Showing posts with label blur. Show all posts
Showing posts with label blur. Show all posts

Sunday, February 10, 2013

Keliru+Kecewa?? Entah la.....

Salam,

Entah la... Aq tak tau nak tulis apa dekat sini.... tetiba je terasa macam gelap je dunia aq... rasa macam sekelip mata keceriaan aq lenyap dari hidup nie... nothing to say right now.... badan nie dah terlalu penat... Tak tidur dari  pukul 4.30 pagi semalam... Rasanya nak tidur untuk beberapa hari nie tanpa bangun je... Semalaman delete gambar-gambar di facebook... Macam dah nak tutup je account tu... Nanti je la aq luahkan... Aq tak bleh baca apa yang aq sedang alami sekarang nie... Keliru sangat-sangat... Sekian Coretan pendek... Semoga masih ada jiwa untuk menulis selepas ini.... Amin....

Sekian!!!!

Wednesday, November 7, 2012

Presentation Projek Semester 5... Terbaek...


Salam,

Minggu nie aq sememangnya penuh dengan aktiviti aq dekat poli... Presentation projek semester 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik. Hehe memang terbaik la masa hari presentation tu... Untuk presentation kelas aq, kami dibahagikan mengikut pensyarah masing-masing, maksudnya... pensyarah yang menjadi supervisor untuk group aq akan menilai students dari group lagi satu... so dengan tidak bernasib baiknya para pensyarah yang menilai group aq adalah semua dalam kategori kumpulan maut la... hehehe yang pertama Pn Nurul Huda iaitu Ketua Jabatan Elektrik, yang kedua Pn Sharita iaitu Ketua Kursus/Program dan yang terakhir dan tak kurang hebatnya Pn Shaliza iaitu pensyarah yang terkenal dengan soalan-soalan yang dasyat dan ayat-ayat power dia... memang dasyat dan digeruni la... 

hehehe so dimulakan la presentation pagi tu dengan kumpulan pertama iaitu group budak india... mulanya keadaan nampak ok dan tenang je bila cuma ada Pn Sharita je.. Beberapa minit kemudian Pn Shaliza masuk dan bermulalah episod yang Kebabomm... bila dah pertengahan diaorang present je dah kena soal dengan macam-macam soalan... Fuh dekat 1 jam jugak la diaorang kena... Mangsa seterusnya ialah group kedua iaitu Pijakpong dan Kamila... yang nie boleh tahan jugak kena dengan pensyarah... hampir 1 jam jugak... hehe dan tibalah waktu yang dinantikan... group aq akan membentangkan projek kami... Phun Chan Chuan memulakan introduction dengan memperkenalkan projek dan skop serta objektif projek. Tak sampai 5 minit group kitaorang dah kena tembak... "Projek korang nie tak relevan dan tak masuk akal... Projek korang nie boleh buat baby tu buta tau tak? korang dah pernah cuba ke belum? kalau belum korang try dulu."  

Adoi 1 kelas gelak kat kitaorang... Sabar je la... aq punya la tahan gelak time dia cakap macam tu sebab nie bukan idea aq... Tak abes lagi setakat tu... Seow Khai Xiang pulak meneruskan presentation dengan menerangkan tentang litar... Aq tak perasan yang Seow masukkan litar yang lama dalam slide tu, memang point untuk pensyarah tu hentam kitaorang la... Lepas dah dua orang so tibalah giliran aq pulakyang mendapat habuan... Aq baru je nak bersuara nak terang tentang masalah projek, pensyarah dah start cakap macam-macam... ayat last aq senang je.. "ok puan setakat tu saja" hehehe
Memang penat sungguh hari tu, tak larat nak buat ape bila minda kena basuh teruk hari tu... Ku sangkakan panas hinggakan kepetang, rupanya tsunami yang datang pula" hahaha rosak peribahasa aq tu... Ingatkan dah selesai presentation tapi akan bersambung lagi pada hari isnin minggu depan... aii nie yang berita tak menggembirakan hati semua kawan sekelasku terutama yang group presentation sekali dengan group aq... So banyak la kerja yang nak kena buat minggu nie... Litar, final proposal dan macam-macam lagi nak kena selesaikan...

Hurmm malas aq nak serabutkan kepala nie lagi. Relax dan santai dulu dengan blog dan layan cerita Adam & Hawa... Ulasan novel pun tak sempat lagi nak update kat sini... Insyaallah akan di-update bila berkesempatan... Thanks for reading...


Sekian!!!

Saturday, November 3, 2012

Coretan Khamis & Kasut...


Salam,

hehe alhamdulillah masih lagi berkesempatan meluahkan kisah kehidupanku... Minggu nie serius agak penat jugak la perjalanan hidupku... Isnin, rasa gemuruh dan takut jugak sebab hari tu ada interview presentation untuk subjek Communicative English... Bab-bab present nie la yang aq tak berapa nak berkenan nie sebab nie kelemahan diri yang paling ketara sekali untuk diri aq... masalah gugup tak selesai lagi walau dah macam-macam cara dah aq buat... Tapi nasib baik la group presentation aq ada seorang tak dapat hadir so Madam Salwani suruh postpone la hari khamis baru present...

Selasa, hari nie kelas kebanyakan batal, so aktiviti aq time petang tu tidur je la sebelum nak sibuk pada sebelah malam bersama dua orang kawan sekumpulan untuk subjek computer network.. Biasa la 1 kumpulan dengan  dua kawan perempuan tak kan nak ajak datang rumah pulak kan nak wat discussion so kena la jumpa dekat luar je... So bermula la perbincangan kitaorang dengan aq dan kawan yg pertama buat mini projek dan lagi sorang buat lab report... adoi, kalau keluar bertiga je, mesti tak sah lau xgelak... ada ja lawak antara kami bertiga... kucing pun boleh je jadi topik..so bincang punya bincang sampai la dekat pukul 11 malam... dah selesai kerja je, dua orang awek tu hantar aq balik rumah... selalu lelaki yang akan jemput perempuan lau nak keluar, tapi kes aq nie terbalik sikit... hehehe

Rabu, hahaha hari yang cukup down semangat aq... lepas kelas math la... dapat kertas untuk second test... markah rendah sangat-sangat... careless sangat... serius hari tu rasa macam nak nangis pun ada... tension k0wt sebab da study untuk topik tu tapi tak dapat markah yang tak cun pulak... tapi tak pe, masih ada peluang untuk repair markah for da last test...

Khamis, hari yang lengkap dengan musibah la.. hahaha start dari pagi. Aq dah terlewat pergi kelas IC Fabrication pagi tu, masa tengah jalan tu tapak kasut seblah kiri tercabut.. nasib baik dah lewat time tu so tak ada orang nampak sangat.. dalam kelas 1 masalah lagi, kena present lak, slide pulak aq tak buat lagi... tapi nasib la masa tak cukup so postpone minggu depan. Habis je kelas IC ada kelas Embded pulak... Nie pun ada masalah jugak kena design mini project untuk program... Susah jugak... Tapi semua kirisauan aq adalah pada jam 1 petang la sebab time tu nak kena buat BI interview presentation... Bukan tak ready tapi masalah Nervous tu tak hilang-hilang lagi... 

So jam dah pukul 1 maka bermula la episod musibah yang seterusnya... masa interview session tu kawan aq wawa, seow dan pijakpong dah start tanya soalan.. aq blank terus... padahal aq dah hafal semua jawapan untuk soalan tu.. Serius lawak kalau ada orang lain tengok time tu... aq terkelu terus lidah nie.. langsung tak terluah perkataan dari bibir nie... hehe ingatkan aq sorang je, habis 1 group aq kena jangkitan blank & blur aq nie... adoi, tak larat nak gelak kami berempat lepas habis interview tu... antara semua part aq yang paling lawak sebab diaorang ulang soalan tu banyak kali.. tapi aq Hank terus... memang Fail sungguh hari tu... 

So lepas habis BI Interview aq dan seow nak kena jumpa lec projek dekat unit exam, time lalu kat cafe aq dah rasa lain macam dah tapi tak pe, relax je jalan. Lepas lalu cafe je, nah sebelah lagi tapak kasut tercabut... adoi Tuhan je yang tau macam mana aq rasa time tu, rasa nak berguling-guling ja gelak kat situ... masa tu dah pukul 1.45 petang so tak ada orang jugak kat situ.. so tak la malu sangat, ape la nasib aq hari tu... Balik rumah sewa petang tu pun dok gelak lagi sorang-sorang dalam bilik bla dipkirkan balik... Hehehe tapi bagi aq semua tu suatu memori indah yang akan aq kenangkan sampai bila... Aq coretkan kat sini sebagai suatu tanda yang abadi... Thanks for reading...

Sekian....

Monday, August 8, 2011

Fikiranku Sepi Tanpa Idea...

Hahaha layan je la tajuk entry tuu... actually mcm nie... speaking la plak mlm2 nie.. speaking bkn ape, practice utk pembentangan ary khamis nie la pnye psal, problemnya mcm tajuk entry la "Sepi Tanpa Idea". Xde idea la nak buat tentang apa presentation tu... pair work plak, lagi masalah la nk cari idea utk nak bentang... hope esk dapat la idea nak present apa kt madam tu.. 20% tu... banyak seyh... Tentang produk tajuknya... ntah produk ape la aq nk present nnti.. tggu dan lihat je la... letih la mlm nie... tdo dlu la.. Nitez... Muuahh.. Ayat nie la slalu dlm msj aq dlu, skrg xde dh... xkn nk bg kt kwn2 lak kn... hehehe ase disygi je dpt msj2 mcm 2... n_n daaaaa Salam...