Wednesday, November 30, 2011

Cinta dalam Terpaksa

Cinta itu kadang-kadang indah sangat, tapi kadanag-kadang datang juga dalam keadaan sedih dan mengecewakan. Cinta boleh dipaksa ke? Boleh ke? Boleh kita paksa seseorang itu untuk mencintai kita sepenuh hatinya? Cinta dalam keadaan terpaksa, memang mustahil la... Sangat-sangat mustahil la sebab perasaan seseorang itu adalah suatu yang tetap dan sukar untuk kita ubah mengikut kehendak kita. Orang yang dipaksa itu juga adalah manusia juga sepeerti kita, cuba kita bayangkan orang yang dipaksa itu adalah diri kita sendiri. Apa yang kita rasa disaat itu? Pasti kecewa, sedih, stress dan tekanan jiwa bukan? Dan kepada orang yang memaksa seseorang itu menerima cinta kita, apakah cinta yang dibalas oleh seseorang itu adalah ikhlas dan setulus hatinya buat kita? Sudah pasti tidak. Kenyataannya Cinta itu adalah keikhlasan yang tidak boleh dipaksa. Tapi kerana cinta dan sayang kita kepada seseorang yang tidak membalas cinta kita itu adalah usaha yang SIA-SIA kerana cinta orang yang terpaksa itu adalah bukan lahir dari keikhlasan hatinya tapi atas dasar Desakan, Simpati, dan mungkin Ugutan dari orang yang mencintainya. Alangkah sedihnya cinta yang lahir dalam keadaan sebegini, sungguh mengecewakan... Mungkin bagi yang mencintai adalah kebahagiaan dan kegembiraan dapat memiliki orang yang dicintai tapi tidak buat orang yg dicintai, itu adalah Seksaan jiwa dan raga seumur hidupnya. Hurmm konklusinya Cinta itu indah jika lahir dari keikhlasan dua hati, sebaliknya seksaan jika cinta lahir atas dasar Kepaksaan. Akhir sebuah cinta itu pasti indah jika kedua-duanya seikhlas hati mencintai antara satu sama lain.




No comments: