Wednesday, January 16, 2013

Lagu blog Cintaku...


Salam,

Pagi-pagi lagi jari jemari aq nie dah mula menaip di blog kesayangan nie... Eh boleh pulak update hari rabu nie?? Tak ada kelas ke?? Hehe actually ada, tapi cuma pukul 4 petang sahaja... So lepas kelas Entrepreneurship petang kelmarin terus aq balik rumah mama... Sebenarnya aq tak plan pun nak balik, tapi memikirkan soal projek akhir yang tak selesai dan rasa rindu nak tengok seseorang tu, so balik jugak la walaupun teramat penat sangat kelmarin... lagipun rasa tenang sikit fikiran yang serabut dengan masalah nie bila kita tengok orang-orang yang kita sayang ada depan mata... Entah kenapa rasa stress sangat-sangat kelmarin, dengan kelas teori yang mengantokkan, proses pengundian perwakilan pelajar yang semata-mata untuk mendapatkan kad siswa, dan sesuatu yang aq cuba nak lupakan muncul semula... 

Yes.. sebenarnya aq dah berazam sangat-sangat untuk melupakan segalanya tentang 2012, satu tahun yang penuh dengan memori dan kenangan-kenangan silam... aq nak mulakan tahun 2013 nie dengan 1 langkah yang lebih baik... tapi bila kenangan silam itu muncul kembali, ia seolah-olah memberi suatu tekanan dan suatu trauma dalam diri nie... susah rasanya nak menghadapi semua nie... apa yang termampu bila bersama orang tersayang ia dapat menghilangkan seketika dari kotak fikiran ini dari terus memberi tekanan... Bunyi macam rumit je kan?? haha insyaallah ok lagi kot selagi tak disahkan pesakit mental tanjung rambutan.... 

Semalam jugak aq plan nak borak puas-puas dengan orang yang dah mula aq sayang.... tapi sayang masa itu terlalu cemburukan aq bila bersama dia, macam-macam halangan je bila nak skype semalam, tapi tak apelah, biasa la. Ujian kesabaran tu, aq hanya duduk di kerusi ini dan menanti sahaja balasan dari si dia(duduk dan tenung je dekat skype tu) tanpa melayan facebook or blog nie sebab salah 1 tujuan aq balik nie pun semata-mata nak jumpa dia je... tapi ok la, dapat jugak jumpa dan bergurau kejap... boleh la menghilangkan kekusutan dalam kepala nie bila tengok telatah dia... sekarang nie tak sama macam dulu la... dia kena tidur awal sebab mungkin terlalu penat di tempat Latihan Industri agaknya... tak apelah, aq faham sebab aq pun dah pernah lalui semua itu.. Permulaan nie memang agak penat sikit sementara nak biasakan diri..

Hehe semalam jugak dia ada story yang lagu di blog ini "Cinta Tak Bersyarat-Element" kedengaran di tempat kerja dia... adoi terus dia sms aq... "abg diaorang pasang lagu blog abg la! Aduhai"... haha aq hanya mampu ketawa... Lagu tu sebagai peneman untuk si dia terus memikirkan aq yang sentiasa menemaninya walau sekadar hanya dengan hanya 1 sms... Tapi seriously memang lagu nie sangat membawa makna dalam lirik-liriknya... semoga hubungan ini akan terus bertahan dan berakhir dengan kesudahan yang lebih baik daripada sebelum ini... Aq tak dapat nafikan lagi memang aq dah mula rasa sayangkan dia dan takut untuk kehilangan dia kepada orang lain... tapi bila dah jauh macam nie cuma mampu berharap samada hati ini akan terus tersenyum atau kecewa untuk kali yang terakhir untuk seorang hawa... Yes, insyaallah for da last time... 

Ok lah, rasanya khamis nie pulak aq akan update untuk next entry about my new life... "Permulaan untuk sebuah kehidupan yang bahagia adalah azam, usaha dan doa...  tanpa keazaman sesuatu perkara itu tak akan dimulakan, apabila hati telah berazam, kita selitkan dengan usaha yang gigih untuk berjaya, namun pastinya tidak akan tercapai usaha itu jika kita lupa untuk meminta pada yang Maha Berkuasa.... Amin..." Semoga ini bukan suatu mimpi-mimpi indahku sahaja... for da special one, tolong buka hati awak untuk orang terakhir untuk hidup awk... Insyaallah... Thanks for reading....

Sekian.... 

No comments: