Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri... Maaf Zahir Batin... ^^

Salam,



Pertama sekali aq sebagai pemilik blog Diari Samprit Ungu ini ingin menyusun 10 jari, memohon maaf atas kelewatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua readers dan follower disini... Hehe biasa la dekat-dekat nak raya nie banyak aktiviti yang nak kena buat di rumah mama nie... Post kali nie pun aq update pada jam 4.50 pagi raya, hehe maksudnya busy bebenor la tu. Sebenarnya aq plan nak post pada petang kelmarin untuk entry kali nie... Tapi disebabkan penat membantu mama menyediakan Gulai(kari) daging dan rendang mama(resepi asli keluarga samprit ungu) sehinggakan aq pun terlelap petang tu... So terpaksa la tunda ke waktu ini... 

Mesti ramai kan dah berada di kampung masing-masing bersama sanak saudara?? Best la korang, hehe aq pun akan beraya di kampung jugak selepas solat raya nanti... Biasa la... Kampung kitew dekat jew..hahaha mengada-ngada je ayat tu kan?? Untuk family aq nie aktiviti di pagi raya macam biasa la... Selepas solat raya, kitaorang akan berkumpul dan bersalam-salaman memohon kemaafan, selepas tu acara breakfast dengan menu utama nasi putih dengan rendang mama, kira menu wajib la tiap-tiap tahun... Lepas dah selesai makan, kitaorang akan berkonvoi la balik ke Pendang, Kedah. Dekat je kampung aq nie... Hehe aktiviti dekat kampung pulak yang pertama sekali of course la menzirahi kubur, dan mula beraya di rumah adik beradik sebelah abah aq dulu. Hehe tak mau la cerita panjang-panjang sebab tak syok la cerita sebab tak raya lagi.. Nanti update berserta gambar sekali, baru best nak layan mood raya kan?? hehe Sekali lagi maaf dan Selamat Hari Raya.... Dan tak lupa pada cik follower yang ke 100... Terima kasih.

Sekian!!!!

No comments: