Saturday, May 12, 2012

Sayang walaupun jauh, & Akak kat tempat LI...

Salam,

alhamdulillah dapat jugak aq update blog nie walaupun agak buzy la dengan minggu akhir sebelum tamat Latihan Industri nie... Blog nie pun dah berwajah baru dan link pun aq dah tukar kepada link yang baru. Bukan apa, rasanya mungkin dengan menukar link baru nie aq boleh menulis dengan lebih tenang dan selesa. Baru-baru nie si dia(my ex gf) ada la minta sesuatu yang aq dah tak nak. Dalam fikiran aq memang tertekan saat tu. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah. Doaku buat si dia termakbul jugak. Mungkin kitaorang dah lost contact terus lepas kejadian tu tapi mungkin ada hikmah disebalik semua kejadian tu. Aq harap si dia akan sedar dan menjadi lebih baik dari sebelum nie. Sedar tak sedar dah dekat 6 bulan aq menjalani Latihan Industri di kilang tu. Rasa sedih pun ada jugak bila dah nak tamat LI nie. Minggu lepas aq dapat jemputan kahwin salah seorang pekerja yang aq baru je kenal 2-3 bulan yang lepas. Rasa macam nak pergi je kenduri akak tu sebab dia dah bagi kad jemputan khas untuk aq. Depan bos aq plak tu. Orang dekat department aq pun heran macam mana aq bleh kenal dengan akak tu. Sedangkan semua kat situ pun tahu yang aq nie susah nak bercakap dengan orang. Yang best time akak tu bagi kad kenduri tu semua kecoh je kat aq. Hehe aq bleh kenal dengan akak tu pun bila time nak pergi surau mesti lalu depan bilik dia, aq sememangnya orang yang suka senyum walaupun tak berapa nak manis & akak tu pun selalu balas senyuman sambil lambai tangan dia. Bila dah selalu macam tu, jumpa je mesti akan bercakap jugak sepatah dua. Sebab tu la bleh kenal jugak. Dengar cerita daripada bos dia dan tunang dia dah selamat dinikahkan pada lepas asar hari jumaat(11/5/2012). Kendurinya ntah la samada aq dapat pergi ke tak sebab tengok kad kenduri pun aq blank je nak baca peta... Maklum la tak minat sangat subjek geografi dulu.. Hahaha insyaallah kalau ada kesempatan mesti sampai jugak. Da tak tau nak mengarut apa. Gudnite.
Sekian!!!

No comments: