Saturday, January 26, 2013

Tiada Lagi Tangisan Darimu Inginku Dengari...


Salam,

Entry terakhir sebelum aq kembali ke rumah sewa... Petang yang penuh dengan emosi... Alhamdulillah selesai jugak perubahan blog yang aq lakukan... Harap lebih elok dari yang sebelum ini... Aq jugak berharap akan lebih banyak entry dapat aq coretkan disini sebagai mengubat kerinduan status facebook yang aq telah hentikan update... Bukan tiada idea, cuma hati dah penat menulis disitu, biarlah segala isi hati aq curahkan disini sebagai tempat perkongsian bersama... Sebentar tadi aq ada chat dan komen bersama Cik SYadada BaDr a.k.a Cik Eida, aq ada pesan dekat dia supaya bila jumpa Nina nanti tolong buat dia ceria dan tersenyum... Aq takut aq dah tak mampu untuk buatkan si dia tersenyum lagi.... Dan beberapa jam selepas tu aq dapat komen dari gambar Cik Eida tag pada facebook aq... Nak tengok???? Nie haa kat bawah nie...




Nama SU=Samprit Ungu disitu... Hanya mampu tersenyum melihat kretiviti dua sahabat nie bila bertemu... Dan beberapa ketika Cik Eida ada memberitahuku yang Nina menangis disaat bertemu dengannya... Aq yang membaca terus dihimpit dengan perasaan risaukan Si Dia... Lalu terus aq capai handphone disebelahku lalu menelefon Si Dia... Saat mula bicara aq sedang membaca intonasi suaranya... memang si dia baru lepas menangis... Sukar untuk kita tipu orang yang kita sayang bila si dia sedih, sebab orang yang sayangkan dia pun dapat rasakan perkara yang sama jugak... Si dia ada sesuatu yang ingin dikatakan kepada aq cuma tak sampai hati, kerana risau aq akan bersedih...

Tapi aq akan jadi lebih tak tenang bila si dia pendamkan dari pengetahuanku, lebih baik ceritakan dengan segera dari memendam terlalu lama... aq tahu aq akan kecewa dengan apa yang aq akan ketahui tapi lebih baik aq kecewa daripada si dia tertekan dengan masalah antara aq, si dia dan ex si dia... Macam rumit je kan?? Tak pun... Andai aq korbankan perasaan aq dengan undur diri dan biarkan si dia tenang dan menjalani kehidupannya dengan tenang aq rela... Daripada kita menyiksa perasaan orang yang dalam dilema antara Cinta lama dan Sayang.... aq akui memang aq sangat sayangkan dia... Bila perbualan telefon tadi, hanya cerita dalam tangisan yang mampu aq dengar darinya... Aq tahu si dia sayangkan ex boyfriend si dia... dalam masa yang sama sayangkan aq... Yang terbaik aq rasakan aq akan teruskan hubungan ini setakat yang termampu...

Andai dia Jodohku, aq terima dengan hati yang terbuka, jika sebaliknya aq redha dengan ketentuanNya... Mungkin untuk bercinta belum tiba masanya untuk aq dan dia... Aq sedang belajar menerima kenyataan... Insyaallah moga diberi ketabahan dan keredhaan dalam hubungan ini... Hanya mampu berserah pada takdirNya dan berdoa yang terbaik untuk Si Dia... Gelak tawanya lebih penting dari bahagiakan hati ini... Umpama lilin yang membakar dirinya sendiri demi menerangi sekelilingnya... Aq cuba menjadi seperti lilin itu... Jangan fikirkan lagi tentang Cinta kita ok? Diri ini cuba menerima kenyataan yang aq belum layak untuk bercinta lagi... Kita sama-sama berdoa untuk yang terbaik dalam hubungan ini... Insyaallah moga dipermudahkan ye? 

Aq harap tadi adalah tangisan terakhir aq dengar darimu... tak ingin aq dengar lagi tangisan itu jika aq yang membuatkanmu menangis... Terima kasih kerana sentiasa fikirkan hati ini jugak walaupun dirimu terluka... Nasihatku, janganlah diputuskan persahabatan kita kerana Cinta... Nilai sebuah persahabatan adalah terlalu bernilai dari sebuah percintaan kerana Cinta boleh datang dan pergi tapi persahabatan tak akan putus walau hingga hujung nyawa... Insyaallah.... Biarlah kita bina hubungan dari bawah, dan semoga hubungan ini berkekalan hingga akhir hayat kita... Aq hanya mampu berdoa yang terbaik untukmu, jangan menangis lagi kerana lelaki... Tentang ex tu, fikirlah yang terbaik samada teruskan atau terhenti buat selamanya.. Jika kini dia hanya mencari bila perlu, tak mustahil dia akan buang bila dia tak mahu... Bukan niat nak merosakkan hubungan, cuma sebagai seorang sahabat, diri ini tak mahu melihat air mata seorang wanita mengalir lagi untuk seseorang yang tidak tahu menghargaimu...



Andai dialog diatas terjadi ke atasku, maafkan aq kerana menyimpan perasaan lebih dari sayang untukmu, maafkan aq diatas sikapku yang mungkin menyakitimu, maafkan aq kerana tidak mampu membuatkan dirimu tersenyum lagi dan maafkan ku atas air mata yang gugur keranaku.... Semoga pengakhiran yang baik buat kita... Jangan fikirkan kesedihan orang lain Nina, kerana itu akan membuatkan dirimu rasa bersalah... Anggap saja segalanya telah ditakdirkan buat kita... Insyaallah ada Jodoh kita bertemu dan bersua muka sebagai sahabat yang disayangi... Aq cuba memadamkan Cinta yang hadir pada bukan masa yang sepatutnya dan menyemai rasa sayang yang telah kau berikan untukku buat selamanya... Sekali lagi maaf atas coretan yang mungkin mengusik jiwa... Sekadar nukilan hatiku dipetang yang sayu... 

Sekian luahan hatiku untukmu... "Usah bazirkan air mata pada insan yang melukakan, tangislah dalam setiap doa yang kau ucapkan, moga Allah mendengarnya dan memakbulkan doamu, insan yang keliru... Nina Amalina."




Sekian Coretan!!!!

2 comments:

Himawari Mirsada said...

bgusnye awk xpentingkn diri n sanggup lepaskn si dia utk exnye,xsume owg snggup wt cm tue,moga wk akn bahagia even bkn dgn si dia pn.sy fhm prasaan si dia sbb sy pnh alaminya ^__6

Unknown said...

TQ awk.. Cinta itu perlukan keikhlasan bukan paksaan.. cuma mungkin belum sampai masanya buat saya.. Sy akan terus menanti.. Insyaallah jodoh yang terbaik buat saya... Amin.. Thank 4 da comment... :)