Saturday, May 26, 2012

Kerinduan Terubat Untuk Cik Nina!!! ^_^

Salam,

Rasanya 25/5.2012 nie antara hari yang terindah la buat aq.... Rasanya da dekat setahun lebih aq tak buka yahoo mesengger nie.... Mungkin Allah nak pertemukan aq dengan Cik Nina hari nie agaknya. Alhamdulillah. Sebelum tu aq nak story sikit, siapa sebenarnya Cik Nina nie. Aq kenal Cik Nina nie masa first time mengenali laman sosial nie... Masa tu famous dengan MySpace la... Rasanya dah dekat 3-4 tahun jugak la kami berkawan dalam laman sosial nie. Dari myspace ke ym, seterusnya ke facebook dan skype kitaorg selalu berborak. Yang best masa mula-mula borak dekat myspace dulu, macam dah kenal lama je. Mungkin kitaorang jenis cepat mesra. Antara perkara yang aq xlupa tentang Cik Nina nie nama myspace masa aq mula-mula kenal dulu Mrs.Chipsmore. Hehehe sekarang tak tau la nama pe kat myspace tu sebab account myspace dah tak bukak. Password pun dah lupa suda... Antara ayat wajib Cik Nina nie macam gambar kat bawah nie....

Klik kat gambar untuk paparan lebih jelas...
Mesti akan mintak buatkan kuih samprit... Nama samprit ungu nie pun sebab insan bernama Cik Nina nie jugak la... Hahaha hari nie semua plan aq terpaksa dibatalkan sebab bila dah chat dekat ym dengan Cik Nina nie memang aq tak buat benda lain dah... Petang tadi ingat nak berkebun dan susun pokok-pokok dekat halaman rumah tu... Tapi sedar-sedar laaaa dah magrib rupanya.... Kalau dekat FB memang susah la nak borak pun sebab aq online pun macam tak online je.... Banyak main game je dari tegur-tegur orang kat FB tu. Apa-apa pun dah setahun lebih tak bergurau dekat ym, kemesraan sebagai seorang kawan masih tetap macam dulu. Tak ada sedikit pun berubah diantara kami. Itulah PERSAHABATAN kan? 'Macam air yang dicincang tak akan putus'. Terima kasih Ya Allah kerana mempertemukan kami lagi disitu untuk mengubat kerinduan hati ini dan untuk mengukuhkan persahabatan kami di alam maya ini. Semoga akan berkekalan hubungan persahabatan ini. Insyaallah. 

ayat tumbuk bertubi-tubi tu buatkan aq gelak je
Bukan apa... Antara perkataan yg aq masih ingat dari Cik Nina nie 'dush2' dan 'ngeeee'. Lama tak dengar perkataan tu... Terima Kasih Cik Nina yang dah pun menjadi kawan maya selama nie... Kalau ada jodoh kita jumpa nanti... 
Sekian!!!


No comments: