Wednesday, April 11, 2012

Akhirnya Update Jua Blog Nie...

Salam,

alhamdulillah dapat jugak aq post entry untuk kali nie... Last week memang dah nak update dah tapi disebakan tak ada elektrik. Ceritanya macam nie, aq lau nk update blog mesti akan taip dekat notepad dulu sebelum post dekat blog... Kisah minggu lepas, aq punya la syok menaip sampai beratus-ratus perkataan last-last, pap!!! skrin laptop gelap. Kalau nak cerita pasal bengang, memang rasa nak bersembur je dengan perkataan tak elok dari mulut nie. Geram btol. Tapi nak buat macam mana, dah biasa lau nak update selalunya akan taip kt notepad dulu, susah la nak ubah tabiat nie. Lepas dah jadi macam tu rasa malas nak post entry panjang-panjang dah. Untuk minggu nie rasanya tak banyak sangat cerita menarik cuma kelmarin je dapat makan Cendol paling best la. Serius sedap gler la. Hehe apa-apa pun thanks untuk Kak Shah yang buat kenduri Mee Kuah kelmarin. Semoga dimurahkan rezeki akak lepas dah naik pangkat nie...Biasa la, orang bukan bleh tengok kita lebih dari orang, mesti ada yang dengki. Orang baik-baik selalu diuji kak oiii.. hehe sabor je la. Adik pun sama jugak. Yang penting buat tak tau je, dan pikir itu cuma dugaan kat dunia nie. Berbaloi lau sabar sekarang sebab hidup kat dunia nie tak lama pun, akhirat pasti ada untuk semua. So sabar & pedulikan orang-orang yang menyakitkan hati kita. Senyumlah walaupun hati ini sakit kerana senyuman itu umpama Pain Killer.

Sekian!!!

No comments: