So banyak la kerja yang nak kena buat minggu nie... Litar, final proposal dan macam-macam lagi nak kena selesaikan...

Hurmm malas aq nak serabutkan kepala nie lagi. Relax dan santai dulu dengan blog dan layan cerita Adam & Hawa... Ulasan novel pun tak sempat lagi nak update kat sini... Insyaallah akan di-update bila berkesempatan... Thanks for reading...


Sekian!!!

No comments: