Saturday, January 26, 2013

Cinta, Renungan, Keluarga & Harapan


Salam, 

Selamat pagi, alhamdulillah masih lagi diberi kesempatan untuk hidup di dunia ini bagi meneruskan kehidupan sebagai hambaNya... Berat sangat mata nie nak buka sebab rasanya terlalu banyak air mata yang berguguran semalaman... Air mata kesedihan dan penyesalan oleh dua orang wanita yang sangat istimewa... Pertama disebabkan Cik Nina yang aq sayang la... Tak salah rasanya kalau kita luahkan rasa Sayang kita dengan tangisan.. Suatu kepuasan jugak buat diri ini yang dah lama tak diuji dengan perasaan yang sebegini rupa... Terlalu indah untuk diperkatakan... Terlalu sukar untuk dilupakan... Semoga hari ini Allah akan membantuku untuk mendapatkan ilham yang terindah untukku mencipta sms-sms yang indah buat insan yang teristimewa untukku.. Insyaallah jika kita ingin membantu membuatkan orang lain bahagia dan tersenyum gembira, Allah pasti akan bantu kita... Amin... Bila difikirkan kembali rasa sayang sebenarnya nak padam sms-sms yang indah tu. Bukan mudah sebenarnya nak cari idea untuk cipta segala kata-kata tu, kerana semuanya terbit dari hati yang berkata-kata... Namun, semua tu tidak lagi seindah dulu... Hakikat yang pahit harus ditelan dan terus hidup dalam kehidupan yang penuh dengan duka dan sebagai kenangan silam untuk suatu masa yang panjang.... Mungkinkah??



Dua wanita istimewa... Siapa lagi sorang?? Haaa nie yang nak citer nie... Semalam jugak ada seorang sahabat telah berkongsi dengan aq tentang sebuah kisah yang sangat menyayat hati la... Opss lupa nak mention nama kawan yang share tu... Nama dia di facebook (SYadada BaDr) ataupun lebih dikenali dengan nama Cik Eida.. Thanks atas perkongsian dari blog From Me For You... Suatu kisah rentetan saat-saat terakhir kehidupan seorang wanita yang cukup istimewa diuji dengan penuh ujian dan kesabaran... Hanya dengan air mata mampu aq terjemahkan bila membaca kisah yang ditulis oleh ibu al-marhumah Siti Hajar Binti Ahmad Sabir yang telah kembali pada jam 9.20 pagi 20 Januari 2013... Anda boleh membacanya disini >>Klik Sini<<. Rasa sedih dan sebak sangat bila baca kisah saat-saat terakhir kehidupannya yang diuji dengan pelbagai dugaan... Namun kesabaran dan nama Pencipta yang maha berkuasa tidak pernah lekang dari bibirnya... Ketabahan dalam menghadapi dugaan hidupnya membuatkan aq tersentuh dan terfikir sejenak... Apakah pengakhiran hidupku ini mampu lagi untuk aq mengucap sebelum meninggalkan dunia ini untuk selamanya?? Hanya takdir yang menentukan hidup dan mati kita sebagai seorang hambaNya... Wajib baca kisah tu tau untuk mendalami sendiri apa yang arwah rasakan semasa saat-saat terakhirnya di dunia ini... Semoga dapat dijadikan teladan dan mendekatkan diri kita semula kepadaNya.. Insyaallah...

Semalam jugak rasa terkejut dengan Abangku yang sulung... Rasanya macam mimpi bila dia keluarkan Rm700 untuk diberikan pada Mama, Abah, Aq dan adik... Selalunya mama dan abah je yang akan dapat... Tapi kali nie aq dan adik(Semperit Ungu), (poyo je copy paste nama den), hahaha pun dapat duit sorang Rm100... Mungkin dengan wang yang tidak seberapa tu akan menambahkan rezekinya selepas nie... Insyaallah... Rasanya dia tengah happy sekarang nie dengan rezeki yang dikurniakan Allah kepadanya yang tak pernah putus dalam business yang dia ceburi... Insyaallah semoga Allah izinkan aq untuk dapatkan segulung diploma dan membantu abang aq untuk menjalankan business dia tu... Mudah-mudahan dipanjangkan umur ini... Amin... Haaa nak tolong promote sikit... Kalau yang ada facebook tu tolong la Like sikit dekat facebook Renzo Ventures nie k... Aq pun kadang-kadang jadi admin jugak untuk pemasaran company nie.. Setiap like anda amat bermakna... Support us k... Bila kami sekeluarga duduk semeja semalam rasa seronok dapat berborak bersama-sama dalam 1 keluarga yang besar nie... Tapi selalu aq akan jadi topik untuk masa depan la... Nak buat macam mana, anak lelaki harapan cuma sorang nie je yang akan membahagiakan semua orang dalam family so berat tanggungjawab tu... Doa seorang ibu dan sokongan dari keluarga akan buatkan aq lebih berusaha disamping semangat Nur Amalina yang buatkan aq kuat untuk teruskan kehidupan ini.... Amin...

Sekarang nie makin panjang je kan entry aq nie... Entahlah mungkin terlalu banyak untuk diceritakan dan diabadikan disini sebagai kenangan dan memori terindah untuk awal tahun 2013 nie... Semoga dapat diteruskan sehingga ke akhir hayat... Dan entry terakhir aq akan sediakan dalam bentuk draft di dalam blog atau laptop nie... Andai nafas ini terhenti, aq harap blog ini akan terus menjadi tatapan buat semua dengan kisah-kisah ceria dan dukaku sepanjang kehidupan di dunia ini... Harap akan ada orang tolong publishkan entry terakhir tu bila aq tiada lagi... Selalunya beginilah, bila hati tak tenang dan dilanda kesedihan, kematian adalah memenuhi fikiranku, tidak salah untuk kita memikirkan sesuatu yang pasti kan??? tapi apakah aq bersedia dengan apa yang aq kerjakan di dunia ini sebelum mengadap Illahi?? Insyaallah selagi masih bernafas, masih belum terlambat untuk aq sedar... Terima Kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan seseorang yang memimpin aq untuk menjadi insan yang lebih baik dari sebelum ini.... Semoga hubungan ini berkekalan dengan keredaanMu... Amin...



Setakat itu sahaja entry untuk kali nie... ... 

Sekian....

No comments: