Monday, April 30, 2012

Selamat Tinggal Awk!! Terima Kasih.

Salam, 

minggu nie adalah minggu yang banyak dengan kenangan yang jadi dalam kehidupan aq. Ada yang membuatkan aq tersenyum dan ada juga yang menyedihkan. Minggu nie adalah minggu terakhir aq berjumpa dengan rakan muka buku(facebook) aq yang paling rapat setakat ini. Rasa gembira bila dapat jumpa & berborak sepuas-puasnya malam tu. Sebelum nie selalu juga keluar dengan dia, tapi tak ada la sampai lama macam tu. Macam-macam cerita kami kongsikan bersama sebelum terpisah untuk masa setahun jugak la. Dia pun dah habis paper final pagi kelmarin dan malam tadi dah bertolak pulang ke negeri asalnya. So hari khamis(26/04/12) tu aq pergi la jumpa dia macam selalu. Tapi agak mengecewakan ler sebab kedai yang selalu kitaorang jumpa tutup pulak hari tu. Dah la kali terakhir nak dapat keluar bersama macam tu. Tak pe la. Dah tak ada rezeki kami agaknya. So kami pun berjumpa di kedai yang lagi 1. Kedai tu selalunya time petang je kitaorang, lepas aq abes kerja je nak jumpa kat situ untuk sembang-sembang dan hilangkan penat. Lama jugak la sembang-sembang kat situ dengan dia. Lepas habis je makan aq ngan dia sambung lagi sembang dekat depan first copy. Rasa macam best sangat malam tu, ada je topik yang nak sembang... So masa bersembang tu ada la tercetus idea nak create relationship kat facebook. Ye la kitaorang dah mula rapat so rasa macam dah kenal lama je. Lepas bincang dengan dia tentang relationship kat facebook tu akhirnya jadi la macam kat bawah nie....

Facebook Relationship

hehe sebenarnya aq dengan dia masih lagi berkawan sahaja. Saja je create relationship nie untuk suka... Tapi kalau orang nak salah paham yang kitaorang COUPLE pun terpulang la... Kitaorang just in relationship as a best friend forever je.... Lagipun aq selesa dengan hidup sekarang tanpa sebarang apa ikatan dengan sesiapa. Untuk aq, relationship dekat facebook tu just untuk merapatkan lagi hubungan persahabatan kitaorang je... Ye la perkenalan dari facebook sampai la bersua muka bagi aq sesuatu yang menarik la. Sebab susah orang nak serasi dengan aq nie. Sebelum dia balik, aq dah pulangkan pendrive yang dia bagi untuk copy movie. Dalam tu aq ada selitkan satu surat untuk dia ingat akan pertemuan terakhir kami bersama dan luahan hati seorang Sahabat untuk seorang sahabat. Harap dia dah baca apa yang aq luahkan dalam surat tu bila dia dah sampai di sana. Biasalah orang pendiam susah nak luahkan dengan kata-kata so dengan cara tu rasanya mungkin lebih baik. Pada aq bertemu dengan dia adalah suatu kenangan yang aq akan coretkan disini untuk selamanya menjadi memori terindah dalam kehidupan Aq dan Dia... Apa yang boleh aq katakan disini.....


AQ GEMBIRA DAPAT MENGENALI SAHABAT YANG BAIK SEPERTI DIA... TERIMA KASIH AWK!!!


SEKIAN. 

No comments: