Saturday, January 12, 2013

Untukmu Sayang...


Salam,

Kedinginan subuh mengejutkan aq terjaga dari tidur yang cuma beberapa jam, aq terlelap didepan netbook, semalam sebelum tidur aq plan nak download drama slot akasia Setia Hujung Nyawa tapi tak sempat nak download, muka nie dah singgah ke bantal... hehe mengantuk sangat sambil dibuai mimpi indah oleh orang tersayang... Jam 6.32 pagi aq terjaga sebelum alarm di handphone nie berbunyi dan kemudiannya lagu astrid berkumandang (ringtone fon nie). Panggilan dari Lia untuk mengejutkan aq bangun dari tidur... Thanks sayang sebab selalu menjadi pengingat dan membantu diri nie untuk bangun subuh... 

Kisah semalam bagi aq suatu kenangan yang indah dan manis untuk aq coretkan disini sebagai satu malam yang penuh dengan keceriaan dan kebahagiaan.. Seperti selalu kitaorang mesti akan online dalam pukul 9 lebih la walaupun cakap dalam 8.30 lebih-lebih... hehe topik kitaorang hampir sama je tapi rasa tak membosankan sebab masing-masing pandai je mainkan peranan untuk buat orang tersayang tersenyum.. Bagi aq perkenalan dengan Lia nie adalah suatu anugerah untuk memberikan keceriaan dan semangat semula untuk kehidupan aq di tahun 2013 nie..

Semalam banyak masa kitaorang habiskan dengan melayan lagu bersama-sama, seronok aq melihat gelagatnya yang senantiasa ketawa dan ceria.. tapi ada juga saat kelopak matanya berkaca dengan air mata yang mungkin mengingatkan si dia dengan kenangan-kenangan lalu bersama kisah lampaunya dengan lagu-lagu kenangan cinta yang aq pasang. Begitu juga aq yang terdetik juga kesedihan mengenangkan masa-masa laluku....Sempat jugak masing-masing menyanyi... Tak boley blah btol.. hehe layan je la..

Part last sebelum kitaorang tidur aq saja menguji Lia nie dengan meminta dia membuat sesuatu untuk aq, saje je nak bergurau, seriously dia memang seseorang yang pemalu seperti aq juga, tapi akhirnya si dia menunaikan jugak permintaan aq walaupun agak malu-malu... comel sangat k0wt... hehe aq pun membalas semula dengan rasa segan... biasa la.. pemalu pun agak gila-gila kitaorang nie... hahaha happy sangat masa tu taw. hope lepas nie jangan malu-malu sangat ok...

Petang nie sekali lagi kami bertemu di Skype menghabiskan masa-masa terakhirku sebelum hilang dari facebook dan skype selama seminggu... Lia pulak akan menjalani latihan industrinya pada 14 Januari nie.. Untuk Lia, goodluck dan selamat menjalani latihan industri ok, mesti akan sibuk la lepas nie.. Hope masih ada masa untuk menemaniku dihujung minggu bagi mengubati kerinduan yang mendalam ini... Insyaallah jika tiada apa-apa halangan 1000 sms permintaanmu itu akan ku kirimkan untuk menceriakan hari-harimu sayang.... 

Kehadiran dirimu banyak membawa makna dalam kehidupanku kini, semoga hubungan ini akan kekal untuk tempoh 5-7 tahun lagi... aq akan cuba membuatkan dirimu supaya sentiasa tersenyum bila kau bersamaku... Mimpiku itu akan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk aq cuba menjadikannya suatu kenyataan... Ku harap kehadiranku ini bukanlah sekadar keceriaan seketika untukmu tapi suatu memori terindah yang akan membuatkanmu terasa seperti aq berada disampingmu... Insyaallah... Andai Jodoh Itu Milik Kita pasti kita akan bertemu suatu hari nanti... Lia, tunggu Aariz ok???

Setakat itu sahaja luahan hati kenangan bersama dihujung minggu ini.. Doaku sentiasa ada namamu.. Thanks for reading.. Kirim salam dekat Eida tuu... hahaha 

Sekian sayangku....

No comments: