Sunday, May 27, 2012

“No such interface supported”?? Masalah Betul!!!

Salam,

hehe sejak cuti semester nie kerja aq dok update je blog kenit nie... sebelum nak update tentang Wireless Adapter tu lagi... Aq nak share sikit cara nak selesaikan masalah yang baru je aq lalui tadi... Mana la tau kalau-kalau korang pun ada jugak menghadapi masalah yang sama...



“No such interface supported”?? Ape ke benda nie? 


Itu sebenarnya masalah yang mungkin dihadapi oleh sesetengah pengguna Windows 7. Disebabkan apa aq tak sure la.. rasanya sebab intenet explorer k0t.... Bila dah jadi macam nie banyak benda yang korang tak akan boleh buka seperti my computer, folders dan lain-lain lagi.

Tadi aq pun cuak jugak la bila dah jadi macam tu... Akhirnya dapat jugak idea nak cuba tanya Uncle Google dan dapat jugak penyelesaiannya.... Rupanya cukup mudah untuk selesaikannya... Jom aq tunjukkan..

1) Langkah pertama, korang kena Klik start, dan cari Command Prompt dalam folder Accessories...


2) Langkah Kedua, korang taip RegSvr32 actxprxy.dll dalam command prompt macam gambar kat bawah nie...


3) Last skali korang hanya perlu ENTER dan akan keluar paparan macam nie.....


Lepas dah selesai sampai langkah terakhir tu, cuba klik untuk buka mana-mana folder. Rasanya dah boleh dah... 
Moral untuk aq: Jangan cepat melatah bila dilanda masalah, sebaliknya tenang dan cari penyelesaian... ^_^
SEKIAN!!!!





Post a Comment